|
SASTERA DAN BUDAYA
PERBEZAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INDONESIA
Oleh : Siti Norratna binti Mohamad Ali
SINONIM
PERBEZAAN bentuk kata ialah perbezaan yang dimiliki pada kedua-dua bahasa untuk merujuk pada acuan yang sama. Ianya dikatakan juga kata yang bersinonim yang mempunyai bentuk bahasa yang maknanya sama dengan bentuk bahasa yang lain, sama ada kata yang sama atau hampir sama dengan kata lain.
Dalam Bahasa Indonesia (BI) misalnya, kata kantor sama maknanya dengan kata pejabat dan kata kantor juga sama maknanya dengan kata pegawai, tetapi kata pejabat sedikit pun tidak sama dengan pegawai dalam Bahasa Melayu (BM). Secara matematik dapat diformulasikan sebagai;
 JADUAL 1 : Perbezaan makna kata kantor.
Jika BI dan BM adalah satu bahasa yang sama kita akan dapat formulakan seperti berikut: a=b dan a=c maka dapat dirumuskan bahawa b=c. Namun dalam contoh di atas tidak begitu kejadiannya. Kesamaan makna kantor dan pejabat adalah tidak 10 peratus sama dan kesamaan makna antara kantor dengan pegawai juga tidak 10 peratus sama. Maka kerana itulah kenapa antara kata pejabat dengan pegawai sangat jauh maknanya kerana tidak ada unsur makna yang sama diperoleh dari kedua-dua kata ini (Lihat Rajah 2).
 RAJAH 2 : Kata Sinonim.
Bentuk kata pejabat dalam BM bermaksud tempat bekerja dan dalam BI ertinya ialah pegawai. Misalnya perkataan ibu pejabat kereta api. Dalam BI tidak mungkin yang dimaksudkan ialah 'ibu seorang pegawai tinggi kereta api' kerana pejabat ertinya kantor. Dalam BI maksudnya ialah 'Kantor Pusat Kereta Api'. BI berbeza dengan BM khususnya di Negara Brunei Darussalam (NBD) kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa dan Belanda. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda Kantoor untuk pejabat. Manakala Ibu pejabat itu ertinya kantor pusat atau headquarter. Kantor maksudnya adalah tempat untuk melakukan kegiatan yang berkenaan dengan pekerjaan atau tempat bekerja.
POLISEMI
Penonjolan penggunaan salah satu makna daripada berbagai-bagai makna yang dimiliki suatu kata sehingga menjarangkan penggunaan makna lain. Dengan kata lain, salah satu makna kata itu jarang-jarang digunakan dalam BI, tetapi sering digunakan dalam BM atau salah satu makna yang jarang-jarang digunakan dalam BM, tetapi sering digunakan dalam BI. Misalnya, kata korban dalam BM dan BI sama-sama memiliki dua makna. Di dalam BM terdapat banyak perkataan yang sama ejaan dan sebutannya tetapi berbeza maknanya apabila digunakan di dalam konteks yang berlainan.
Dalam hal ini, kata korban dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia (KUBI) (1986) dijelaskan sebagai memiliki makna:
(1) pemberian untuk menyatakan kebaktian
(2) orang yang menderita kecelakaan kerana sesuatu perbuatan
(3) orang yang meninggal kerana tertimpa bencana.
Ketiga-tiga makna ini agak sama antara satu dengan yang lain dan dalam kamus biasanya ditempatkan di bawah satu topik yang sama. Lazimnya diertikan sebagai satuan bahasa yang memiliki makna lebih dari satu.
Perbezaan makna yang dihasilkan dalam BM, iaitu pada kata yang sama bentuk dan bunyinya tentulah mempunyai sebab-sebab tersendiri dari segi sejarah, dialek, budaya dan asal usulnya. Perbezaan itu tidak mungkin mengganggu perbualan kedua-dua penutur itu sekiranya mereka memahami konteks penggunaan kata itu di daerah masing-masing (Lihat Jadual 2).
