|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 24 FEBRUARI 2010
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 MAC 2010
BILANGAN IKLAN: 08/02/10 (SPA/BMI)
PERATURAN 7(a)
Syarat-Syarat Am:
PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam dan Diploma Pentadbiran Undang-Undang / LLB (Syariah) / LLB atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
2. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM:
TANGGAGAJI B.2 EB.3:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
3. JURUTEKNIK PELAJARAN KESIHATAN
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Komputer / Business Studies / Laboratory Sains atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.
Berkebolehan dan berkemahiran dalam penggunaan komputer khususnya dalam bidang grafik adalah keutamaan.
Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah.
Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
4. PEGAWAI PENCEN-PENCEN TINGKAT II
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
i) 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran termasuk mata pelajaran mata pelajaran Akaun / Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
5. TUKANG TEROPONG / PERCUBAAN
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)
KEKOSONGAN=1
KELAYAKAN MINIMUM:
4 Kepujian / Kredit mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
6. TUKANG PANCUT
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KEKOSONGAN=2
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 / M.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.2 / F.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.
Berminat dalam kerja-kerja perkembangan kesihatan serta sanggup mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 / 2
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
7. MERINYU HAL EHWAL UGAMA
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
KEKOSONGAN=3
KELAYAKAN MINIMUM:
i) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei atau lulus dengan Kepujian Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Lanjutan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).
ATAU
ii) Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 4 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang 6 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 7:
UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,
TINGKAT 3,
BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,
JALAN MENTERI BESAR BB3910
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 10 MAC 2010 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Bilangan kekosongan jawatan adalah betul semasa dicetak. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
o Menelefon 2381961 Sambungan 530/537 atau 2383455 (Bahagian Iklan);
o Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
o Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
o Pejabat Daerah Belait;
o Pejabat Daerah Temburong.
o Pejabat Daerah Tutong;
o Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Permohonan adalah dipelawa dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah:-
1. Kerani
Kelayakan Asas:
.Mempunyai Kelulusan akademik
.sekurang-kurangnya 4 'O' Level. Boleh menggunakan applikasi computer seperti Microsoft Word, Excel, Macromedia Dreamweaver, Adobe Photoshop dan sebagainya, adalah satu kelebihan. Boleh menulis dan bertutur dengan baik dan menguturakan buah fikiran dengan jelas dan baik.
. Berkebolehan mereka ('design layout') atau mengemaskinikan halaman 'web'. Berkebolehan mereka ('design layout') atau menyediakan bahan-bahan untuk diklankan ke dalam akhbar dan apa-apa jua media yang berkaitan.
. Berkemahiran dalam bidang penggambaran dan penyutingan gambar untuk diarkib atau kegunaan halaman 'web' Yayasan.
.Berkesanggupan bekerja di luar waktu pejabat dan di luar daerah.
2. Guru Additional Maths
3. Guru Latihan Jasmani
Kelayakan:
i. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan dalam mata pelajaran yang berkenaan.
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam matapelajaran yang berkenaan dan mempunyai Sijil Diploma Lepas Ijazah dalam pendidikan (PGCE).
ii. Calon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma dalam Pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar matapelajaran berkenaan di peringkat sekolah menengah sekurang- kurangnya 3 tahun.
Peringatan:
Borang permohonan boleh didapati di:-
Ibu Pejabat
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Gadong BA 1511
Negara Brunei Darussalam
Hanya permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihatar ke alamat di atas tidak lewat dari Hari Jumaat, 05 Mac 2010, jam: 5.00 Petang.
PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM MENURUT PERATURAN 38(b) YANG TELAH DISIARKAN DI AKHBAR RASMI KERAJAAN (PELITA BRUNEI) PADA HARI SABTU, 13 FEBRUARI 2010
1. PEGAWAI PENDIDIKAN KANAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PG.6 ($5,900 - $6,310 SEBULAN)
KEKOSONGAN = DUA ( 2 )
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana (Masters by Coursework or Research) dalam disiplin pengkhususan yang diajarkan seperti berikut serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji PG.5 (Kumpulan 2) tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan:
o Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
o Matematik
o Ekonomi
o Sejarah
o Ilmu Alam
o Fizik
o Biologi
o Ilmu Kimia
o Sains Komputer
o Home Science
o Bahasa Melayu
o Linguistik
o Sports Science
o Business Study
o Art/Art & Design
o Music
o Psychology
o Sosiologi
o Pendidikan Khas
o Pengetahuan Ugama Islam
o Undang-Undang
o Drama
o Health Education
o Falsafah
o Kejuruteraan
o English Literature
o Kesusasteraan Melayu
o Lain-lain Disiplin bersesuaian dan diiktiraf oleh Kerajaan
Mempunyai kelulusan/kelayakan tambahan berikut adalah kelebihan:
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama/Dua Atas.
ii) Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D.) dalam disiplin bersesuaian.
iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan.
ATAU
b) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam disiplin pengkhususan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai tenaga pengajar sepenuh masa dalam tanggagaji PG.5 atau dalam tanggagaji yang sebanding tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Bagi tenaga pengajar dibidang teknikal dan vokasional, mempunyai kelulusan/kelayakan profesional tambahan seperti licensed aircraft engineer atau marine engineer atau chartered engineer atau chartered accountant atau kelulusan lebih tinggi dalam bidang berkenaan adalah kelebihan.
Telah mengikuti mana-mana program kepimpinan pendidikan atau perkembangan eksekutif atau perkembangan profesional yang diiktiraf.
Mempunyai kemahiran, kebolehan dan komitmen di dalam menghasilkan kertas-kertas atau tulisan ilmiah pendidikan dalam topik-topik yang tergolong dalam bidang-bidang seperti berikut dan berjaya dinilai di dalam satu (1) kertas kerja formal yang tulen:-
a) Pembaharuan Bidang Pendidikan
b) Dasar Pendidikan
c) Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Yang Menjadi Pengkhususan
d) Penyelidikan Pendidikan
Kejayaan menyalurkan tulisan-tulisan ilmiah pendidikan yang dihasilkan ke dalam 'publication' seperti jurnal pendidikan adalah kelebihan.
Mempunyai usaha-usaha dan penglibatan di dalam penyelidikan pendidikan.
Mempunyai pencapaian bermutu sekurang-kurangnya di dalam tiga (3) bidang yang disenaraikan seperti berikut :
a) Menjadi pegawai rujuk di dalam disiplin pengkhususan dengan memberikan konsultasi, kursus induksi, bimbingan dan 'mentoring' kepada rakan sekerja baik secara 'in-house' mahupun di sekolah-sekolah lain yang memerlukan.
b) Penglibatan meluas di dalam seminar pendidikan dan forum-forum serupa sebagai pembentang kertas-kertas kerja atau/dan peserta di dalam atau/dan luar negeri.
c) Penglibatan di dalam kegiatan penyelidikan atau projek-projek pendidikan yang berteraskan penyelidikan bertujuan untuk menemukan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam disiplin pengkhususan yang berkesan, penghasilan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran, dan pengurusan atau penggunaan kaedah serta sumber berkenaan.
d) Penglibatan dan sumbangan, secara langsung atau sebaliknya, di dalam usaha-usaha Kementerian Pendidikan bagi memaju dan melaksana dasar pendidikan atau/dan kurikulum sekolah.
e) Penglibatan dan sumbangan di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah samaada yang berkaitan dengan pengajaran/pembelajaran peperiksaan, perhubungan awam atau pelbagai sektor bukan akademik.
f) Penghasilan bahan-bahan bacaan pendidikan samaada di dalam bentuk buku atau sebaliknya.
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
a) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
b) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
c) Peraturan-Peraturan Kewangan.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
NOTA: Tempat menghantar borang dan tarikh tutup iklan untuk jawatan ini adalah dikekalkan.
Dikemaskini 24 Februari 2010 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|