Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya


RAIHANNA
Oleh : Juhana Junaidi

HAI Han, cuba kau tengok tu kekasih hati kau dengan 'Perempuan perasan' tu. Geli betullah aku tengok perempuan yang tak senonoh perangainya. Sakit mataku tengok Liza tu, rasa macam nak diajar betul-betul perangai buruknya, menyampah, adu Nurul kepada Han.

Han a.k.a Raihanna adalah satu-satunya sahabat baik kepada Nurul, ini kerana Han lebih memahami dan ikhlas menerima Nurul tanpa memandang harta kemewahan.

"Kau ini kenapa Nurul? Biarlah dorang tu. Aku nak buat macam mana? Takkanlah aku nak pergi tampar saja muka si Liza tu di depan Danish?", kata Han sambil menyambung kembali membaca bukunya. Sambil itu matanya sempat menjeling ke arah pasangan itu dengan hati yang terguris dan sedih, tapi Han sengaja buat mukanya selamba sahaja. Dia sedar siapa dirinya, dia hanyalah gadis biasa saja. Sudahlah hitam, gemuk lagi. Simple dan tidak up to date dari segi penampilan.

Nurul mencebik.

"Kau ni Han. Cubalah pergi luahkan perasaan kau tu kat Danish. Manalah tau dia pun sama ada hati kat kau. Janganlah asyik nak merendah diri," pujuk Nurul bila melihat mata Han sudah merah mahu mengeluarkan air mata. Tangan Nurul pula sudah mengusap-usap belakang Han persis seorang kakak memujuk adiknya.

"Tak apalah Nurul. Aku lebih senang begini. Biarlah aku sayang dan kasih dia dari jauh saja. Saya ni macam King Kong. Saya kalau lalu saja depan orang, pandang sebelah mata pun tak nampak. Entah-entah tukang kebun Nurul pun tak mau pandang saya. Apatah lagi si Danish tu," Han meluahkan apa yang terbuku di dada. Kepalanya hanya tertunduk sahaja kerana malu dengan keadaan dirinya sekarang ini.

"Han, kenapa cakap macam ni? Kau tu sebenarnya cantik tau. Cantik kau bukan hanya pada fizikal, tapi dalaman kau pun cantik. Cuma kau sembunyikan kecantikan luaran kau tu dengan dress-up sebegini,"

Nurul memujuk sambil memegang erat tangan sahabat memberi semangat. Han hanya tersengih sahaja lalu sama membalas erat tangan sahabatnya.

"Dahlah Nurul. Jom kita masuk ke lab. Kalau lambat nanti marah pula Madam Lenn ..."

Tahun ini adalah tahun akhir mereka menuntut ilmu di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal (MTSSR). Oleh sebab itu Han dan Nurul selalu bersama untuk menyelesaikan final assignment mereka.

"Hai frenz. Nak tau something secret tak?" Laung Liza separuh jerit di dalam lab ketika menunggu kehadiran Madam Lenn.

Semua mata tertumpu ke arahnya yang telah berdiri di depan lab sambil tangan kanannya memegang buku berwarna hitam.

"Eh, itu macam buku aku ja, eh mana Liza dapat buku aku tu?" Han sudah mula gelisah dan segera bangkit lalu pergi ke hadapan lab untuk mengambil buku hitamnya di tangan Liza. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar di depan kawan-kawannya. Dia malu.

Han cuba merampas buku tersebut tetap Liza dengan pantas menyorokkan buku itu di belakangnya.

"Wei Liza, bawa sini balik buku aku tu, mana kau dapat buku aku ni?" Han cuba menahan air matanya daripada gugur, dia merasa mahu saja menangis dan pergi saja dari situ, tapi dia mesti merampas balik diarynya sebelum rahsianya terbongkar. Tapi Liza tidak mengendahkan Han. Liza tersenyum nipis sambil memanggil Danish yang kebetulan lalu di depan lab mereka. Liza segera mendapatkan Danish lantas Liza membisikkan sesuatu di telinga Danish.

Pelajar-pelajar lain masih tertanya-tanya dengan drama swasta yang mereka saksikan itu. Nurul yang geram dengan Liza segera bangun untuk membela Han tapi Han menghalangnya. Segera Nurul kembali ke tempatnya dengan hati yang tidak puas hati. Han tidak mahu Nurul terlibat kerana selama ini Nurul telah banyak menolongnya. Tak terbalas lagi jasa-jasanya.

"Kenapa Liz?" kata Danish kepada Liza.

"Sayang nak tau, sayang bacalah sekarang. Si King Kong ni rupanya ada hati kat sayang, badan besar ada hati nak rampas kekasih orang." Kata Liza sambil tersenyum sinis.

Liza memulakan ceritanya dengan gaya manja dan gediknya. Han sudah terkaku di tepi jendela tanpa dapat buat apa-apa. Dia tahu sebentar lagi maruahnya akan diinjak-injak di depan kawan-kawannya. Air mata Han sudah mengalir. Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar dia dapat menempuh segala-galanya dengan reda selepas ini.

Danish tergamam tak mampu buat apa-apa. Dia hanya mampu menyaksikan adengan tersebut dengan perasaan simpati terhadap Han.

Adengan rebut-merebut buku tersebut mula berlaku antara Han dan Liza. Masing-masing tidak berganjak.

"Woi apa ni pegang-pegang aku, lepaslah ... Sakit tau tak."

Liza cuba melepaskan diri, tapi apalah kudrat wanita itu berbanding Han yang berbadan tegap.

Danish tak tahan dengan situasi tersebut lantas cuba meleraikannya. Tapi Liza tidak menghiraukannya malah mengejek-ejek Han. Oleh kerana Danish terlalu geram, Danish melayangkan tangannya ke pipi Liza. Tanpa diduga tangan Danish melayang ke pipi Han, kerana Liza dengan pantas mengelak.

Han terasa perit pabila Danish menamparnya. Han merasa sedih atas tindakan Danish lantas keluar dari situ.

Danish merasa bersalah hanya mampu berdiam diri, dia merasa mahu mengejar Han dan memujuknya tapi egonya menahan untuk berbuat demikian.

Nurul melangkah ke Danish yang sudah serba salah itu. Di cekaknya kolar baju Danish.

"Kau jantan tak guna. Sepatutnya seorang lelaki dilahirkan untuk melindungi wanita, bukannya seperti kau yang hanya tahu menyakiti orang. Kau fikir kau tu bagus sangat ke? Kau ingat si Liza tu suka sangat kat kau. Hei man, sedarlah, Liza tu hanya nak duit kau la. Nak nama kau. Tapi kalau kau tak ada harta, sebelah mata pun dia tidak pandang kau tau."

Ditolaknya badan Danish dan pergi mendapatkan Han yang telah terduduk di tepi tandas itu tanpa bersuara. Hanya air matanya sahaja yang masih setia mengalir di pipi.

Setelah kejadian tersebut, Han telah pindah ke salah sebuah kolej di Kuala Belait dan tinggal di asrama. Dan memulakan hidup barunya di sana. Manakala Nurul sahabatnya masih lagi menuntut di MTSSR bersama teman yang lain.

Hari demi hari jiwa Danish kosong kerana ketiadaan Han. Danish sememangnya menaruh hati terhadap Han tapi dia hanya berdiam diri. Dia mula jatuh cinta bila Han membantu beliau melakukan assignment. Semenjak kejadian tersebut Danish tidak lagi bertegur sapa dengan Liza.

9 TAHUN KEMUDIAN ...

"Danish, kau tahu tak yang kau punya department ada engineer baru. Perempuan pulak tu. Ayu orangnya, rasa nak tackle pulak ..." tegur Naz ketika mereka bersarapan bersama Danish di salah sebuah café di Gadong.

"Ye ke? Dah berapa hari dia masuk? Tak perasan pulak aku." Danish seakan terkejut pabila Naz menyatakan hal engineer baru itu, maklumlah Danish baru saja habis kursus dua minggu di Singapore.

"Tulah kau, rugi pergi kursus lama pulak tu" perli Naz sambil ketawa.

"Nak buat macam mana inilah peluang aku nak pergi kursus."

"Danish membalas balik kata-kata Naz.

