Mengaminkan Doa Qunut Imam ketika Qunut Subuh

Irsyad Hukum
18/03/2015

Sambungan minggu lepas

Ma’mum Mengaminkan Doa Qunut Imam


Ma’mum yang boleh mendengar lafaz doa Qunut imamnya hendaklah dia mengaminkan doa qunut tersebut kerana ittiba‘. Dalil dalam perkara ini adalah berdasarkan amalan para sahabat Radhiallahu ‘anhum. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

menuju keredaan Allah 180315
Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut pada waktu Zuhur, Asar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap sembahyang. Apabila Baginda membaca: menuju keredaan Allah 180315 01 pada rakaat terakhir, Baginda berdoa (supaya ditimpakan kecelakaan) ke atas qabilahqabilah daripada Bani Sulaim, Ri‘l, Dzakwan dan ‘Ushaiyah. Dan orang di belakang Baginda mengaminkan (doa Baginda).” (Hadits riwayat Abu Daud)


Kadar ketinggian suara ma’mum ketika mengaminkan doa Qunut imam adalah sepertimana ma’mum mengaminkan surah al-Fatihah selesai imam membacanya dalam sembahyang.


Lafaz doa Qunut Subuh yang diaminkan oleh ma’mum adalah pada ayat yang berbentuk doa, iaitu:


1. Pada lima ayat pertama.
menuju keredaan Allah 180315 02


2. Istighfar

menuju keredaan Allah 180315 03

3. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Radhiallahu ‘anhum.

menuju keredaan Allah 180315 04

Mengapa shalawat termasuk ayat yang diaminkan oleh ma’mum? Ini kerana shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu dari segi makna bererti memohon bertambah rahmat ke atas Baginda, maka termasuklah shalawat itu dalam erti kata doa. Kerana itu ma’mum dituntut mengaminkannya. Inilah pendapat al-mu‘tamad Imam Ibnu Hajar Rahimahullah Ta‘ala. Yang lebih sempurna ma’mum seiringan dengan imam pada bacaan shalawat kemudian mengaminkannya.


Apabila tiba pada ayat yang berbentuk puji-pujian, iaitu bermula daripada ayat menuju keredaan Allah 180315 05 sehingga berakhir pada ayat menuju keredaan Allah 180315 06, maka ma’mum tidak mengaminkannya. Ini kerana ia adalah ayat yang berbentuk pujian dan dzikir, maka adalah lebih layak bagi ma’mum untuk menyatakan persetujuan atau muafakat.


Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh ma’mum ialah membaca bersama-sama dengan imam apabila tiba pada ayat-ayat tersebut dengan suara perlahan dan ini adalah lebih utama (awla), ataupun ma’mum mendiamkan diri mendengarkan sahaja bacaan imam, ataupun ma’mum berkata atau menyahut setelah bacaan imam “ menuju keredaan Allah 180315 07 atau menuju keredaan Allah 180315 08 dan yang seumpama dengannya.


Demikian penjelasan secara ringkas cara membaca doa Qunut dalam sembahyang fardhu Subuh bagi yang sembahyang sendirian (munfarid), imam dan ma’mum. Begitulah juga cara membaca doa Qunut dalam sembahyang sunat Witir pada separuh terakhir Ramadhan.


Menadah Tangan Ketika Berdoa


Mengangkat atau menadah tangan ketika berdoa di luar sembahyang adalah sunat sebagai ittiba‘ (mengikut perbuatan dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Begitu juga menyapu muka apabila selesai berdoa. Perkara ini berdasarkan riwayat daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menadah kedua tangan Baginda ketika berdoa dan menyudahi doa Baginda dengan menyapu wajah Baginda dengan kedua tangan Baginda. Kadar mengangkat kedua tangan adalah separas (setinggi) dua bahu melainkan terdapat kesulitan, sama ada dirapatkan kedua belah tangan ataupun dijarangkan dan dipisahkan antara keduanya.


Bagaimanapun mengangkat atau menadah tangan ketika berdoa dalam sembahyang adalah tidak disunatkan, kecuali menadah tangan pada bacaan doa Qunut dalam sembahyang kerana ittiba‘. Demikian juga, pada asalnya tidak disunatkan untuk menyapu muka setelah selesai daripada membaca doa dalam sembahyang.

Sebagai kesimpulan membaca doa Qunut dalam sembahyang Subuh merupakan sunat ab‘adh. Bagi mereka yang sembahyang sendirian, disunatkan untuk membaca qunut dengan suara perlahan. Bagi imam, disunatkan untuk menyaringkan suara ketika membaca doa Qunut Subuh dengan tujuan untuk diaminkan oleh ma’mum. Lebih utama bagi ma’mum yang boleh mendengarkan lafaz doa Qunut imamnya untuk mengaminkan pada bahagian ayat yang berbentuk doa, manakala pada bahagian yang berbentuk pujian-pujian lebih utama bagi ma’mum untuk bersama-sama imam pada bacaan tersebut dengan suara perlahan. Manakala ma’mum yang tidak mendengar lafaz doa Qunut imamnya, sunat baginya untuk membaca sendiri doa Qunut dengan suara perlahan. Menadah tangan dalam sembahyang ketika berdoa hanya disunatkan ketika membaca doa Qunut sahaja dan tidak disunatkan untuk menyapu muka diakhir doa Qunut. Jika qunut itu ditinggalkan, sama ada terlupa atau sengaja, maka sunat ditampung dengan sujud sahwi.

Attachments