Ingkar arahan kerajaan berdepan hukuman setimpal



​Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Azmah Haji Ahad

 




GADONG, Sabtu, 13 Jun. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak akan teragak-agak dalam melaksanakan perintah undang-undang yang diarahkan dan sebarang pelanggaran perintah larangan akan dihadapkan ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal.

 


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali menegaskan demikian pada Sidang Media mengenai Ingkar Arahan Kerajaan yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini.

 


Tegasnya lagi, pihak kerajaan juga amat serius terhadap perintah yang telah dikeluarkan berhubung penjarakan sosial serta larangan mengadakan sebarang aktiviti-aktiviti perkumpulan.


 

Menurutnya, larangan perintah tersebut adalah amat penting bagi masyarakat awam bagi memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyokong dan membantu kerajaan dalam pelaksanaan pengekangan penularan wabak COVID-19 ini dengan lebih efektif dan berkesan.


Close