"Iyalah kerja kerja jugak, tapi sampai bila hidup membujang, aku ni anak dah dua orang, coming soon dapat anak sorang, tinggal bini saja lagi nak cari tiga. Hahaha ..."

Danish cuak sedikit melihat perangai Naz.

"Alo bro, rileks ler. Aku gurau je. Takkan itu pun nak mental."

Naz hanya tersengih kelegaan bila Danish sudah mula tersenyum. Bukan Danish tak mau berteman tapi hatinya masih lagi mengingatkan Han. Entah bagaimana keadaan Han sekarang, kahwinkah sudah, berapa orang anaknya, bahagiakah hidupnya. Itu saja yang selalu di fikiran Danish. Han! Dapatkah kau maafkan aku? Bisik Danish.

"Opps, sorry! Tak sengaja". Han merasa bersalah, entah kenapa pagi-pagi lagi dia dah berlanggar dengan orang, isyyh malunya aku, sambil mengutip failnya yang berselerakan di lantai.

"Tak apa," kata Danish sambil membantu mengutip sama fail tersebut.

Setelah selesai mengutip fail, mereka pun sama-sama berdiri. Han terpaku melihat Danish yang berada di depan matanya. Setelah sekian lama Han menanti kehadirannya. Danish tak banyak berubah hanya tubuhnya semakin tegap sesuai dengan usianya. Semenjak kejadian sembilan tahun lalu, Han banyak berubah dari segi mental dan fizikalnya. Mungkin Danish tidak perasan tentang siapa dirinya.

Danish juga terpaku melihat gadis di depannya sehingga mata pun tidak berkelip. Gadis ini sungguh cantik bisik hati Danish. Hati Danish sudah mula bertaut seperti hatinya bertaut dengan Han 11 tahun yang lalu.

"Hai, saya Danish Mukhkris."

Irman menegur gadis itu dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Gadis itu tersenyum manis. "Saya Raihanna." Dengan sopan dan terus berlalu dari situ. Danish hanya menjongket bahu dan kembali mengekori langkah gadis itu yang menuju ke pantry.

"Eh, boleh saya panggil awak ni Hana? Biar nampak lagi mesra." Danish mencuba mengajak bercakap dengan Han Danish tak akan mengalah selagi gadis cantik yang manis bertudung di hadapannya tidak melayan kata-katanya.

"Suka hati awaklah nak panggil saya apa, asalkan sedap didengar."

Luah Han pula.

"Danish ni confirm tak ingat aku lagi, Yelah dulu aku memakai kaca mata dan gemuk. Sekarang kerana hidayah-Mu Ya Allah aku bersyukur kerana kau telah bukakan pintu hatiku ini. Danish, sampai aku mati pun aku tak akan lupa pada kau, wajah kau, senyuman kau. Kerana kau, aku mengerti perasaan cinta, kasih sayang dan kesakitan jiwa. Terima kasih Danish. Terima kasih."

Han dan Danish sambil sama-sama membalas senyuman.

"Oklah, saya nak balik ke tempat saya. Banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan. Nanti kena bebel pulak dengan big Bos awak tu. Saya pergi dulu ya, daaa ..." Segera Han beredar dari pantry itu bersama secawan Nescafe yang hangat. Hatinya sangat berdebar-debar.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Danish masih tidak tahu siapa Raihanna sebenar. Danish kerap kali menggangu Raihanna sehingga kerja-kerja pun terbengkalai. Danish tidak mengenal erti putus asa, ada saja hadiah diberikan kepada Raihanna. Tak diterima takut kecil hati tambahan pula si pemberinya idaman hati.

"May I join you Hana?" Danish masih berusaha lagi. Tanpa menunggu jawapan Han selamba saja Danish duduk di kerusi kosong di sebelah Han. Han terperanjat tapi masih mengukir senyuman manisnya ke Danish.

"Saya dah selesai, so enjoy your lunch. Waktu rehat pun nak abis ni." Segera Han beredar dari cafe itu.

"Tak apa Han. Hari ni hari kau, esok lusa aku akan pastikan kau menangis melutut di depanku. Ko tunggu saat-saat itu datang." Danish bercakap dengan separuh berbisik. Terasa dirinya seakan dicabar.

