|
|
Rabu 10 Mac 2010 / 24 Rabiulawal 1431
 |
|
|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.32
Asar 3.45
Maghrib 6.33
Isyak 7.42
Imsak 5.02
Subuh 5.12
Syuruk 6.28
Doha 6.52
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Berangin sepanjang tempoh ramalan. Hujan pada wktu pagi dijangka reda dan menjadi pada amnya baik pada pertengahan pagi. Hujan atau hujan berpetir berasingan dijangka berlaku terutama di kawasan pedalaman pada waktu petang.
Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Timur Laut selaju 10 - 30 kmsj di daratan dan selaju 30 - 50 kmsj laut.
Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.4 - 2.2 m.
Perhatian :
Keadaan laut adalah merbahaya pada bot-bot kecil.
Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Sebahagian berawan dengan hujan atau hujan berpetir berasingan.

Suhu Maksimum :
33 darjah Celsius
Suhu Minimum :
25 darjah Celsius


Pelita Brunei edisi cetak
keluaran Rabu 10 Mac 2010








tpelita@yahoo.com
|
|
Tugas JBP lebih luas, mencabar
 DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan sempena Majlis Perbarisan, Persembahan Padang dan Pameran Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(Foto : Masri Osman)
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, peranan dan bidang tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah berkembang merangkumi bukan sahaja tugasan konvensional, tetapi juga menjurus kepada skop yang lebih luas dan mencabar.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Pelan tindakan operasi bersepadu perlu selaras
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, pelan tindakan dan tatacara operasi bersepadu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bersama agensi berkaitan perlu sentiasa dipantau, dinilai dan diselaraskan keberkesanannya demi memastikan tindakan dan operasi bantuan yang cekap dan mencapai matlamatnya.
berita penuh...
Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Perbarisan, Persembahan Padang dan Pameran Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
berita penuh...
Sumber tenaga alternatif hanya menyumbang sebahagian kecil permintaan global
JERUDONG, Selasa, 9 Mac. - Bahan bakar fosil merupakan sumber terhad dan sumber-sumber tenaga alternatif hanya akan tetap menyumbang sebahagian kecil dari jumlah permintaan tenaga global.
berita penuh...
Isu revitalisasi utama - integrasi, inovasi dan standardisasi
JERUDONG, Selasa, 9 Mac. - Pengarah Aset Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sendirian Berhad, Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin berkata, integrasi, inovasi dan standardisasi merupakan tiga pokok perbicaraan utama apabila membincangkan isu revitalisasi.
berita penuh...
Ketua jabatan/bahagian bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan jujur
BERAKAS, Selasa, 9 Mac. - Setiap ketua jabatan/bahagian bertanggungjawab dalam memastikan setiap pegawai dan kakitangannya melaksanakan tugas dengan jujur lagi amanah.
berita penuh...
41 guru hadiri Bengkel Gaya Hidup Sihat
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Seramai 41 guru yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4 dari pelbagai sekolah di negara ini menghadiri Bengkel Gaya Hidup Sihat di Pusat Promosi Kesihatan, Berakas, di sini.
berita penuh...
Dua qari sertai Pertandingan Membaca Al-Qur'an di Kuwait
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Serombongan dua peserta mewakili Negara Brunei Darussalam menyertai Pertandingan 'Kuwait International Prize of The Holy Quran' pada 11 Mac ini di Bandaraya Kuwait.
berita penuh...
Sambutan Maulidur Rasul terus bersemarak diraikan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bersemarak diraikan dengan isteri-isteri penghulu mukim, isteri-isteri ketua kampung dan Biro Wanita telah mengadakan majlis seumpamanya itu di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Berakas di sini.
berita penuh...
Kempen Mengemaskinikan Maklumat TAP
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Mac. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk di Daerah Belait untuk berkunjung ke Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli TAP bagi memastikan dan mengesahkan maklumat mereka yang terdapat di TAP adalah tepat dan betul.
berita penuh...





|
|

Suntikan Influenza A (H1N1) diteruskan semula 8 Mac 2010
PROGRAM Suntikan Influenza A (H1N1) yang telah ditangguhkan pada 13 Februari 2010 lalu akan diteruskan semula pada hari Isnin, 8 Mac 2010.
Penangguhan program tersebut adalah dikesali tetapi ianya adalah perlu untuk memastikan kumpulan baru vaksin tersebut memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan.
"Oleh itu, orang ramai tidak perlu merasa ragu-ragu atau takut untuk mendapatkan suntikan berkenaan kerana Kementerian Kesihatan telah pun menerima pengesahan daripada pengeluar vaksin dan juga laporan makmal dari Belgium dan Amerika Syarikat mengenai keselamatan vaksin tersebut," jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi pada Sidang Akhbar mengenai Program Suntikan Influenza A (H1N1) di Bilik Persidangan, Kementerian Kesihatan.
Vaksin yang sama dengan sebelum ini digunakan di banyak negara yang sehingga sekarang dan sebanyak 75 juta dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia dan Kementerian Kesihatan berpuas hati kerana vaksin tersebut adalah selamat digunakan.
Penularan jangkitan Influenza A (H1N1) di Negara Brunei Darussalam masih lagi aktif semenjak awal tahun ini dan baru-baru ini terdapat laporan kematian di negara jiran, Republik Singapura dan Malaysia.
Jumlah vaksin yang dibekalkan bagi negara ini adalah mencukupi untuk kita semua dan jumlah vaksin yang telah disuntik kepada orang ramai setakat ini mencecah 40 ribu.
Dari itu, katanya, Kementerian Kesihatan sangat menggalakkan orang ramai yang belum bersuntik untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut bagi perlindungan dari dijangkiti.
Seterusnya, Kementerian Kesihatan juga menasihatkan agar orang ramai mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan Influenza A (H1N1), tidak menyebarkan jangkitan kepada orang lain dan tidak mengambil ringan mengenainya kerana wabak Influeza A (H1N1) belum berakhir.

Pautan ke akhbar-akhbar tempatan online: -

JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)

+673-2-381004
+673-2-382905
|
Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer
|