|
Kikis pemikiran ‘baiktah ku menganggur sampai ada keraja sesuai’
 MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan ketika merasmikan Pameran Kerjaya 2009.
(Foto : Ak. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. - Dalam menangani isu pengangguran, para pencari kerja hendaklah menerima hakikat bahawa kelayakan akademik dan kemahiran adalah faktor utama untuk menjadi satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan, di samping berani menyahut cabaran untuk mendapatkan pekerjaan yang ‘marketable’ pada masa ini dengan membuka pilihan kerja yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada bidang yang dipelajari.
Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan semasa berucap menjadi tetamu kehormat di Majlis Karnival Kerjaya Kali Ke-3, 2009 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabanga, Berakas di sini.
Bagaimanapun dalam sektor perkhidmatan, Yang Berhormat percaya kelulusan seseorang dalam bidang itu bukanlah ukuran segala-galanya kerana apa yang penting katanya ialah melihat keupayaan seseorang itu dapat berkomunikasi dengan baik, mempunyai minat yang mendalam serta komited terhadap kerjayanya.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
KEMBALI KE SAWAH :
KEBANGKITAN SEMULA SEMANGAT BERPADI
PENGKALAN BATU, Selasa, 28 April. - Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai mulai sedar akan kepentingan beras sebagai makanan asasi negara. Perubahan ini sangat ketara melalui hasil peningkatan hasil pengeluaran dan bilangan pengusaha menceburkan diri dalam penanaman padi di mana kawasan-kawasan padi yang dulunya lengang kini diusahakan semula menjadikan sawah padi ‘hidup kembali’.
berita penuh...
Pegawai kadet wanita pengambilan kedua berpeluang mengikuti ‘special to service’
SUNGAI AKAR, Selasa, 28 April. –Pegawai-pegawai Kadet Wanita Pengambilan Kedua Sekolah Pegawai Kadet telah diberikan peluang untuk mengikuti Latihan Khas Perkhidmatan atau ‘special to service’ bagi latihan laut dan udara seperti yang dijalani oleh pegawai-pegawai kadet lelaki.
berita penuh...
Penyerahan kunci bangunan Pusat Dialisis
KUALA BELAIT, Selasa, 28 April. - Pesakit buah pinggang yang tinggal di sekitar Daerah Belait tidak perlu lagi melakukan rawatan ke Bandar Seri Begawan kerana Hospital Suri Seri Begawan kini telah mempunyai pusat dialisisnya sendiri.
berita penuh...
Penderma terima penghargaan
KUALA BELAIT, Selasa, 28 April. - Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Kepada Penderma-penderma Bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Belait telah diadakan di Dewan Santap pagi tadi.
berita penuh...
Tiada kes kejadian wabak Selesema Khinzir Manusia
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. – Sejauh ini, tiada kes telah dilaporkan mengenai dengan kejadian Wabak Selesema Khinzir Manusia (Human Swine Influenza) di negara ini.
berita penuh...
Hubungan Malaysia-Brunei cukup istimewa
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April. – Hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam yang telah terjalin sejak 25 tahun adalah cukup baik dan istimewa bahkan lebih dari itu jika dilihat dari sudut hubungan tradisi.
berita penuh...
Kira-kira 70 sertai Bengkel Jadual ‘Input-Output’
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. – Projek Jadual ‘Input-Output’ yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan DIW econ GmbH, sebuah syarikat perunding dari Jerman, satu bengkel yang berkaitan dengan projek tersebut diadakan.
berita penuh...
Lima guru ugama bersara diraikan
TEMBURONG, Selasa, 28 April. - Seramai lima guru agama di Daerah Temburong yang bersara bagi tahun 2007-2009 diraikan dalam satu Majlis Mengenang Jasa dan Meraikan Guru-guru Besar Yang Telah Bersara berlangsung di Dewan Serbaguna kompleks Bumiputera Baru Pekan Bangar di sini.
berita penuh...
Karnival Kerjaya memberi ruang kepada pencari kerja tempatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. - Karnival Kerjaya yang bermula hari ini merupakan platform dan salah satu inisiatif pihak kerajaan bagi menyatukan pencari-pencari kerja ke arah menangani masalah pengangguran di negara ini.
berita penuh...





|