"Hana terima kasih kerana sudi keluar dinner dengan Danish. Danish rasa Danishlah lelaki paling bahagia malam ini. Berapa bulan dah Danish ajak Hana dinner, last-last dapat jugak. Payah betul nak ajak Hana ni kan. Macam ajak tuan puteri pula." Memang malam itu Danish gembira sekali kerana wanita yang telah membuat pintu hatinya terbuka sudi keluar dinner dengannya. Dan Danish sudah betul-betul jatuh cinta dengan Hana.

"Hmmm, sama-sama benda kecil aja." Han masih menundukkan wajahnya segan untuk merenung wajah Danish yang dirasakan sangat kacak dan segak malam itu. Han berasa serba salah akan penerimaan Danish kalau dia tahu siapa Hana sebenar.

"Hana … emmm Danish ada benda nak bagitahu ni. Actually, hmmm ..." Danish tiba-tiba menjadi gagap.

"Apa dia Danish? Tiba-tiba jadi gagap ni kenapa? Hana masih cool lagi. Wajahnya yang lembut itu bertambah manis dengan senyuman nipis yang sentiasa menghiasi wajahnya.

Irman menarik nafas panjang dan dengan sekali nafas Irman bercakap. "Danish dah jatuh cinta dengan Hana sejak kali pertama memandang wajah Hana" Fuhhh!!! Lega.

Han terkedu lidahnya turut kelu untuk berkata-kata. Kalau dulu mungkin dia akan melonjak riang. Tapi sekarang dia pening.

"Danish tak tau sejak bila perasaan tu hadir. Tapi bila Danish nampak sahaja wajah Hana, hati Danish jadi tenang. Hana tak macam perempuan-perempuan lain yang Danish pernah kenal. Mereka itu hanya mahukan duit Danish. Mereka tidak ikhlas. Hana terimalah cinta Danish ya. Pleased jangan hampakan perasaan Danish. Danish betul-betul dah jatuh cinta, jatuh sayang dengan Hana." Irman merayu di hadapan Hana dengan tangannya cuba memegang tangan Hana.

Segera Hana menyorokkan tangannya di bawah meja. Danish mengeluh.

"Danish jangan merepek la malam-malam buta ni." Han cuba menceriakan suasana yang mula sepi dari tadi. Padahal jantungnya dah nak gugur dari kedudukannya.

"No. No. Irman tak merepek la Hana. Perempuan. Danish dah get ready untuk pikul tanggungjawab rumah tangga. Danish serius Hana." Danish masih lagi cuba untuk menunjukkan keikhlasan hatinya. Dia sudah nekad untuk menjadikan Hana sebagai isterinya. Dia betul-betul sudah jatuh cinta dengan Hana.

Hana picit kepala. Kepalanya tiba-tiba rasa pusing. Dengan pantas dia berdiri dan terus berlari keluar restoran. Danish yang masih di restoran itu tidak dihiraukan lagi. Apa yang penting dia ingin sampai ke rumah secepat yang mungkin.

Danish kaku di meja. Ingin mengejar tetapi kakinya seolah-olah di paku di lantai.

Hanya lirik mata sahaja yang mengiringi pemergian Hana. Hatinya sedikit kecewa, tetapi Danish tetap tidak putus asa.

Keesokkan harinya Raihanna tidak hadir ke pejabat. Danish risau, tapi dia hanya mendiamkan dirinya.

"Zack, tolong carikan profile staff bahagian mekanikal then you bawa masuk ofis saya ya" arah Danish dengan muka serius.

Zack yang gerun melihat muka Danish segera berlalu untuk mencari profile yang di inginkan oleh Danish.

15 minit kemudian ...

Zack mengetuk pintu pejabat Danish.

"Masuk," lantang suara Danish menyuruh Zack masuk.

"Danish, ni profile yang Danish inginkan. Maaf Danish lambat sedikit. Profile ni terletak jauh ke belakang. Terpaksa saya keluarkan fail-fail lain dulu," tanpa di suruh Zack memberi alasan.

"Hmmm ... terima kasih. Letak aja di situ. Nanti I tengok," Danish tiada mood untuk marah. Dia betul-betul tertekan dengan sikap Hana.

