

ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 30 orang penerima sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-62 tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman di sini.
Mendahului penerima pengurniaan Bintang Kebesaran Negara ialah Ketua Polis Negara Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, yang menerima Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama (P.S.P.N.B) yang membawa gelaran Dato Seri Pahlawan.
Diikuti dengan pengurniaan bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Darussalam Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B.), yang membawa gelaran Dato Seri Setia kepada Awang Haji Tasim bin Haji Akim dan Awang Haji Mohd. Zaimi bin Haji Talip.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan mengurniakan bintang kebesaran negara, Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.), yang membawa gelaran Dato Seri Laila Jasa kepada Mohammad Arif bin Abdullah @ Dr. Nallathamby Rajendran.
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan bintang kebesaran negara kepada sembilan orang bagi Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.), yang membawa gelaran Dato Paduka kepada Awang Haji Hairolarni bin Haji Abd. Majid, Pengiran Haji Yunus bin Pengiran Haji Mahmud, Pengiran Haji Jaberuddin bin Pengiran Haji Mohd. Salleh, Awang Haji Mohd. Nor bin Haji Jeludin, Awang Haji Sabtu bin Haji Muhammad, Puan Yang Terutama Datin Dayang Tan Bee Yong, Dayang Apsah binti Haji Abd. Majid, Pengiran Datin Hajah Hairani binti Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar dan Pengiran Anak Datin Hajah Masnah binti Pengiran Anak Saifuddin.
Seramai tiga orang lagi menerima bintang kebesaran negara bagi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.) yang terdiri dari Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Awang Haji Mahir bin Mohd. Yusof dan Datin Dayang Hajah Mastura binti Haji Awang.
Sementara itu seramai 14 orang lagi menerima bintang kebesaran negara Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.). Mereka terdiri, 115 Kolonel (U) Awang Haji Muhammad Rashid bin Asut, 121 Kolonel (U) Awang Hamid bin Nayan, Awang Zainal Abidin bin Dato Paduka Haji Ahmad, Awang Haji Osman bin Haji Tamin, Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Mohiddin, Awang Chong Fu Li, Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali, Dr. Awang Haji Sablee bin Haji Aspar, Awang Victor Edgar Keasberry, Pengarah Awang Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Md. Don, Dr. Haji Mehboob Alikhan, Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman dan Dayang Hajah Zainidah binti Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Hussain.
Istiadat pengurniaan bintang kebesaran negara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Julai. - Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 diadakan dengan penuh adat istiadat dan suasana gilang-gemilang di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman di sini.
Berangkat ke istiadat itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.
Pada istiadat itu baginda berkenan mengurniakan titah dan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 30 orang penerima.
Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Juga berangkat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolqiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolqiah.
Berangkat sama YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani dan YTM Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar serta kerabat-kerabat diraja yang lain.
Antara tetamu luar negeri yang hadir YTM Puteri Basma binti Talal dan Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Al-Sayed Walid Ismail Al-Kurdi; Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila Taib; Menteri Kewangan Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam dan Puan Jane Yumiko Ittogi Shanmugaratnam; Setiausaha Pertahanan Kebangsaan Republik Filipina, TYT Gilberto C.Teodora, Jr; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Shaziman Abu Mansor dan Yang Berbahagia Datin Rozana binti Mohamed Khalid.
Juga hadir Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tussin dan Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan dan Yang Berbahagia Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad.
Berangkat dan hadir ke majlis itu Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Pengiran-Pengiran Peranakan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Manteri-manteri Pendalaman, para perwakilan asing, Setiausaha-setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Negara sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-62.
Sebelum berangkat ke Majlis Persantapan Negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri berkenan menerima mengadap para tetamu khas baginda yang turut hadir dalam Majlis Persantapan Negara yang berlangsung di ruang lain di Istana Nurul Iman.
Selepas Majlis Mengadap, Kebawah DYMM, Kebawah DYMM Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri beredar ke Dewan Persantapan yang juga disertai oleh kerabat-kerabat diraja yang lain.
Sejurus keberangkatan di Dewan Persantapan itu, lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dimainkan oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Kemudian diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Berangkat sama di Majlis Persantapan Negara itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Juga berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani.
Majlis Persantapan Negara Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 Tahun bertambah meriah dengan hamparan pelbagai bentuk dan beraneka warna persembahan bunga api di ruang udara Istana Nurul Iman di sini.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan menerima mengadap secara berasingan tetamu-tetamu khas luar negara yang menghadiri sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-62.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung petang tadi di Istana Nurul Iman.
Kebawah DYMM, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Yang Teramat Mulia Puteri Basma binti Talal dan Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Al-Syed Walid Ismail Al-Kurdi dari Jordan.
Juga diterima mengadap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Shaziman Abu Mansor dan isteri, Yang Berbahagia Datin Rozana binti Mohamed Khalid.
Setelah itu Kebawah DYMM, Kebawah DYMM Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri seterusnya berkenan menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman dan isteri Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Faridah binti Haji Tusin.
Juga mengadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM, Kebawah DYMM Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri, Ketua Polis Negara Diraja Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Pahlawan Musa bin Dato’ Haji Hassan dan isteri, Puan Sri Datin Sri Juriah binti Dato’ Ahmad.
Terakhir diterima mengadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Setiausaha Pertahanan Kebangsaan Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Gilberto C. Teodoro, Jr.
Kembali ke muka utama