Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN: 27 JANUARI 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 FEBRUARI 2010
BILANGAN IKLAN: 04/01/10 (SPA/BMI)

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
a. PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b. Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
c. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
d. Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. KETUA PEMBANTU TEKNIK
BAHAGIAN SEMBOYAN, JABATAN LOGISTIK
JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:
a. i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan / Elektrikal dan Elektronik / Kejuruteraan Telekom atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

Mempunyai pengalaman dalam salah satu bidang berikut adalah kelebihan.

i) Pemeliharaan Radio Perhubungan seperti: HF/VHF/UHF Base Stations, Repeater Station, Control Consoles, Mobile Radio, Handheld Radio dan Pagers.

ii) Peralatan keselamatan elektronik seperti Closed Circuit Television, Luggage X Rays, Fibre Optic Transmission Cables Digital Electronic dan Controls.

iii) Pengalaman praktikal dalam gelombang radio dan juga litaran elektrik (electrical circuits) bagi bangunan-bangunan dan rumah-rumah.

b. Mempunyai pengalaman dalam membaiki Radio atau berpengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan adalah kelebihan.

2. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
JABATAN PENERANGAN
JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2

KELAYAKAN MINIMUM:
a. i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Luar Penerangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. PENERBIT TINGKAT I
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3

KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Ehwal Semasa / Multimedia / Penyiaran Kommunikasi Massa / Public Affairs / Seni Kreatif / Brunei Studies atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penterjemah Kanan / Penyunting / Ketua Pemberita / Penerbit Tingkat II / Penolong Penerbit / Penyiar Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

Kelayakan tambahan berikut adalah kelebihan:

o Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
o Memahami ciri-ciri adat istiadat dan protokol Negara Brunei Darussalam.
o Berkebolehan menulis skrip televisyen/radio.
o Mempunyai minat/pengetahuan dalam hal ehwal awam/semasa.
o Mempunyai daya usaha dan kreativiti tinggi bagi memenuhi citarasa penonton/pendengar.
o Mempunyai kreativiti yang tinggi ke arah menghasilkan penerbitan yang berkualiti.
o Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.

4.JURUMESIN TINGKAT II
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN STOR NEGARA
KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1

KELAYAKAN MINIMUM:
a. i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains Komputer / Elektrik / Kejuruteraan Elektronik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara sebagai Jurumesin Tingkat III dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 / D.2 tidak kurang dari 4 tahun.

b. Pengetahuan dan pengalaman kerja menggunakan komputer atau kerja-kerja pemeliharaan alat komputer dan peralatan pejabat serta pernah mengikuti kursus asas penggunaan komputer adalah kelebihan.

5. PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III TERLATIH/
PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III
JABATAN AUDIT
JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=5

KELAYAKAN MINIMUM:
a. 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik / Simpan Kira / Ekonomi / Perdagangan (Commerce) / Principle of Accounts dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

Kelulusan yang lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam kerja-kerja pengauditan dan/atau kewangan dan/atau perakaunan dan/atau pernah mengikuti kursus simpan kira adalah kelebihan.

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

1. Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistant Auditor Grade III)/ Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun.

2. Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistant Auditor Grade III)/ Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

3. Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) dikehendaki menduduki dan lulus peperiksaan yang dikehendaki oleh Jabatan Audit yang mengandungi subjek-subjek berikut:-

. Matematik
. Ilmu Jurukira
. Pengauditan
. Pentadbiran Kewangan
. Pengetahuan Am

4. Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang dilantik dengan menerima gaji melebihi daripada gaji minimum pada tanggagaji D.3 adalah dikecualikan daripada peperiksaan tersebut.

Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang lulus peperiksaan tersebut akan ditetapkan/dinaikkan sebagai Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistan Auditor Grade III) setelah berkhidmat selama 3 tahun dan akan diberikan kenaikan gaji setimpal dengan gaji minimum pada tanggagaji D.3 tanpa mengubah tanggagaji asal. Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang belum lulus peperiksaan tersebut dan telah mencapai gaji maksimum dalam tanggagaji D.2 tidak akan diberikan kenaikan gaji sehingga mereka lulus peperiksaan berkenaan.

6. JURUMESIN TINGKAT III
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA
KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2

KELAYAKAN MINIMUM:
a. i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

ATAU

ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

7. TUKANG PANCUT
BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KEKOSONGAN=9

KELAYAKAN MINIMUM:
a. i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 / 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510

PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 10 FEBRUARI 2010 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada
Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak.
Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
o Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
o Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
o Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta
borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
o Pejabat Daerah Belait;
o Pejabat Daerah Temburong.
o Pejabat Daerah Tutong;
o Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

JAWATAN KOSONG BAGI JAWATAN DIRECTOR, GOVERNANCE AND INSTITUTIONAL DVELOPMENT DIVISION

Essential Specification:

Education and Experience:
A minimum of a Master's degree in Public Sector Management, Administration, Economics. Development of a related Social Science discipline.
Minimum of 15 years experience at senior management level, directing a team of professionals, in a governmental of in an international organization.
Closing Date : 1 Februari 2010

Syarat asas:
1. Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.

Perhatian:
Calon-calon berminta hendaklah menghantar terus butir-butir peribadi (Curriculum Vitae)dengan disertakan bersama satu "Covering Letter" dalam bahasa Inggeris yang antara lain mengandungi maklumat pengalaman dan kemahiran dengan jawatan yang dipohonkan kepada:

Human Resources Section
Commonwealth Secretariat
Malborough House
Pall Mall
London SW1Y 5HX
United Kingdom
Tel: +44 020 7747 6190
Fax: + 44 020 7747 6520

Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarakan dilaman web : www.thecommonwealth.org ; dan

Hanya calon-calon yang telah disenaraikkan akan dipanggil untuk ditemuduga dan sekiranya tiada sebarang jawapan dalam masa satu bulan dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan calon tersebut dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa
Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri dan Perdagangan
Pusat Persidangan Antarabangsa
Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam
Nombor Telefon: 2383374 Nombor Fax : 2383167


Dikemaskini 27 Januari 2010 (Rabu)
Kembali ke muka utama