HOMONIM
Homonim lazimnya diertikan sebagai perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi dengan membawa makna yang berbeza. Homonim dalam kamus, lazimnya ditandai oleh angka Roman di belakang kata seperti bisa I, bisa II, iaitu dua kata atau lebih yang ucapannya dan atau ejaannya sama.
Dari KUBI (1986), Kata bisa I bererti (1) zat racun yang dapat menyebabkan luka, busuk atau mati pada sesuatu yang hidup, (2) mengandung zat racun (berbisa), (3) sesuatu yang buruk yang dapat merosak akhlak; dan bisa II, iaitu bererti (1) dapat, boleh, mungkin. Hubungan antara dua buah kata yang berhomonim bersifat dua arah. Dalam erti kata yang lain kata bisa berasal dari BM yang bererti racun berbisa berhomonim dengan kata bisa yang bererti sanggup berasal dari bahasa Jawa. Sebab terjadinya homonim antaranya bentuk-bentuk yang berhomonimi ini berasal dari bahasa atau dialek yang berlainan. Kata boleh memerlukan keizinan dan kata bisa serta dapat untuk menyatakan kesanggupan dan merasakan penggunaannya sama dengan BM. Namun dalam BM sehari-hari, kedua-dua kata ini kerap digantikan dengan boleh (Lihat Jadual 3).
Homograf yang bermakna sama dari segi tulisan, sebenarnya bermaksud sama dari segi ejaan. Homofon yang bermaksud sama dari segi tulisan, sebenarnya sama dari segi ucapan. Homonim bermakna mempunyai nama yang sama dan ini dilihat dari segi mengeja dan membunyikan kata-kata yang terlibat. Dalam BI, kadang-kadang homonim masih dapat dibezakan lagi atas homograf dan homofon, kerana kesamaan bentuk itu dapat dilihat dari sudut ejaan atau ucapan. Ada homonim yang homograf dan homofon ertinya baik ejaan mahu pun ucapannya sama seperti pada kata alat I (perabot perkakas) dan alat II (jamu, tamu).
Dalam BI masih terdapat homonim yang tidak homograf tetapi homofon, terutama yang ada kaitannya dengan fonem /h/ yang sering tidak diucapkan (Lihat Jadual 4).
Dalam BM, kebanyakan homograf juga merupakan homonim yang mempunyai cara mengeja dan juga cara menyebut yang sama. Kata kaki yang mendukung makna bahagian badan manusia yang digunakan untuk berpijak dan berjalan merupakan homograf dan juga homonim bagi kaki yang bermakna ukuran 12 inci dan kaki yang merujuk kepada bahagian tempat sesuatu benda berdiri; bahagian bawah sesuatu.
Kata semak (dengan e-pepet) yang bermakna keadaan kawasan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan liar dan manakala kata semak (dengan e-taling) dengan makna meneliti semula, merupakan homograf kerana cara menulis kedua-duanya adalah sama. Kata-kata ini tidak dikatakan homonim kerana dalam sebutan, bunyi yang satu berbeza dengan yang lain. Dalam Kamus Dewan (2005), homograf dimasukkan sebagai entri yang berasingan. Untuk membezakan entri berkenaan, tanda kurung diletakkan selepas entri yang disebut sebagai e-taling dan diberi tanda aksen di atasnya.
PENGARUH DIALEK (DARI SEGI SEBUTAN)
Dialek Melayu Brunei (DMB) sangat kuat pengaruhnya terhadap perkembangan BM di NBD. DMB tidak mempunyai fonem pepet /?/ kerana fonem ini telah digeser oleh fonem /?/ (Herpurbasanti 1992). Sebahagian besar penduduk Brunei boleh bertutur dalam DMB kerana DMB merupakan lingua franca bagi penduduk Brunei. DMB dijadikan alat komunikasi utama di antara puak jati Melayu Brunei. Akibat pengaruh DMB yang sangat kuat terutama dari segi pengucapannya maka, penutur Brunei ketika bertutur dalam BM sering menggeser fonem /?/ di dalam kata-kata BM dengan fonem /?/.
