Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya



Oleh :Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BAGI meningkatkan kesedaran dan pendidikan keselamatan jalan raya kepada orang ramai mengenai nilai amalan terbaik demi mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Ke arah itu, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (Oil and Gas Discovery Centre - OGDC), Seria telah memperkenalkan Taman Permainan Lalu Lintas (Traffic Games Park), OGDC kepada orang ramai dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di jalan raya dan sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat khususnya.


PATUHI PERATURAN ... Taman Permainan Lalu Lintas Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) dibukakan kepada orang ramai pada setiap hujung minggu terakhir setiap bulan. Orang ramai boleh menggunakan basikal dan kart yang disediakan, di samping mematuhi peraturan lalu lintas yang dipantau oleh beberapa kakitangan OGDC bagi keselamatan bersama.

Taman Permainan Lalu Lintas (TPLL) OGDC ialah untuk menggalakkan dan memberikan pendidikan kepada generasi muda khususnya dan kepada orang ramai amnya mengenai keselamatan jalan raya serta meningkatkan kesedaran awam mengenai nilai-nilai keselamatan jalan raya, di samping mengajar pentingnya mengamalkan sifat bersopan santun ketika di jalan raya.

TPLL OGDC dibukakan kepada orang ramai pada setiap hujung minggu terakhir setiap bulan. Pada taman berkenaan, orang ramai boleh menggunakan basikal dan kart yang disediakan pada taman dan mereka perlu mematuhi peraturan lalu lintas yang akan dipantau oleh beberapa kakitangan OGDC bagi keselamatan bersama.


Terdahulu, taklimat mengenai keselamatan akan diberikan kepada para pengguna taman tersebut yang disampaikan oleh beberapa kakitangan OGDC sebelum sesi permainan bermula. Setiap sesi permainan lalu lintas akan berlangsung selama setengah jam (30 minit) dan sesi permainan lalu lintas yang pertama akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan akan diteruskan setiap setengah jam.

Untuk mendapatkan tiket-tiket bagi menggunakan TPLL, OGDC yang berharga BND2 untuk sesi 30 minit, boleh didapati di kaunter resepsi OGDC. Terdapat juga pakej khas untuk sebuah kumpulan dan keluarga yang ditawarkan kepada mereka. Untuk keterangan lebih lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 3377200 dan menyelusuri sesawang info@ogdcbrunei.com.

KOMITMEN

OGDC melambangkan komitmen jangka panjang Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad ke arah pembangunan mapan bagi Negara Brunei Darussalam dan rakyatnya melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berpendidikan.


Visi OGDC untuk menjadikan pusat kecemerlangan dalam mempromosikan sains, teknologi dan inovasi, manakala misi OGDC pula bagi menjana minat dalam industri minyak dan gas, di samping itu untuk mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan industri pelancongan di negara ini.

Kembali ke muka utama