Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 1 APRIL 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 APRIL 2009
BILANGAN IKLAN : 13/04/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. KETUA PEMBANTU TEKNIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

2. PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
G.5 ($1,485 - $2,155 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU
ii) Sijil Pendidikan / Diploma Pendidikan dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 10 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik.
c) Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.

3. PENOLONG PEMERIKSA BURUH
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
D.4 EB.5-6 ($1,225 -$1,785 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Buruh dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

4. TEKNISYEN KAPAL TINGKAT II
BAHAGIAN TENTERA LAUT
KEMENTERIAN PERTAHANAN
E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Berumur di antara 20 hingga 45 tahun.
b) i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan atau swasta dalam bidang Teknisyen Kapal atau bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

5. JURUTEKNIK RENDAH
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji Bahagian V dalam tanggagaji F.1 tidak kurang 5 tahun.
b) Pengalaman dan kebolehan praktikal yang terbukti dalam salah satu bidang kerja-kerja ukur tanah atau pemetaan

6. PEMANDU JENTERA ANGKAT SUSUN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
F 4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Hendaklah tahu menulis dan membaca.
b) Mempunyai lesen memandu kelas 3 dan tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu.
c) Lesen memandu kelas 5 dan 11 dan berpengalaman memandu jentera angkat susun atau jentera-jentera berat seperti krin-krin, bull-dozer atau grader merupakan kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

ULANGAN IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK KELUARAN 18 MAC 2009 BILANGAN 11/03/09

1. PENGARAH
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
SUPERSCALE C ($6,800 - $7,010 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana atau kelulusan PhD dalam bidang Sains Komputer / Sistem Teknologi atau bidang bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ii) Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak kurang dari lima (5) tahun.
Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.

ATAU
b) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains komputer / Sistem Teknologi Maklumat atau bidng bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian
dalam tanggagaji Kumpulan I tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pengurus Sistem atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan II tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
Mempunyai sijil yang diperakui dari badan-badan / institusi professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah kelebihan.

NOTA: Tempat menghantar borang dan tarikh tutup iklan untuk jawatan ini adalah dikekalkan

PEMBERITAHUAN :

1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 22 April 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/

* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan,Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


Dikemaskini 1 APRIL 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

PENYELIDIKAN ROV DI KAWASAN MLJ2 DAN MLJ1

JABATAN Laut memaklumkan kepada semua kapal, para pelaut serta orang ramai bahawa penyelidikan ROV di kawasan MLJ2 dan MLJ1 akan diadakan bermula 4 April 2009 selama 20 hari.

Kawasan MLJ2 yang terbabit dari 5 darjah 23’ 29.236” (U) 114 darjah 39’(T)59.720” dan kawasan MLJ1 yang terbabit dari 5 darjah 24’ 01.431” (U) 114 darjah 41’ 05.844” (T).

Penyelidikan yang akan menggunakan Kapal MV Fugro Sostice itu akan melibatkan carta BA 2109.