"Awak boleh keluar sekarang Zack, nanti ada apa-apa hal saya panggil awak lagi," lesu saja arahan yang keluar dari mulut Danish.

"Ok." Zack keluar dengan segera dan menutup pintu bilik Danish dengan perlahan-lahan.

"Betul ke ni Han? Kau tak tipu aku? Takkan lah Danish tak kenal kau langsung. Pas tu siap feeling dengan kau. Kau serius ke ni?" Bertalu-talu soalan yang dikeluarkan oleh Nurul apabila Raihanna menceritakan segala-galanya yang terjadi sejak dia bekerja satu tempat dengan Danish.

"Patutlah orang kata yang dunia ni kecil saja. Pusing sana sini jumpa jugak dengan orang yang kita kenal. Kuat sungguh jodoh kau dengan dia Han. Hai dunia dunia ... Keluh Nurul perlahan sambil menjeling ke arah Han.

"Kuat tak kuat aku tak kira. Masalahnya sekarang ni macam mana aku nak berdepan dengan dia Nurul? Kau tolonglah aku. Aku tak nak berdepan dengan dia lagi. Aku dah tak sanggup.

"Saya lagi yang kena tolong, sampai bila ni tak mau berdepan dengan masalah sendiri?" Kali ini keluhan Nurul panjang.

"Apa kata kau terus terang saja tentang kedudukan kau sekarang. Abis cerita. Tak adalah kau nak pening-pening kepala macam ni," Nurul memberi idea mudah.

Han hanya termenung panjang dan terus berfikir.

"Danish, Mama tengok kamu ni makin lama makin kurus? Jambang sana sini, misai tak bercukur, rambut dah panjang, pakaian pun tak terurus. Babah kamu selalu membebel kat Mama kerana prestasi kamu di tempat kerja makin merosot. Kamu ni kenapa? Cuba cerita dekat Mama kalau kamu ada masalah. Janganlah simpan sendiri. Kalau Mama boleh bantu Mama bantulah."

Mama Danish, Datin Zainab menegur anaknya yang sedang bersarapan di rumah ketika itu. Kerut di wajah Datin Zainab makin jelas apabila anaknya itu tidak mengendahkan kata-katanya.

Datin Zainab mengusap lembut bahu anaknya. Dia tahu anaknya sedang mengalami masalah peribadi yang berat. Naluri seorang ibu sentiasa betul bila berdepan dengan anak sendiri.

"Danish tak ada apa-apa masalah Mama, cuma ..." Danish menahan sebak tetapi tidak berjaya. Tangisannya pecah jua. Lantas Mama tercinta dipeluknya erat. Danish menangis semahu-mahunya persis anak kecil.

Mama Danish membalas pelukannya. Air mata Datin Zainab turut mengalir melihat anak teruna kesayangannya sedang sedih menanggung beban yang berat.

"Shhhh ... sayang, kamu kenapa hah? Cuba cerita kat Mama. Jangan buat Mama begini. Mama rungsing tau tak." Datin Zainab mengesat air mata anaknya. Danish tersedu-sedu menangis.

"Mama. Sebelum ni memang Danish akui pernah jatuh cinta dengan seseorang sembilan tahun yang lalu, tapi dia dah pergi, Danish dah putus asa nak cari dia di mana lagi, tapi kali ni Danish jatuh cinta lagi. Tapi bila Danish dah jumpa orangnya. Danish gagal tawan hatinya Mama, dia juga sama hilang begitu saja tanpa beri penjelasan. Dia terus pindah kerja Mama. Danish sedih Mama.

Danish betul-betul sayang dekat Hana Mama. Sayang sangat," air mata Danish mengalir lagi.

"Danish dah cuba cari Hana di rumahnya?" Danish mengangguk, sudah Mama. Tapi jiran sebelah rumahnya kata yang Hana dah pindah. Tapi tak tau ke mana.

"Hmmm ..., tak apalah, kalau dah jodoh Hana dengan Danish, tak lari gunung di kejar sayang. Danish sabar ya. Banyakkan solat, istighfar. Minta petunjuk dari Allah sayang. Ini dugaan kecil untuk Danish. Sabar ya sayang." Rambut si anak dibelai lembut. Dikucupnya ubun-ubun Danish. Itulah satu-satunya anak yang dia ada. Danishlah racun, Danish jugalah madunya.

