Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
injauan
Sastera dan Budaya

Sempena Hari Kastam Antarabangsa Penggunaan e-Kastam setanding
dengan piawaian antarabangsa

(Oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor)

JABATAN Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan telah melaksanakan sistem deklarasi online sejak 29 Jun 2009. Sistem ini merupakan sebahagian daripada projek jabatan ini bagi mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah penggunaan e-Kerajaan yang berjaya dan cemerlang bagi kepentingan masa depan negara ini.

Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Awang Yahya bin Haji Idris ketika ditemu bual berkata berikutan pelaksanaan tersebut, proses menghadapkan deklarasi import dan eksport yang dulunya dibuat secara manual, kini telah dinaik taraf kepada perkhidmatan elektronik secara online. Pelanggan-pelanggan yang berdaftar kepada e-Kastam telah dapat menghadapkan permohonan deklarasi mereka bagi pelepasan barangan import dan eksport melalui perkhidmatan internet dengan melayari web-portal Kementerian Kewangan.

“ KEJAYAAN sistem ini banyak bergantung kepada sokongan padu dan kerjasama rapat daripada semua pihak, terutamanya syarikat-syarikat punggah edar, syarikat-syarikat perkapalan, agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dengan urusan-urusan pelepasan kastam.” - Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Awang Yahya bin Haji Idris (Foto : Ramli Tengah)

Kaedah perkhidmatan ini tegas beliau adalah inisiatif jabatan ke arah meningkatkan pemberian perkhidmatan yang lebih efisien dan mudah yang mendatangkan banyak manfaat kepada pihak kerajaan dan peniaga-peniaga serta ejen-ejen punggah edar yang berkenaan.

MANFAAT

Menurutnya lagi banyak faedah dan manfaat akan dapat diperolehi daripada sistem ini seperti berikut:
*Proses menghadapkan permohonan dan mendapatkan kebenaran melalui perkhidmatan ini adalah lebih mudah dan flexible yang boleh dilakukan pada bila-bila masa atau dibuat lebih awal bagi mengelakkan kelambatan proses pelepasan kargo.

*Pelanggan-pelanggan akan mempunyai lebih banyak masa untuk membuat urusan dengan agensi-agensi kerajaan lainnya terutama bagi barangan-barangan yang memerlukan pengesahan terlebih dahulu sebelum pelepasan kastam.

*Waktu pemprosesan permohonan juga dipanjangkan selain semasa waktu-waktu bekerja kepada hari Jumaat dengan adanya kemudahan ini akan memberikan lebih banyak masa kepada pelanggan-pelanggan untuk berurusan dengan jabatan ini di luar waktu pejabat.

* Sistem ini juga memberikan kawalan berkesan dan meningkatkan tahap governance yang tinggi dengan adanya mekanisme yang memudahkan jabatan ini membuat penilaian terutama mengenai kadar-kadar cukai yang patut dikenakan ke atas barangan dan kargo yang bercukai;

*Melalui projek ini juga, data-data penting mengenai barangan dan kargo dapat dikumpul dan diteliti dengan lebih tepat dan komprehensif. Data-data itu penting kepada JKED bagi melaksanakan tugas-tugasnya selaras dengan undang-undang kastam 2006 dan perundangan kastam antarabangsa, termasuk tugas-tugas menyumbang kepada menjaga keselamatan negara;

*Penggunaan e-Kastam ini juga akan mengangkat keupayaan jabatan ini dan Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam melaksanakan perkhidmatan kastam yang lebih baik setanding dengan piawaian antarabangsa dan negara-negara serantau.

Bila diajukan soalan, sejauh ini, apakah keberkesanan e-Kastam kepada orang ramai?

Pengawal Kastam dan Eksais Diraja menerangkan bahawa mengikut penggunaan e-Kastam yang baru dibuat pada masa ini adalah seperti berikut:

Dengan adanya statistik di atas adalah menunjukkan penggunaan e-Kastam pasa masa ini adalah sangat menggalakkan. Manakala jumlah penggunaan e-Kastam ialah seperti berikut pada tahun 2009:

Menurutnya lagi jabatan ini menyedari bahawa memandangkan sistem ini, setentunya beberapa cabaran dan gangguan-gangguan tertentu adalah dijangkakan dan tidak dapat dielakkan. Antara lain cabaran-cabaran tersebut ialah perlunya perubahan minda dan cara bekerja pegawai-pegawai jabatan ini agar lebih memfokuskan kepada perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan, khususnya masyarakat perdagangan juga tidak terlepas daripada menghadapi cabaran-cabaran tersebut termasuk dalam membiasakan diri dengan sistem baru bagi menggantikan sistem lama. Sistem yang sudah lanjut usia itu tidak lagi berfungsi dengan baik dan tidak mampu menampung jumlah deklarasi yang bertambah sejauh ini.

