|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 29 APRIL 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 MEI 2009
BILANGAN IKLAN : 17/04/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. AHLI KAJI BUMI
JABATAN KERJA RAYA
JABATAN PERDANA MENTERI
B2 EB3($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang geologi / kaji bumi / geofizik.
b) Pengetahuan mengenai MS-DOS/UNIX Operating System / FORTRAN dan C+Languages atau ORACLE database adalah kelebihan.
2. PEGAWAI BANDARAN
JABATAN BANDARAN, KUALA BELAIT DAN SERIA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3 :
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mengetahui Undang-Undang Bandaran dan yang berkaitan dengannya adalah kelebihan.
3. PENGUASA STOR
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Purchasing and Supply / Bussiness Studies / Administration / Management Accounting / Accounting atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat Khas dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Berpengetahuan dan pengalaman dalam bidang Ilmu Simpan Kira-Kira, Perakaunan atau Ilmu Hisab dan dalam pengurusan alat ganti mekanikal stor dan kakitangan atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.
4. PENOLONG PEGAWAI KAKITANGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Komputer / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Pengurusan Kakitangan atau Pengajian Perdagangan; atau kelulusan dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah di tetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran, pengurusan kakitangan dan komputer adalah kelebihan.
c) Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
5. PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Dokumen Kontrak / Kerani Dokumen Kontrak atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mempunyai Sijil Menaip di Peringkat Menengah adalah kelebihan.
6. PENJALAN KRIN
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang teknikal; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun dan teleh ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai lesen memandu kelas 5 yang sah.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 20 MEI 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
c. Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM
PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERATURAN 38(b)
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. MERINYU KESIHATAN KANAN
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.3 EB.4 ($1,990 - $2,620 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Environment yang bersesuaian atau bidang bersesuaian atau kelulusan sabanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Kesihatan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Kesihatan Alam Sekitar adalah kelebihan.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
2. JURUTEKNIK MAKMAL KANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalambidang Sains, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan di Jabatan Perkhidmatan Makmal atau Saintifik sebagai Juruteknik Makmal atau jawatan sebanding dalam tanggagaji M.4 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
3. JURUTEKNIK GIGI KANAN
JABATAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Sijil Latihan Juruteknik Pergigian dari Sekolah Latihan Jururawat/Juruteknik Pergigian Malaysia atau Singapura, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Gigi selepas latihan tidak kurang dari 5 tahun.
b) Mempunyai kelulusan atau kursus-kursus tambahan adalah diberi keutamaan
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. PENOLONG PENGURUS PERMAKANAN
HOSPITAL
KEMENTERIAN KESIHATAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Hospitality / Business Studies atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Permakanan Hospital dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
5. ATENDAN KANAN HOSPITAL
JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 5 tahun.
b) Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah keutamaan.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 21 APRIL 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 21 MEI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan, Tingkat I, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 22/2009
6. PENGURUS AM
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN
B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am / Dasar Awam / Pengurusan Sumber Manusia / Kejuruteraan / Bimbangan dan Kaunseling atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
DAN
ii) Berkhidmat di Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal sebagai Penolong Pengurus Am dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pengurusan / Pentadbiran Awam / Dasar Awam / Pengurusan Sumber Manusia / Bimbangan dan Kaunseling atau yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iv) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi sekurang-kurangnya di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 6, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 21 APRIL 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 21 MEI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 23/2009
7. PENOLONG KETUA POS AGUNG
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )
ATAU
B.2 EB.3 ( $ 2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGAGAJI B.3:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang dalam bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang Business Administration / Dasar Awam / Teknologi Maklumat / Perhubungan / Pemasaran / Perancangan adalah kelebihan.
DAN
ii) Berkhidmat dengan di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai
Penolong Ketua Pos Agung atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang tugas Kewangan / Pentadbiran / Operasi Pemasaran dan Kemajuan Produk atau Perancangan Kemajuan dan Keselamatan atau bidang berkaitan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
b) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawal Pos atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang tugas Kewangan / Pentadbiran / Operasi Pemasaran dan Kemajuan Produk atau Perancangan Kemajuan dan Keselamatan atau bidang berkaitan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan
c) Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
iv. Peperiksaan Jabatan (jika ada);
v. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
vi. Peraturan-Peraturan Kewangan.
d) Mempunyai laporan penilaian prestasi sekurang-kurangnya di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGAGAJI B.2 EB.3:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang dalam bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang Business Administration / Dasar Awam / Teknologi Maklumat / Perhubungan / Pemasaran / Perancangan adalah kelebihan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 7, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sahaja.
2. Tarikh Iklan: 21 APRIL 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 21 MEI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 24/2009
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Dikemaskini 29 April 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|