Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(a) DAN PERATURAN 38(b)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(a) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN 38(b)

Syarat-Syarat Am:
Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan diiklankan sahaja.

Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pemohon mempunyai pengetahui kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darassalam.

Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.

Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN
JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perakaunan / Perdagangan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

b) i) Berkhidmat di Jabatanarah Kewangan dan Perolehan sebagai Pegawai Perolehan Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

a) Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam
b) Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri
c) Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar
d) Laporan Tahunan Jabatan
e) Penyediaan Peruntukan Jabatan
f) Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

2. PENOLONG PENGARAH
INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM :
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik dan Hubungan Antarbangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

b) i) Berkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

a) Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam
b) Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri
c) Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar
d) Laporan Tahunan Jabatan
e) Penyediaan Peruntukan Jabatan
f) Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

a) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
b) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
c) Peraturan-Peraturan Kewangan

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

3. PEGAWAI PENYELIDIK KANAN
INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
KEMENTERIAN PERTAHANAN
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik & Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

b) i) Berkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai Pegawai Penyelidik dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik & Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

a) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
c) Peraturan-Peraturan Kewangan

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4. PEGAWAI JURURAWAT KANAN
(PENDIDIKAN PERBIDANAN)
MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
M.12 ($2,840-$3,700 SEBULAN) ATAU
M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf. ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Perbidanan atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

b) i) Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.

ii) Diploma lanjutan dalam bidang Pentadbiran Kejururawatan atau bidang berkaitan.

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 7 tahun.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

5. PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT II
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.1-2 EB.3 ( $1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebangding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

Kelulusan lebih tinggi adalah dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyemak atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan.

Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

CARA PERMOHONAN/MAKLUMAT:

Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Borang SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil, sijil, surat-surat akaun yang lengkap dan diakui sah.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-

a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi pemohon yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Borang permohonan hendaklah dikembalikan kepada:

SETIAUSAHA
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA
LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961 / 2383455 (BAHAGIAN IKLAN)
TARIKH TUTUP IKLAN: 25 JULAI 2009
BILANGAN IKLAN : 42/2009/SPA/BMI/38 (A)
Website: www.spa.gov.bn/


Dikemaskini 27 Jun 2009 (Sabtu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.