YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan, Berucap di Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqu Foto oleh :- Hj. Masmaleh Hj. Mohd Ali.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Ogos.- Kajian kecil yang dijalankan oleh Bahagian Permakanan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan pada tahun 2003 menunjukkan kadar pe nyusuan susu ibu sepenuhnya bagi anak damit yang berumur hingga satu bulan hanya 54 peratus.
Kadar ini menurun ke 35 peratus bagi anak damit yang berumur dua bulan dan hanya satu peratus sahaja anak damit menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada usia enam bulan.
Berucap pada Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (PSI) berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman seterusnya berkata, Kementerian Kesihatan perlu mengkaji mengapa ramai ibu-ibu terlalu awal memberhentikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dan bagaimana masyarakat boleh membantu serta menyokong ibu-ibu dalam usaha mereka mempraktikkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan sehingga anak berusia dua tahun. berita penuh...
BERITA RINGKAS :-
Klinik Pediatrik HSSB juara promosi penyusuan susu ibu
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 ogos - Klinik Pediatrik Hospital Suri Seri Begawan (HSSB), Kuala Belait menjuarai Pertandingan Sudut Promosi Penyusuan Susu Ibu 2008 sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu di negara ini.
berita penuh...
Pemangku SUT KHEU lawat ke Sekolah Ugama Masin
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Ogos.- Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Paduka Awang Haji Ishaaq bin Haji Abdullah hari ini mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Ugama Masin, Kawasan Brunei IV Daerah Brunei dan Muara.
berita penuh...
Produk pendidikan berkualiti menunjang kepada pembangunan masyarakat
GADONG, Rabu, 6 Ogos. - Pengetahuan dan profesionalisme hasil produk pendidikan berkualiti perlu menunjang kepada penyertaan yang berjaya di kalangan setiap individu dalam pembangunan masyarakat yang sentiasa berkembang.
berita penuh...
Peserta Sivik didedahkan dengan Adat Istiadat Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Ogos. - Para peserta bagi Perkampungan Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam 2008 pada petang tadi berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat di Jabatan Adat Istiadat, Pengiran Dr. Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin mengenai dengan 'Adat Istiadat Brunei: Majlis Beradat Istiadat'.
berita penuh...
Lapan strategi utama capai Wawasan Brunei 2035
GADONG, Rabu, 6 Ogos.- Matlamat Wawasan Brunei 2035 bertujuan menjadikan penduduk di negara ini berjaya, berpendidikan dan berkemahiran tinggi; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi, di samping menjadikan ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.
berita penuh...
Pasukan Wanita Thailand juara Badminton Belia Asia
BERAKAS, Rabu, 6 Ogos.- Pasukan Wanita Thailand berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Belia Asia berumur 16 tahun ke bawah dalam acara berpasukan wanita setelah menumpaskan pasukan Korea 2 - 0, di perlawanan akhir yang di adakan di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Negara Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini.
berita penuh...
Pelita Brunei - Arkib

