Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Hotline || Arkib ||

EDISI ISNIN,
RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Kementerian Pertahanan
juarai PSKK 2012

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Januari. - Tirai Pesta Sukan Kementerian-kementerian (PSKK) 2012 dengan rasminya dilabuhkan petang tadi selepas Kementerian Pertahanan muncul sekali lagi sebagai juara keseluruhan.

Dengan mendominasi 20 pingat emas, 14 perak dan 20 gangsa secara langsung meletakkan pasukan Kementerian Pertahanan di tangga teratas sekali pun mendapat saingan sengit dari pasukan Kementerian Pendidikan yang berada di tempat kedua iaitu dengan memperolehi 20 pingat emas, 14 perak dan 13 gangsa.


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned ketika menyampaikan piala kejohanan PSK 2012 kepada ketua kontigen Kementerian Pertahanan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
(Foto : Azmah Hj. Ahad)

Manakala menduduki tempat ketiga jatuh kepada pasukan Jabatan Perdana Menteri yang hanya memperolehi 18 pingat emas, 23 perak dan 18 gangsa.

Perkara tersebut di umumkan di Majlis Penutupan Rasmi Pesta Sukan berkenaan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.

Majlis Penutupan Rasmi tersebut di sempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned.

Terdahulu dari itu majlis bermula dengan perlawanan peringkat akhir acara Sepak Takraw dalam kategori regu pertemuan di antara pasukan Jabatan Perdana Menteri menentang pasukan Kementerian Pembangunan.


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned ketika menyampaikan piala kepada ketua kontigen Kementerian Pendidikan (kiri) dan ketika menyampaikan piala kepada ketua kontigen Jabatan Perdana Menteri (kanan) yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
(Foto : Azmah Hj. Ahad)

Dalam perlawanan tersebut pasukan Jabatan Perdana Menteri berjaya menumpaskan pasukan Kementerian Pembangunan dengan kiraan 2-1 (11-15, 15-13, 15-12).

Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat-pingat kemenangan bagi acara tersebut dan diselajurkan dengan penyampaian cenderamata kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang terlibat di PSKK 2012 yang di sempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis berakhir dengan penyerahan piala kemenangan kepada wakil juara keseluruahan PSKK 2012 iaitu Kementerian Pertahanan yang di sempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab yang kemudiannya mengisytiharkan penutupan rasmi pesta sukan berkenaan.

PSKK 2012 yang bermula sejak 21 Januari lalu mempertandingkan 15 acara sukan secara berkontinjen dengan melibatkan lebih tiga ribu pegawai dan kakitangan kerajaan sebagai atlet, jurulatih dan pegawai teknikal.


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab ketika menutup rasmi Pesta Sukan Kementerian-Kementerian 2012.
(Foto : Azmah Hj. Ahad)

Sukan Kementerian-kementerian ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan merupakan salah satu projek di bawah sukan untuk masyarakat yang bermula pada tahun 1991.

Dengan adanya kejohanan seperti ini bukan saja dapat menyaksikan persaingan sihat dalam bidang sukan bahkah mampu memupuk kerjasama di antara kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di samping untuk saling kenal mengenali antara satu sama sambil mengajak untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat melalui sukan.

(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Mohd. Fathullah Fuad Haji Abdullah)

Kembali ke muka utama