Oleh : Khartini Hamir / Foto : Hamzah Mohidin
GADONG, Ahad, 19 Julai. - Memakai kasut yang tidak sesuai boleh merosakkan kesihatan dan juga menyebabkan pelbagai penyakit. Kasut yang selesa ialah kasut yang mampu menampung kaki dan berat badan dengan stabil dan efisien penggunaannya, selain dapat mengurangkan rasa sakit dan tekanan apabila berjalan atau berlari.
Penyelia Kedai Kasut Sihat Dr. Kong, Dayangku Hajah Norafidah binti Pengiran Haji Metussin menekankan mengenai perkara tersebut semasa tinjauan Pelita Brunei ke kedai berkenaan mengenai penggunaan kasut dan ukuran kasut yang betul untuk kesihatan, yang terletak di Tingkat 2, Pusat Membeli Belah, The Mall, Gadong, di sini.
Beliau menjelaskan bagaimana Kedai Kasut Dr. Kong berbeza dengan kedai kasut lain kerana kedai berkenaan mempunyai keunikannya dalam tiga cara, iaitu mempunyai pembantu penjagaan kaki profesional yang dilatih secara dalaman mengenai pengetahuan penjagaan kaki dan seterusnya memperoleh sijil penjagaan kaki dari PolyU SEED.
Selain itu, Kedai Kasut Dr. Kong juga menggunakan Peralatan Pemeriksaan Kaki Profesional, iaitu melalui meter indeks valgus yang dipatenkan untuk memberikan penilaian kaki 'Check & Fit' dan perkhidmatan pemasangan insole kepada pelanggan; dan mengeluarkan Produk Penjagaan Kaki Profesional seperti pelbagai jenis kasut dan sandal dari pelbagai peringkat usia, insole kasut, dan aksesori penjagaan kaki yang semuanya dilengkapkan dengan konsep penjagaan kaki dan memenuhi keperluan pelanggan.
Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan beberapa perkara yang perlu diambil tahu oleh para ibu bapa tentang jenis-jenis masalah kaki kerap berlaku pada kanak-kanak, ini kerana perkembangan tulang kaki kanak-kanak belum selesai, dan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang berumur dari empat ke 13 tahun mengalami keadaan seperti berikut :
• Flatfoot - Lengkungan kaki dalam 'collapse' semasa berdiri dan biasanya disertai dengan vulgus belakang kaki (kemiringan tumit ke luar); Kesannya - kaki menjadi lebih letih dan mudah sakit, dan dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan 'fascitis plantar', sakit lutut dan sakit punggung bawah (lower back pain);
• Intoeing - Kedua-dua kaki menghala ke dalam ketika berjalan. Kesannya - menyebabkan mudah tersandung dan mempengaruhi penampilan. Ia juga menyebabkan calar pada bahagian dalam kasut;
• Knock Knee - Apabila kedua kaki melurus bersebelahan, lutut bertindih. Kesannya - menyebabkan mudah tersandung dan turut mempengaruhi penampilan. Selepas membesar, sakit lutut mungkin muncul; dan
• Hallux Valgus - Penyimpangan ke dalam jari kaki, di mana kesannya boleh mempengaruhi penampilan dan dalam jangka masa panjang, ia mudah menyebabkan bunion yang menyakitkan.
Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka mempunyai 'flatfoot'. Sebenarnya 'flatfoot' bukanlah penyakit. Ini ialah keadaan kaki kanak-kanak yang biasa, namun ia boleh menyebabkan kaki menjadi letih dan sakit.
Flatfoot boleh dikelaskan kepada empat tahap, iaitu Normal Foot (cetakan kaki memenuhi separuh kaki); Pronated Foot (cetakan kaki tidak diisi sepenuhnya, lengkungan kaki yang agak rendah); Moderate Flatfoot (cetakan kaki diisi sepenuhnya. Lengkungan kaki runtuh); dan Severe Flatfoot (cetakan kaki diisi sepenuhnya dan melonjak keluar. Lengkungan kaki runtuh sepenuhnya).
