Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Tiada kes kejadian
wabak Selesema Khinzir Manusia

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 April. – Sejauh ini, tiada kes telah dilaporkan mengenai dengan kejadian Wabak Selesema Khinzir Manusia (Human Swine Influenza) di negara ini.


KETUA Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr. Hajah Ramlah binti Haji Md. Said ketika menyampaikan taklimat kepada media mengenai situasi terkini Influenza Khinzir Manusia berlangsung di Bilik Persidangan Kementerian Kesihatan.
(Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman)

Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan sedang meneliti dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap perihal dua orang yang menghidap demam influenza yang masing-masing warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap yang baru pulang ke negara ini setelah kembali dari Kanada pada 27 April 2009.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr. Hajah Ramlah binti Haji Md. Said pada Taklimat Media mengenai situasi terkini Influenza Khinzir Manusia bertempat di Bilik Persidangan Kementerian Kesihatan, Berakas di sini.

Kedua pesakit tersebut, tambahnya, sedang menjalani pemeriksaan rapi dan menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong dan hasil dari pemeriksaan klinikal serta penyiasatan epidemiologi tidak menunjukkan bahawa mereka mempunyai risiko jangkitan Selesema Khinzir Manusia.

Menurutnya, sejauh ini tiada kes dilaporkan di negara ini, walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan terus meningkatkan langkah-langkah pemantauan pengunjung-pengunjung yang balik ke negara ini dari tempat-tempat terjejas seperti Mexico, California, Texas, Ohio, Kansas dan New York di America Syarikat, Sepanyol dan Kanada.

Berikutan dengan kejadian wabak Selesema Khinzir Manusia ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Waspada Pandemik Influenza ke tahap fasa 4.

Peningkatan tahap ini dari fasa 3 ke fasa 4 adalah berdasarkan data epidemiologi yang menunjukkan jangkitan dari manusia ke manusia dan membolehkan virus berkenaan menyebabkan wabak di peringkat masyarakat.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh wabak tersebut terutama mereka yang kurang sihat dan mengalami demam selesema agar menangguhkan perjalanan mereka sehingga sembuh.

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak perlu merasa cemas jika menghadapi tanda-tanda penyakit demam selesema biasa kerana ini terkecuali jika mereka telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai yang mengunjungi tempat-tempat yang terjejas supaya menghubungi Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan bagi tujuan pemantauan melalui talian 2382023.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital terutama sekali untuk tidak membawa kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke bawah dan ini bertujuan bagi sama-sama memelihara kesejahteraan pesakit dan keselematan orang awam.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian Healthline Kementerian Kesihatan di talian 2384234.


(Oleh : Siti Zuraihah Awang Sulaiman)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.