Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pelita Brunei - Hasrat Negara

HASRAT NEGARA



SABDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman di Majlis Perasmian Persidangan Isu-isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB NGIG) Kali Ke-7 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 28 Februari 2009.

Golongan muda harus bangga dengan inisiatif Nadi Borneo

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan-tuan Yang Terutama,
Tetamu-tetamu Yang Dihormati
Tuan-tuan dan Puan- puan.

SELAMAT,pagi kepada semua tetamu-tetamu jemputan khas, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan setentunya kepada semua para perwakilan yang hadir di Majlis Perasmian Persidangan Isu-isu Global Borneo Sekolah Antarbangsa (ISB BGIC) 2009 pada hari ini.

Seperti pada persidangan-persidangan yang lepas, saya sentiasa tertarik dengan usaha-usaha proaktif dan dinamik para belia kita melibatkan diri mereka dengan beberapa isu-isu sebenar yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin dunia hari ini.

Tema tahun ini, 'Cultural Survival : Rights and Aspirations of Indigenous Peoples', adalah sangat penting kerana ia menggalakkan kita semua untuk menghargai orang lain, budaya-budaya dan masyarakat-masyarakat mereka.

Ia adalah sangat penting untuk kita menyemai di dalam warga muda kita akan pentingnya membantu mereka yang memerlukan belas kasihan kita dan berhak mendapat penghormatan kita.

Saya juga merasakan bahawa tema tersebut menyingkap dilema kebanyakan budaya asli yang berada di persimpangan, di mana warga tua mereka berjuang untuk mengekalkan cara hidup tradisi mereka, sambil mereka melihat generasi muda melupakan cara-cara tradisi agar mereka seiring masa depan yang moden.

Kita perlu menghargai budaya-budaya asli yang kaya dan berpelbagai ini yang menyediakan manusia kunci yang menghubungkan dengan masa lampau dan menjadi mercu tanda dalam pembangunan pelbagai tamadun yang berbeza sepanjang zaman.

Pemuliharaan warisan dunia seumpama ini hanya boleh berlaku melalui kesedaran dan pemahaman.

Saya juga berasa senang yang projek 'Nadi Borneo' (The Heart of Borneo) terus diketengahkan dalam persidangan tahun ini.

Inisiatif penting seumpama itu hendaklah terus mempunyai profil yang tinggi untuk terus membina dan memantapkan kesedaran awam.

Golongan muda di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia seharusnya sangat berbangga dengan inisiatif-inisiatif kerjasama yang diambil oleh kerajaan mereka, untuk merealisasikan dasar pemuliharaan yang sama untuk sumber asli Borneo, terutama peribuminya yang berharga, 'Wajah-wajah Dalam Nadi Borneo'.

Topik-topik yang dibentangkan pada persidangan tahun ini adalah benar-benar global dan ia mencerminkan kebimbangan semasa dunia.

Saya berharap perbincangan topik-topik ini akan memberikan satu pengalaman pembelajaran dan kesedaran yang tidak ternilai kepada semua peserta tentang bagaimana kita sebagai sebahagian masyarakat global perlu belajar untuk saling bekerjasama dan saling menghormati satu sama lain.

Pentingnya saling menghormati antara satu sama lain dan menghormati budaya, tradisi-tradisi dan adat resam semua bangsa dan puak-puak asli adalah yang lebih relevan pada saat dan ketika ini, di mana para pemimpin dunia berdepan dengan cabaran yang serius untuk mencapai penyelesaian secara aman terhadap pelbagai konflik di tengah-tengah kemerosotan ekonomi global.

Sehubungan dengan itu, sokongan sepatutnya diberikan terhadap usaha Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi hak-hak orang asli dan mengekalkan kekayaan tradisi-tradisi, budaya-budaya, bahasa-bahasa dan sejarah mereka.

Oleh itu adalah menyenangkan untuk melihat topik-topik bagi persidangan ini adalah berdasarkan kepada Matlamat Pembangunan Milenium PBB dengan delegasi-delegasi mewakili pendirian negara individu dari segi politik, persekitaran, hak-hak manusia dan isu-isu sosioekonomi.