Namun, jika lengkungan kaki tidak muncul ketika berdiri di atas berjinjit, ada kemungkinan seseorang itu mengalami 'struktur flatfoot'. Justeru adalah disyorkan untuk berjumpa dengan pakar ortotis atau doktor untuk mendapatkan maklumat mengenai penilaian kaki yang betul.
Untuk kes Intoeing dan Knock Knee bagi kanak-kanak, mereka perlu mengelakkan dari duduk secara berlutut; kerap berbaring (secara meniarap) dengan lama; dan elakkan duduk dengan struktur W-sitting.
Sebaliknya, mereka digalakkan untuk duduk bersila; melakukan aktiviti berenang; dan menggalakkan berbasikal dan beriadah. Dengan melakukan senaman penjagaan kaki ini jelas Dayangku Hajah Norafidah lagi, ia dapat membantu perkembangan lengkungan kaki dan mencegah masalah kaki jangka panjang.
Beberapa latihan senaman lain yang boleh dilakukan adalah senaman berjinjit (walau bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai untuk mereka yang mengalami Hallux valgus); Latihan kaki cakar; Latihan melompat; Arch roller exercise; dan senaman regangan kaki bawah.
Namun bolehkah kasut yang sihat dapat menyembuhkan kaki kembung? Tujuan memakai kasut yang sihat adalah untuk mengurangkan keletihan dan mencegah masalah jangka panjang. Di samping itu, adalah juga disarankan untuk sering melakukan senaman penjagaan kaki secara berkala bagi membantu perkembangan lengkungan kaki.
Adakah 'flatfoot' biasa berlaku pada semua kanak-kanak? Flatfoot ialah fenomena biasa semasa peringkat perkembangan kanak-kanak. Sebelum berumur empat tahun, busur kaki depan kanak-kanak ditutupi oleh lapisan lemak yang tebal. Biasanya ini akan menyebabkan pseudo 'flatfoot'. Selepas berumur empat tahun, lengkungan kaki kanak-kanak secara beransur-ansur berkembang. Tetapi perkembangan kaki mereka belum selesai. Oleh itu, 'flatfoot' juga biasa dilihat, walaupun pada tahap yang berbeza. Adalah disyorkan agar ibu bapa membawa anak-anak mereka ke penilaian kaki secara berkala.
Adakah orang yang mempunyai kaki normal perlu memakai kasut yang sihat? Orang yang tidak mempunyai masalah kaki rata juga harus memakai kasut yang sihat. Kualiti di pasaran berbeza-beza dan kerap mempunyai kekurangan unsur sihat. Di samping orang cenderung hanya fokus pada gaya ketika membeli kasut dan pemilihan secara rawak akan mempengaruhi perkembangan kaki yang normal.
Hasil laporan penyelidikan universiti sains sukan ortopedik dan traumatologi melaporkan, hasil dari penyelidikan terhadap 84 peratus kanak-kanak dengan masalah kaki belakang valgus akan kembali normal ketika memakai kasut dan insole kesihatan Dr. Kong.
Kasut yang sihat mempunyai fungsi reka bentuk dari konsep penjagaan kaki 3D, ini kerana kasut Dr. Kong mempunyai tahap sokongan lengkungan yang berbeza, di samping turut mencadangkan insole yang sesuai berdasarkan keadaan kaki yang berbeza untuk mengelakkan masalah jangka panjang.
Manakala fungsi 'Hard Heel Counter', menstabilkan tulang tumit dan mengawal tahap valgus kaki belakang. Sementara itu, kasut Dr. Kong ini juga mempunyai pelbagai ukuran lebar kaki depan, yang sangat sesuai untuk ukuran dan bentuk kaki yang berbeza demi meningkatkan keselesaan, dan 'Reinforced midsole' bagi menstabilkan bentuk kasut dan meningkatkan sokongan insole.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Kedai Kasut Dr. Kong, orang ramai bolehlah menghubungi talian +673 2428286, atau mengunjungi kedai Dr. Kong Healthy Shoes Shop di Ground Floor, No. 3, Bangunan Yong Siong Hai, Jalan Gadong, Negara Brunei Darussalam, atau e-mel terus ke 'dr.kong.bn@gmail.com'.