Dalam DMB vokal /?/ dan /?/ bukan merupakan dua fonem yang berbeza, sebaliknya di dalam BI kedua-duanya merupakan dua fonem yang berbeza. Akibat dari pergeseran fonem /?/ menjadi fonem /?/ di dalam BM boleh menyebabkan terjadinya pelanggaran bahasa, sebab pergeseran fonem /?/ kepada fonem /?/ di dalam beberapa kata BI boleh mengakibatkan perubahan atau perbezaan makna (Lihat Jadual 5).
Apabila kata berat diucapkan mengikut DMB menjadi /barat/ akan menyebabkan perubahan makna pula. Maka akan mempunyai erti yang berbeza di dalam BI, mengikut komponen makna dalam kamus (Lihat Jadual 6).
Demikian diperlihatkan beberapa perbezaan antara BI dan BM. Struktur dasar BI dan BM masih tetap mengacu kepada struktur BM tetapi yang mungkin berubah ialah bertambah banyaknya kosa kata baru yang masuk kerana pengaruh bahasa-bahasa lain yang bersentuhan dengan BI dan BM.
Pertemuan yang terjadi setelah berpisah kerana sejarah dan politik mengakibatkan masing-masing memiliki cirinya sendiri dengan warna genetik yang masih terlihat pada kosa kata tertentu. Terjadinya persamaan (bentuk dan makna kosa kata tertentu) sebagai ciri genetik bahasa serumpun; perbezaan makna dan budaya tertentu, perbezaan budaya baru serta lafal (pronounciation) yang berbeza sebagai akibat penyesuaian dengan lingkungan bahasa masing-masing negara dan atau pengaruh bahasa asing yang dominan di negara masing-masing. Akibat kosa kata yang serupa tapi tidak sama akan terjadi kesalahan persepsi (pemahaman), sehingga terjadi kesalahan komunikasi. Bahawa kedua bahasa itu adalah satu bahasa, yang terpecah menjadi dua dialek.
Akibat daripada jurang pemisah hierarki di antara pembantu rumah dan majikannya sangat besar membuat masyarakat memandang bahawa status mereka sangat rendah. Pembantu rumah dianggap bawahan majikan mereka. Oleh itu, pembantu rumah sering dipandang dan dianggap sebagai warga negara kelas dua kerana peranan yang lebih rendah membuat mereka tidak mendapatkan hak-hak yang dinikmati oleh anggota masyarakat yang lain. Seperti yang terjadi di negara-negara lain, mereka menderita kerana fakta pembantu rumah tidak diakui sebagai pekerjaan sosial yang dihargai seperti banyak jenis pekerjaan lain. Pembantu rumah mudah terjerumus dalam kekerasan fizikal, seksual dan psikologi kerana mereka tersembunyi dari mata masyarakat dan pengawasan pemerintah semasa mereka bekerja di dalam rumah majikan. Di dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan kajian terhadap persepsi majikan terhadap pembantu rumah berbangsa Indonesia, khususnya masalah bahasa. Maka dengan itu pengkaji ingin mengupas dan membuat kajian terhadap fenomena yang wujud berkenaan dengan penderaan terhadap pembantu rumah tangga (PRT) yang berbangsa Indonesia yang berlaku di dalam negeri dan luar negeri.
Dalam kajian ini satu hipotesis dapat dikemukakan berhubung dengan pembantu rumah dengan majikan Brunei. Hipotesis pertama ialah kebanyakan kosa kata BM sama dengan kosa kata BI kerana bahasa-bahasa ini berasal daripada satu rumpun. Tetapi sering berlaku kesalah fahaman daripada kedua-dua bahasa ini apabila majikan berkomunikasi dengan pembantu rumah, kadang-kadang berlakunya penderaan terhadap PRT kerana masalah bahasa.
Kembali ke muka utama
|