Pengawal Kastam dan Eksais Diraja juga percaya bahawa perubahan terpaksa dilalui terhadap cara pengendalian proses-proses kawalan yang melibatkan agensi-agensi kerajaan yang sama-sama berperanan mengawal import dan eksport seperti barangan makanan, peralatan dan sebagainya.

Jabatannya menyedari bahawa setiap stakeholders yang berkenaan memerlukan sedikit masa untuk memahami dan membiasakan diri ke atas perubahan-perubahan prosedur dan proses-proses kerja yang berkaitan dengan pelaksanaan sistem ini di samping itu, sistem ini akan menjalani tahap penstabilan sistem elektronik dan software khususnya bagi menampung permohonan-permohonan online yang bertali arus.

Menurut beliau jabatan ini berpendapat bahawa kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada sokongan padu dan kerjasama rapat daripada semua pihak, terutamanya syarikat-syarikat punggah edar, syarikat-syarikat perkapalan, agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dengan urusan-urusan pelepasan kastam.

Dalam hubungan ini, jabatannya memohon kerjasama daripada syarikat-syarikat punggah edar untuk membuat pendaftaran secepat mungkin bagi membolehkan urusan-urusan mereka dapat dikendalikan melalui e-Kastam.

Malahan proses pendaftaran ke dalam e-Kastam telah lama dibukakan sejak bulan Mei 2009 yang boleh dibuat secara percuma. Kepada orang ramai atau organisasi-organisasi yang belum berdaftar, mereka bolehlah berurusan dengan ejen-ejen punggah edar yang berdaftar. Sementara itu, orang awam yang memerlukan perkhidmatan pelepasan kastam pada waktu ketibaan akan diberikan bantuan oleh pegawai-pegawai yang bertugas.


“PENGGUNAAN e-Kastam adalah inisiatif jabatan ke arah meningkatkan pemberian perkhidmatan yang lebih efisien dan mudah yang mendatangkan banyak manfaat kepada pihak kerajaan dan peniaga-peniaga serta ejen-ejen punggah edar yang berkenaan.” - Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Awang Yahya bin Haji Idris ketika menjelaskan mengenai peranan e-Kastam kepada Media.
(Foto : Ramli Tengah)

Bagi membantu pihak stakeholders mengguna pakai sistem ini dengan lebih mudah, jabatan ini telah dan akan meneruskan berbagai bentuk program penyesuaian dan meningkatkan keupayaan seperti taklimat-taklimat, latihan-latihan dan sesi tunjuk ajar kepada pelanggan yang memerlukan bantuan. Beberapa buah workstation dilengkapi dengan sistem e-Kastam, disediakan secara percuma di unit perkhidmatan pelanggan, ibu pejabat berkenaan yang boleh digunakan untuk menghadapkan permohonan-permohonan deklarasi.

Selain itu, jabatan ini juga menggalakkan pihak-pihak yang berkenaan untuk menghubungi jabatan berkenaan melalui e-mel dan mengguna pakai talian hotline yang disediakan bagi sebarang pertanyaan dan ulasan.

Sebagai langkah ke arah memberikan perkhidmatan yang adil dan memuaskan kepada pelanggan-pelanggannya, Pengawal Kastam dan Eksais Diraja menyeru kepada mereka untuk mematuhi sistem giliran bagi memproses setiap permohonan, yang telah diperkenalkan oleh jabatan ini. Keutamaan hanya akan diberikan kepada import atau eksport bagi perishable goods sahaja yang diproses dengan serta-merta.

Beliau menyarankan sokongan padu setiap pihak, terutama orang ramai bagi menjayakan projek penting ini. Jabatan ini juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan buah fikiran, ulasan-ulasan dan tenaga serta bantuan yang diberikan oleh banyak pihak bagi membolehkan projek ini menjadi realiti dan berharap idea-idea positif dari semua pihak bagi meningkatkan lagi keupayaan e-Kastam ini.


Kembali ke muka utama