Dua tahun berlalu begitu sahaja. Tapi pencarian Danish tidak pernah berakhir. Setiap pelusuk daerah telah cuba dijajahinya semata-mata ingin mencari Hana. Private Investigator pun telah diupahnya. Tapi jawapannya masih hampa. Keadaan Danish makin tidak terurus. Jawatan di syarikat tempat dia bekerja terpaksa dilepaskan atas arahan ketuanya.

"Hello, hah, apa? Betul ke? Di mana? Ok ... ok ... ko tunggu aku kat sana sampai aku datang. Jangan bagi dia terlepas lagi. Ok. Yes ... yes ... yahoo ...," Danish menjerit kegirangan. Dicapainya towel dan terus berlari ke bilik air.

Tidak sampai sepuluh minit Danish sudah siap berpakaian. Jambang dan misai yang selama ini menghiasi wajahnya turut dicukurnya. Wajahnya kembali segar dan segak seperti dulu. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya.

Dia menuruni anak tangga dengan melompat-lompat. Mamanya turut terpegun dengan penampilan anaknya. Air mata kegembiraan tak dapat dibendung lagi. Tangannya ditadah untuk mengucapkan kesyukurannya.

Danish yang ternampak Mamanya terus menerpa dan memeluk Datin Zainab.

"Mama, hari ini Danish akan bawa pulang menantu untuk Mama. Mama tunggu kepulangan Danish ya." Danish bersuara penuh ceria. Pipi sang Mama dikucup lembut dan terus berlari keluar.

"Danish?" Han berdiri secara automatic apabila melihat Danish tiba-tiba duduk di bangku sebelahnya. Mulutnya tergamam.

"Apa Danish buat di sini? Macam mana Danish tahu saya ada dekat sini?"

Han sangat kalut.

Dirinya dalam keadaan serba salah.

"Hana, Danish datang sini sebab nak jumpa Hana dan nak bawa Hana pulang dengan Danish. Lepas ini Danish takkan bagi Hana hilang dari pandangan Danish lagi. Danish merana bila Hana hilang selama ini. Danish hampir bunuh diri kerana Hana menghilangkan diri tanpa pesan. Kenapa Hana buat macam ni? Apa salah Danish? Kalau Danish ada buat salah katakanlah. Tapi pleased jangan menyepi begini lagi."

Danish melutut di hadapan Hana. Dengan merayu Danish memujuk Hana supaya terima dirinya.

"Maafkan Hana Danish, Hana terpaksa. Hana tiada pilihan lain masa itu.

Maafkan Hana."

Han turut mengalirkan air mata. Dia tetap rasa bersalah kerana berlaku zalim dengan Danish.

"Tapi kenapa Hana? Adakah Danish ada menyakiti hati Hana?"

"Bukan begitu, sebenarnya Hana …"

"Kenapa Hana?" Desak Danish.

"Akulah Raihanna, Danish. Orang yang kau panggil Hana inilah Han Danish. Sebenarnya Hana adalah Han sembilan tahun lalu." Hana hanya menundukkan wajahnya. Sekali-sekala air matanya dikesat dengan belakang tangannya.

"No ... no ... I dont believe it ..." Kepala Danish tergeleng-geleng. Matanya dipejam rapat manakala tangannya pula telah memegang kepala. Wajahnya nampak serabut.

"Hana, betulkah awak Han? Cakap dengan saya, selama ni saya cari awak Han saya nak minta maaf telah berkasar dengan awak, saya tak sengaja, selama ni saya rasa berdosa tak sempat rasanya nak minta maaf kat awak, Saya salah. Tolong maafkan Danish ya. Pleased Hana. Kita mulakan hidup baru kita" Danish melutut lagi di hadapan Hana. Memujuk agar Hana menerimanya.

Han mengangguk tanda setuju, "Maafkan saya Danish saya pun salah juga kat awak, kita sama-sama mulakan hidup baru ok" Han ketawa geli melihat gelagat mereka macam kanak-kanak.


Kembali ke muka utama