KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar ketika berkenan berangkat ke Perarakan Kenderaan Berhias, Persembahan Bunga Api dan Tarik Kalat Se- Borneo. (Foto Oleh : Masri Osman).
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat menyaksikan Perarakan Kenderaan Berhias, Perlawanan Tarik Kalat Se-Borneo dan persembahan bunga api sempena sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-62, di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.
Keberangkatan Kebawah DYMM, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri dan kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adana; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Perarakan dan Perlawanan Tarik Kalat. berita penuh...
BERITA RINGKAS :-
Brunei Darussalam pertahankan kejuaraan tarik kalat Se Borneo
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai-. Pasukan Negara Brunei Darussalam berjaya mempertahankan kejuaraan tarik kalat SeBorneo, selepas menundukkan Sarawak pada pertarungan akhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara..
berita penuh...
KDYMM berazam jadikan Brunei 'Negara Zikir'
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berazam untuk melihat Brunei Darussalam menjadi Negara Zikir.
berita penuh...
Majlis Ilmu wujudkan anak bangsa beriman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Majlis Ilmu yang diadakan sempena perayaan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 Tahun diharap akan terus mekar sebagai wadah mewujudkan anak bangsa yang beriman dan berilmu demi kemakmuran negara dan kesejahteraan bangsa berlandaskan ajaran Islam..
berita penuh...
Perdana Menteri Negara Kuwait berangkat pulang
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Perdana Menteri Negara Kuwait berangkat meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas setelah mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.
berita penuh...
Tema Majlis Ilmu 2008 menyahut seruan titah
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Pemilihan tema 'Menghayati Negara Zikir' merupakan susulan terhadap titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 1428 Hijrah yang antara lain memberi petunjuk atau suara mengenai hasrat menjadikan negara ini sebuah Negara Zikir.
berita penuh...
Kunjungan Muhibah Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad bin Haji Jumat menerima kunjungan muhibah Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib.
berita penuh...
Tujuh pegawai kanan bertolak ke Singapura
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Julai. - Tujuh pegawai kanan dari beberapa buah agensi kerajaan berlepas ke Republik Singapura pagi ini bagi lawatan kerja dua hari ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
berita penuh...
Derma Gempa Bumi Yogyakarta digunakan bina 2 projek
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Derma dari rakyat dan penduduk negara ini kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Yogyakarta dan kawasan sekitarnya yang dilancarkan pada 1 Jun hingga 31 Ogos 2006 telah disalurkan kepada para mangsa melalui pembinaan dua projek di kawasan-kawasan terlibat.
berita penuh...
Para pemenang Gerai Pesta Buah-Buahan terima hadiah
KUALA BELAIT, Sabtu, 26 Julai. - Para pemenang gerai terbaik Pesta Buah-buahan dan Agrimakanan Daerah Belait 2008 sempena sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 menerima hadiah malam tadi pada Majlis Malam Penghargaan berlangsung di kawasan letak kereta Tudung Saji, di sini.
berita penuh...
Gabungan artis Pentarama Brunei - Malaysia pukau penonton
TUTONG, Jumaat, 25 Julai. - Persembahan menarik gabungan artis Pentarama Negara Brunei Darussalam dan Malaysia memukau ribuan penonton yang membanjiri pentas perayaan berdekatan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini.
berita penuh...
Majlis Khatam Al-Qur'an merupakan tradisi dalam masyarakat
RIMBA, Sabtu, 26 Julai. - Majlis Khatam Al-Qur'an merupakan tradisi yang biasanya diadakan ketika majlis perkahwinan, acara-acara keagamaan selain satu acara wajib atau acara tahunan yang biasa diadakan oleh setiap sekolah agama yang terdapat di negara ini.
berita penuh...
Sertai peraduan mencipta logo dan lagu patriotik Hari Kebangsaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Julai. - Bersempena dengan perayaan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-25 tahun depan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan Peraduan Mencipta Logo dan Lagu Patriotik.
berita penuh...
Pelita Brunei - Arkib

