A+ A A-

Program Kem Cuti Sekolah wujudkan pelajar cemerlang

Rate this item
(0 votes)

CUTI penggal kedua persekolahan sesi 2013 selama 10 hari pasti menjadi percutian bermakna untuk pelajar atau remaja jika ia diatur dengan program atau aktiviti cuti sekolah yang berfaedah. Cuti Pertengahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sebenarnya mempunyai banyak manfaat jika hari-hari cuti diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan selamat.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman : “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.” (Al-Asr (103): 1-3).

Dengan ini mengajak pelajarpelajar atau remaja ingin mengisi masa terluang dengan aktiviti seperti Kem Cuti Sekolah diisikan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat daripada membiarkan anak merayau tidak tentu hala atau menghadap skrin komputer untuk permainan, satu demi satu.

Pelbagai pihak seperti sekolahsekolah, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Pertubuhan-pertubuhan belia, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung menganjurkan program perkhemahan semasa cuti sekolah untuk pelajar sekolah rendah serta menengah. Tidak kira apa juga nama diberikan untuk perkhemahan yang selalunya diadakan di kem-kem dengan matlamat untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan pada masa sama mencungkil bakat terpendam dalam diri mereka.

rencana01 19062013

SALAH satu program sempena cuti persekolahan dengan aktiviti bermanfaat.

Kita sebagai ibu bapa perlu menerima hakikat, ada perkara tidak mampu dilakukan mereka khususnya untuk memberi kesedaran mengenai hakikat kehidupan kepada anak mereka. Maka tugas itu diamanahkan kepada pakar motivasi untuk menganjurkan dalam program kesedaran.

Sepanjang perkhemahan kita dapat melihat siapa yang mempunyai ciri kepimpinan melalui pembahagian tugas diberikan. Dan ada pula yang bersedia memberi khidmat sebagai petugas yang diamanahkan.

Menariknya juga apabila tiba sesi ianya meningkatkan kesedaran rohani kerana situasi akan berubah menjadi syahdu dan sayu. Cara fasilitator dan pakar motivasi menyuntik kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, pelajar serta ahli masyarakat, memang menakjubkan.

Apa tidaknya, daripada senakal-nakal peserta hingga yang paling pendiam, akan tersentuh hati mereka apabila dikisahkan mengenai ganjaran serta balasan diterima atas setiap perbuatan yang dilakukan.

rencana02 19062013

SALAH sebuah kawasan perkhemahan pengakap yang diadakan.

CEMERLANG

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Ya’akub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal semasa Majlis Penutup Aktiviti Perkhemahan Remaja 2013 bersempena cuti persekolahan penggal kedua berlangsung di Masjid Kampung Serdang, di sini, baru-baru ini menekankan perkhemahan belia bukan sahaja dapat mengajar para belia kita untuk pandai berfikir dan membantu menjadi belia cemerlang, mereka juga didedahkan dengan akhlak Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

“Pendedahan ini akan memantapkan lagi akhlak dan keperibadian belia-belia kita dalam mengharungi dunia moden dengan cabarancabaran yang bukan hanya akan mencabar pemikiran minda mereka tetapi akan menduga keutuhan keimanan mereka,” tegasnya.

Internet, tegas Yang Berhormat, telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat dan terkini. Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer dalam kalangan masyarakat terutama para belia dan beliawanis termasuklah dalam kalangan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah.

Perkembangan dunia sekarang memerlukan generasi yang bukan sahaja cemerlang dan berkualiti tetapi juga mempunyai akhlak tinggi dan sahsiah diri yang mantap bagi menghadapi cabaran-cabaran pada abad ke-21 ini.

rencana03 19062013

PARA peserta membuat khemah masing-masing mengajar hidup berdikari kepada para peserta.

Dalam membentuk generasi yang berkualiti, kita bukan hanya ingin melahirkan belia cemerlang mampu berfikir akan tetapi para belia juga semestinya mempunyai akhlak yang tinggi.

Namun tidak dapat dinafikan, ada juga yang tidak terkesan langsung dengan nasihat serta pengajaran disampaikan. Mungkin belum tiba hidayah Allah pada mereka atau kehadiran mengikuti program berkenaan bukan atas kerelaan hati menyebabkan tiada kesungguhan.

Beberapa orang pelajar mengongsikan pengalaman mengikuti perkhemahan cuti sekolah berpendapat program ini memberi kesan yang mendalam dalam menyedarkan mereka supaya tidak memandang remeh apa yang dilakukan ibu bapa sepanjang membesarkan mereka.

Kini, setelah usia mereka meniti remaja dan sedang menghampiri kematangan, pentingnya peranan ibu bapa mengambil peluang ini untuk menghantar anak mereka mengikuti program motivasi semasa cuti sekolah.

rencana04 19062013

PELBAGAI aktiviti seperti menyusuri bukit juga diadakan ke arah meningkatkan semangat jati diri.

Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya, inilah saat terbaik untuk anak kita diserapkan dengan nasihat-nasihat yang boleh dijadikan panduan supaya mereka mampu membezakan mana baik dan mana buruk.

Seperti Perkhemahan Belia Masjid Serdang yang diadakan baru-baru ini bertemakan 'Belia Cemerlang Yang Suka Berfikir dan Berzikir' adalah satu tema yang amat bertepatan dengan aspirasi negara kita melahirkan generasi penerus bangsa yang bukan sahaja dapat berfikir dengan waras dan baik akan tetapi yang amat penting ialah dapat melahirkan belia dan beliawanis yang utuh keperibadian dan keimanannya dengan zikir. Ini adalah salah satu usaha untuk menarik para belia supaya berjinak-jinak dan rajin ke masjid bukan sahaja semata-mata bertujuan untuk menunaikan sembahyang tetapi juga untuk melibatkan diri dengan apa sahaja aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid dan Majlis Perundingan Kampung (MPK).

Sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman ditimba semasa bersama kawan serta pakar motivasi dapat juga diamalkan dalam kehidupan seharian. Selalunya anak yang kembali daripada mengikuti program motivasi akan nampak perubahan baik dalam diri mereka. Demi kesinambungan, ibu bapa perlu memainkan peranan supaya gelombang perubahan itu dapat terus menuju kepada peningkatan lebih baik. Oleh itu para ibu bapa juga diseru sentiasa memberikan semangat dan sokongan moral atas penglibatan anak-anak.

Last modified on

PAUTAN JABATAN

  • harikebangsaan
  • dailydairy
  • bruneigovernment
  • infofoto
  • pentarama
  • pressroom

NOMBOR KECEMASAN

  • 991
  • 993
  • 995
  • 998

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

  • RTB 1
  • RTB 2
  • RTB 3
  • RTB 4
  • RTB 5

Pautan ke akhbar-akhbar

  • borneoBulletin
  • sunday
  • weekEnd
  • mediaPermata
  • bt

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel