Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Sabtu 27 Februari 2010 / 13 Rabiulawal 1431

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.35
     Asar 3.51
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.44
 Imsak 5.05
     Subuh 5.15
 Syuruk 6.32
     Doha 6.56
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

*** Manisnya Iman ***

"DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah
dan senang."
- (Surah Al Ahzab
ayat 21) .


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan tetapi amnya baik dalam tempoh ramalan, kecuali hujan atau hujan berpetir berasingan berlaku di pedalaman pada lewat petang.

Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Timur Laut selaju 15 - 30 kmsj.


Keadaan Laut :
Berombak sederhana di paras 1.0 - 1.8 m.

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam:
Baik.


Suhu Maksimum :
 32 darjah Celsius


Suhu Minimum :
26 darjah Celsius



Pelita Brunei edisi cetak
keluaran Sabtu 27 Februari 2010


Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa
Awas! Taktik Licik Pengedar Dadah Antarabangsa


tpelita@yahoo.com

 

PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN
MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
HARI SABTU
13 RABIULAWAL 1431 HIJRAH
BERSAMAAN
27 FEBRUARI 2010 MASIHI

Hormati bendera kerana
ia akan menyuburkan semangat
kecintaan kepada negara

PEGAWAI Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md. Yussop bin Bakar semasa berucap di Majlis Perpisahan Program Belia Cinta Tanah Air (BCTA) 2010 Fasa III bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

JERUDONG, Jumaat, 26 Februari. - Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md. Yussop bin Bakar berkata, bendera merupakan perlambangan kedaulatan negara dan sesuai dengan statusnya dengan diletakkan martabat negara pada
tahap yang paling tinggi.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Seramai 12 warga negara asing ditahan semasa Operasi Cekap

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Februari. - Seramai 12 warga negara asing termasuk tiga wanita ditahan sementara di Balai Polis Bandar Seri Begawan kerana gagal menunjukkan pasport, kad pintar atau salinan pasport yang mengandungi pas imigresen yang masih sah semasa Operasi Cekap JIPK 39/2010 Bersepandu BPA dan KDN.
berita penuh...

Program Promosi Kesihatan Mulut bagi warga istimewa

KUALA BELAIT, Jumaat, 26 Februari. - Bagi meningkatkan status kesihatan mulut di kalangan warga istimewa, Bahagian Pergigian dan Pedistrik, Jabatan Perkhidmatan Pergigian menganjurkan Program Promosi Kesihatan Mulut bagi warga istimewa Pusat Bahagia Eric Goh, Jabatan Pembangunan Masyarakat Cawangan Kuala Belait.
berita penuh...

Prefek SMPIHM diseru menjaga disiplin

SERASA, Khamis, 25 Februari. - Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SMPIHM) Serasa Muara pagi tadi mengadakan acara dua dalam satu iaitu Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun dan Pelantikan Prefek Baru bagi tahun 2010 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.
berita penuh...

Majlis Penutup Dikir Maulud di Masjid RIPAHS

RIMBA, Jumaat, 26 Februari. - Dikir Syarafil Anam sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan selama 12 malam berturut-turut di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba berakhir malam ini dengan Majlis Penutup Dikir.
berita penuh...

12 buah universiti sertai Ekspo Pendidikan Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 Februari. - Ekspo Pendidikan Malaysia yang diadakan di negara ini memberi peluang kepada para pelajar atau lepasan sekolah bagi mengetahui peluang-peluang yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian tinggi di beberapa universiti terkemuka di Malaysia.
berita penuh...

Skim Remaja Sukan Petanque dibukakan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 Februari. - Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan kini membukakan pendaftaran bagi mengikuti Skim Remaja Sukan Petanque kepada remaja-remaja yang berumur 10 hingga 16 tahun.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"KITA ikut jejak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam membangun. Mula-mula Baginda itu membangunkan individu dan setelah itu membina ummah berteraskan kepentingan-kepentingan dunia
dan akhirat."
- Titah di Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada
12 Rabiulawal 1428 /
31 Mac 2007.

Penangguhan vaksin Influenza A H1N1

KEMENTERIAN Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A H1N1 ditangguhkan buat sementara waktu bermula Sabtu, 13 Februari.

Penangguhan ini berikutan penerimaan bekalan kumpulan baru vaksin tersebut yang memerlukan penelitian dan ianya benar-benar memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan.

Bagi orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa vaksin yang telah diberikan itu adalah memenuhi piawaian kualiti dan selamat.

Orang ramai akan dimaklumkan jika program suntikan disambung semula sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)


+673-2-381004
+673-2-382905


" RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ... " RASULULLAH PEMBAWA RAHMAT " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer