Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

KEPERIBADIAN RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM MENJADI IKUTAN UMAT ISLAM SEPANJANG ZAMAN

MASYARAKAT kini kebanyakan menjadikan seseorang insan sebagai 'role model' mereka untuk dijadikan sebagai ikutan dan panduan untuk melayari kehidupan hingga ke akhir hayat. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah 'role model' yang perlu dicontohi dan panduan membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi. Jika menjadikan insan lain sebagai 'role model' mereka maka ia tidak memenuhi pra syarat untuk memenuhi peranan manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al Ahzab ayat 21 tafsirnya:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Tamadun ummah yang berkualiti bermula dari diri kita sendiri. Kita jadikanlah keperibadian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai idola atau 'role model'. Kita laksanakan as-Sunnah secara realiti dalam kehidupan kita. Maka diri kita pula sebagai 'role model' untuk anak-anak dan remaja kita di masa akan datang. Sebab itu kita adalah insan yang paling hampir dengan mereka dan mereka mudah terikut dengan apa yang mereka lihat dan saksikan sendiri. Jika kita sebagai ibu bapa menjadikan Al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sumber utama dan panduan dalam kehidupan, maka anak-anak dan remaja juga akan dapat dilahirkan melalui konsep 'role mode' keperibadian Rasulullah dan seterusnya lahirlah keluarga Islam yang sejahtera. Kita sewajarnya mencontohi perjuangan Junjungan Besar Kita dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangan.

Segalanya bermula dari diri kita, tarbiyah bermula dari hati-hati kita. Kita cuba laksanakan sedaya mungkin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diisikan dalam diri kita untuk dijadikan contoh kepada masyarakat kita yang kini 'dahaga'kan serta tercari-cari 'role model' yang boleh dilihat secara langsung.

Pada diri Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu banyak menjadi contoh dan teladan yang terbaik untuk menjadi rujukan umat muslim sepanjang hayat. Di antaranya ialah:

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Imam At-Tarmizi dan Nasa’i daripada Aisyah dan Ummu Salamah).

Tahajjud:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, At-Tarmizi, Nasa’i, Ibnu Majah kepada Mughirah).

Puasa:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah).

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah gamis. (Riwayat Imam Abu Daud, At-Tarmizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Berserban:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayat Imam At-Tarmizi daripada Ibnu Umar).

Bertemu:
Adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi Baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan: “Assalamualaikum”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr).

Sujud Syukur:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah Subhanahu Wata’ala. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah).

Berbaring:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah).

Makan:
Adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila beliau makan tengah hari Baginda tak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari. (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id).

Berwuduk:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berwuduk, Baginda akan menyelati janggutnya dengan air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar).

Ketawa:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya. (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah).

Istighfar:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristighfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali. (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah).

Berani:
Adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Anas).

Marah:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam marah dan Baginda dalam keadaan berdiri Baginda akan duduk dan jikalau sedang duduk Baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya. (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah).

Memotong kuku:
Rasulullah Shallallahu ’alaihi wasallam memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Menerima berita:
Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakan, Baginda akan berkata; "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat" dan apabila Baginda didatangi perkara yang buruk, Baginda akan berkata "Alhamdulillahi'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada 'Aisyah).


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

PENYELIDIKAN ROV DI KAWASAN MLJ2 DAN MLJ1

JABATAN Laut memaklumkan kepada semua kapal, para pelaut serta orang ramai bahawa penyelidikan ROV di kawasan MLJ2 dan MLJ1 akan diadakan bermula 4 April 2009 selama 20 hari.

Kawasan MLJ2 yang terbabit dari 5 darjah 23’ 29.236” (U) 114 darjah 39’(T)59.720” dan kawasan MLJ1 yang terbabit dari 5 darjah 24’ 01.431” (U) 114 darjah 41’ 05.844” (T).

Penyelidikan yang akan menggunakan Kapal MV Fugro Sostice itu akan melibatkan carta BA 2109.