Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Jabatan Penerangan Capai Usia
57 Tahun

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 April.- Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri mencapai usianya 57 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1952. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memberigakan maklumat dan penerangan kepada masyarakat di negara ini.

Hanya tinggal tiga tahun lagi, Jabatan Penerangan akan meniti usia 60 tahun, setentunya mengalami pelbagai pengalaman pahit manis memberigakan maklumat terutama di tahun-tahun 50-an dan 60-an dahulu. Kita maklum, ketika itu kemudahan-kemudahan perhubungan dan peralatan komunikasi begitu terhad terutamanya dalam menyebarkan maklumat kepada penduduk di kampung-kampung pendalaman.

Kini Jabatan Penerangan berperanan dan bertanggungjawab bertambah berat dan mencabar era perkampungan sejagat, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), era digital dan ajakan paradigma yang menghala kepada perubahan serentak dengan penyebaran maklumat jabatan tersebut ketika ini.

Dalam menghadapi cabaran dan perubahan masa, Jabatan Penerangan sentiasa peka terhadap penerangan dan tanggungjawabnya sebagai lidah kerajaan iaitu penghubung dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan mengemaskini dan memantapkan lagi jentera organisasinya telah mewujudkan 15 bahagian terdiri dari Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pelita Brunei, Bahagian Perkhidmatan Am, Penyelidikan dan Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan, Perkembangan, Kapasiti dan Tugas-Tugas Khas, Bahagian Perhubungan Awam, Bahagian Pameran, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Penerbitan, Laporan Tahunan dan Tugas Khas, Bahagian Berita Inggeris dan Media IT, Bahagian Fotografi dan Audio Visual dan Bahagian Perkhidmatan Media.

Jabatan Penerangan pada peringkat awalnya dikenali sebagai Perkhidmatan Penerangan Brunei dan penubuhannya diselaraskan dengan perkembangan perkembangan semasa pada ketika itu di mana sudah sampai masanya sebuah institusi penerangan ditubuhkan untuk menyebarkan maklumat umum khususnya hal ehwal kerajaan dan pembangunan kepada masyarakat di negara ini.

Jabatan Penerangan mula diterajui oleh Awang Suhaimi bin Haji Amin pada tahun 1954 hingga 1956; Pengiran Haji Mohd Yusof (YAM Pengiran Setia Negara) 1961-1963; dan Tuan G.V. freitas menjadi Pengarah Penyiaran dan Penerangan pada tahun 1964-1975.

Jabatan Penerangan seterusnya telah dipimpin oleh beberapa pengarah terdiri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awg. Badaruddin, Pengiran Dato Paduka Haji Badaruddin, YDM Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair, Dato Paduka Awang Haji Sumadi, Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab, Abd Ghani Pengiran Haji Metussin, Awang Haji Bujang bin Masuud, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni dan kini diterajui oleh Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

Berikut ialah mercutanda perkembangan Jabatan Penerangan.

1 April 1952 - Perkhidmatan Penerangan Brunei ditubuhkan.

1954 - Cawangan Perkhidmatan Penerangan di Daerah Belait ditubuhkan

1956 -Akhbar rasmi Pelita Brunei mula diterbitkan dan Bilik Bacaan dibuka di Pekan Bangar.

1957 -Bilik Bacaan Penerangan dibuka daerah Tutong.

1961 -Perkhidmatan Penerangan Brunei dan Radio Brunei disatukan dengan dikenali sebagai Jabatan Penyiaran dan Penerangan.

Jun 1975 -Jabatan Penyiaran dan Penerangan diasingkan dan dikenali sebagai Bahagian Penerangan dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan.

1983 -Bahagian Penerangan dinaikkan taraf menjadi Jabatan Penerangan.

1 Januari 1984 -Jabatan Penerangan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

1 Disember 1985 -Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei digabungkan semula dan dikenali sebagai Jabatan Penyiaran dan Penerangan.

20 Disember 1986 -Jabatan Penyiaran dan Penerangan diletakkan di bawah Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.

1 Mac 1991 -Jabatan Penyiaran dan Penerangan dipecahkan semula di mana dikenali semula sebagai Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

1 April 2002 -Sambutan Jubli Emas Jabatan Penerangan.

19 Julai 2008 -Pelancaran Pelita Brunei Online dan Penerbitan Pelita Brunei Dua Kali Seminggu.

(Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

PENYELIDIKAN ROV DI KAWASAN MLJ2 DAN MLJ1

JABATAN Laut memaklumkan kepada semua kapal, para pelaut serta orang ramai bahawa penyelidikan ROV di kawasan MLJ2 dan MLJ1 akan diadakan bermula 4 April 2009 selama 20 hari.

Kawasan MLJ2 yang terbabit dari 5 darjah 23’ 29.236” (U) 114 darjah 39’(T)59.720” dan kawasan MLJ1 yang terbabit dari 5 darjah 24’ 01.431” (U) 114 darjah 41’ 05.844” (T).

Penyelidikan yang akan menggunakan Kapal MV Fugro Sostice itu akan melibatkan carta BA 2109.