Ketika para delegasi meneruskan perbahasan mereka, saya merasa positif yang mereka akan mencapai pemahaman lebih mendalam bagi isu-isu serius yang dikemukakan kepada mereka dan bagaimana rumitnya solusi yang akan terjadi.

Di situ jarang sekali terdapat penyelesaian yang mudah dan terus (straight forward) bagi menyelesaikan kebimbangan global yang dihadapi oleh para pemimpin kita setiap hari.

Saya juga berharap agar persidangan ini akan menunjukkan para delegasi bahawa walaupun penyelesaian berkekalan tidak pernah tercapai dengan mudah, tetapi akhirnya ia tetap akan dapat dicapai, jika pihak-pihak terlibat saling bekerjasama dengan ikhlas, berniat baik, saling memahami, bertoleransi dan saling menghormati.

Resolusi yang dihasilkan oleh jawatankuasa awda seboleh-bolehnya realistik dengan mengambil kira pembangunan terkini dunia dan cabaran dunia sebenar yang dihadapi masyarakat global.

Dengan semangat Bangsa-Bangsa Bersatu, resolusi-resolusi tersebut hendaklah juga seboleh-bolehnya adil dan boleh diterima oleh akal, dan walaupun rundingan-rundingan mereka berkemungkinan bersemangat, ia perlulah sentiasa dikendalikan dengan penuh kesopanan dan bermaruah.

Dengan menjadikan diri awda sendiri berintegriti dan bermaruah, awda telah mengambil langkah penting yang pertama untuk mengikut jejak para pemimpin dunia yang amat dikagumi kepimpinan mereka pada masa-masa krisis.

Persidangan ini akan memberikan para pelajar kita pendedahan kepada pelbagai perspektif dan pengalaman yang meluas yang diharapkan akan menggalakkan mereka menjadi lebih sedia menyuarakan idea-idea secara terbuka semasa melahirkan dan membahaskan pandangan dan idea-idea mereka.

Saya juga ingin melahirkan ucapan tahniah di atas usaha-usaha, sumbangan-sumbangan dan sokongan-sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat pendidik kita, Kementerian Pendidikan dan kementerian-kementerian lain, jabatan-jabatan kerajaan dan entiti privet. Kerjasama dan sokongan mereka merupakan contoh cemerlang semangat komuniti di Negara Brunei Darussalam.

Saya berharap ISB BGIC akan terus menarik pelajar tempatan dan menyediakan mereka dengan peluang berinteraksi dengan teman-teman sebaya mereka di dalam mahupun di luar Negara Brunei Darussalam.

Saya berasa amat senang bahawa persidangan ini telah terus berkembang sejak perasmiannya di sini pada tahun 2003 dan majoriti para peserta adalah dari sekolah-sekolah kerajaan tempatan, dengan sebuah sekolah berulang-alik dari Kuala Belait setiap hari untuk menyumbang dan menyertai persidangan ini.

Akhirnya, sama ada sebagai ibu bapa, guru-guru, orang dewasa atau warga emas, kita semua perlu mencuba sedaya upaya untuk menjadi teladan yang terbaik.

Kita semua mempunyai potensi untuk mempengaruhi pemikiran secara positif dan perkembangan sosial bagi kanak-kanak dan belia-belia sekeliling kita dengan mengamalkan kehidupan berintegriti, dan menghormati masyarakat sekeliling dan persekitaran kita.

Saya berharap semua delegasi tempatan dan luar negara beroleh kejayaan dan pengalaman yang bermanfaat dalam persidangan kali ini.

Lakukan yang terbaik untuk mempelajari di antara satu sama lain dan juga dari barisan pakar-pakar yang datang untuk mengkongsikan pengalaman hidup mereka dengan awda.

Saya tahu awda akan membuat kami semua bangga dengan awda.

Dengan kalimah 'Bismillahir Rahmanir Rahim', saya dengan besar hati mengisytiharkan Persidangan Isu-isu Global Borneo ISB Kali Ke-7 dibuka.

Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.