BERAKAS, Rabu, 6 Ogos.- Pasukan Wanita Thailand berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Belia Asia berumur 16 tahun ke bawah dalam acara berpasukan wanita setelah menumpaskan pasukan Korea 2 - 0, di perlawanan akhir yang di adakan di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Negara Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini.
Thailand yang menurunkan Ratchanok Inthanhon di regu pertama dengan mudah mendominasi dua set perlawanan apabila Shin Seung Chan terpaksa akur dengan keputusan 21 -5 dan 21 – 17.
Thailand memastikan kemenangan mutlaknya setelah regu keduanya yang di wakili oleh Rawinda Prajingjai berjaya menumpaskan Lee So Hee dengan keputusan 21- 16 dan 21 – 19.
Pasukan Thailand melayakkan diri keperingkat akhir setelah menumpaskan Filipina 2- 0 dan Indonesia juga 2 – 0 di peringkat separuh akhir.
Sementara itu dalam acara berpasukan lelaki, Indonesia muncul juara apabila berjaya menyingkirkan dua pemain Malaysia setelah menerima saingan sengit dan dipaksa untuk bermain hingga ke set penentuan.
Malaysia yang menurunkan Nur Mohd. Azriyn di regu pertama bermain agak baik diset pertama dengan mendahului 23 – 21 kepada Ryanto Subagja namun terpaksa tunduk diset kedua setelah tewas 18 – 21.
Setelah mempelajari beberapa kelemahan, Ryanto Subagja akhirnya berjaya mendominasi set penentuan tersebut dengan menyudahkan bilangan 21 – 9.
Namun Indonesia membuktikan kejayaannya setelah Arief Gifar Ramadhan berjaya mengikuti langkah rakan sepasukannya yang terdahulu dengan menyingkirkan Goh Giap Chin dengan kiraan 2-1.
Dalam perlawanan tersebut Arief Gifar Ramadhan menang di dalam set pertama dengan kiraan 21 – 7, tewas di set kedua 18 -21 dan menang di set ketiga 21 -18.
Yakob Yusdianto selaku pengurus pasukan di akhir perlawanan melahirkan perasaan gembira di atas kemenangan pasukan mereka sekalipun pada awalnya merasa rimas apabila kedua pemainnya diheret untuk bermain di set penentuan.
Bagaimana pun beliau merasa yakin setelah menyaksikan prestasi anak buahnya bermain sekalipun menyedari pemain-pemainnya seringkali nampak keletihan.
Menyentuh persiapan bagi menghadapi kejohanan ini beliau menjelaskan bahawa pemain-pemainnya merupakan antara yang terbaik kerana mereka merupakan pemain-pemaian kelab-kelab yang berjaya mengikuti saringan untuk bermain ke luar negara.
Perlawanan akan di teruskan esok di tempat yang sama dalam beberapa acara yang berlainan bermula 9 pagi hingga petang.
Sesi ceramah telah diadakan di Votech International House, Seameo Votech, Gadong.
KEJOHANAN Badminton Asia 16 tahun kebawah diantara Korea dan Thailand berhempas pulas ke peringkat akhir berkumpulan wanita
Foto oleh :- Haji Sharin Haji Asmat.
PASUKAN Thailand menjuarai bagi perlawanan kumpulan bagi wanita menentang Korea 2-0.
((Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)
Kembali ke muka utama