Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Jumaat 27 Februari / 2 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.35
     Asar 3.51
 Maghrib 6.34
     Isyak 7.44
 Imsyak 5.05
     Subuh 5.15
 Syuruk 6.32
     Doha 6.56
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“JANGANLAH engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesugguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.” - Surah Luqman ayat 18.


Keadaan Cuaca :
Sedikit berjerebu di sepanjang tempoh ramalan dengan berkemungkinan hujan berasingan di kawasan Teluk Brunei dan kawasan berdekatan sepanjang malam dan awal pagi esok.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Timur Laut


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 0.1 m

Ramalan jangka panjang sehingga tengah hari esok :
Keseluruhannya baik.


Suhu Maksimum :
 32 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ketika berkenan memotong Kek Puja Usia. Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.
(Foto : Masri Osman, Abdullah dan Abdul Kadir)

BERAKAS, Khamis, 26 Februari. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-35 Tahun di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan tiba DYTM dan YTM dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Dato
Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.
berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Pengibaran bendera berakhir dengan penurunan bendera besar
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari.- Upacara Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-25 berlangsung dengan penuh semangat patriotik di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini
berita penuh...

Kemerdekaan 25 tahun cukup bernilai dan matang
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari.- Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang telah mencapai usianya 25 tahun jika disandarkan kepada usia manusia adalah usia dewasa dan peningkatan usia adalah sesuatu yang positif. Apa jua perkara, semakin ia meningkat matang dan meningkat umur adalah lebih bernilai atau naik harga.
berita penuh...

Beberapa isu dalam e-kerajaan masih perlu dilaksanakan
BERAKAS, Khamis, 26 Februari.- Kita seharusnya berbangga di mana terdapat begitu banyak anak-anak tempatan yang kini lebih inovatif di dalam membuktikan kebolehan dan juga kreativiti mereka melalui Think Big Business Plan Competition, Livewire dan juga ICT Award (BICTA).
berita penuh...

Skim Takaful Projek Brunei Gold 2009 ditandatangani
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari.- Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Takaful IBB Berhad (TIBB) hari ini sepakat menandatangani Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi Atlet-atlet dan Jurulatih-jurulatih Projek Brunei Gold 2009 di Dewan Takaful, DAR Takaful IBB Utama di ibu negara di sini.
berita penuh...

Seminar TQM bantu pengurusan syarikat yang efektif
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. – Sebuah syarikat yang berkembang maju dan memperluaskan asas pelanggannya dalam pasaran yang semakin banyak persaingannya, setentunya mempunyai satu sistem pengurusan efektif yang siap diatur.
berita penuh...

Guru besar yang baru dilantik jalani program Induksi
GADONG, Khamis, 26 Februari.- Guru Besar berperanan memimpin dan mengepalai seluruh warga sekolah dengan menyediakan kepimpinan professional dan pengurusan di sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran.
berita penuh...

Pelajar sekarang jadi penentu masa depan negara
BERAKAS, Khamis, 26 Februari.– Masa depan negara tertakluk pada perkembangan dan kemajuan para pelajar hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin atau ketua ketika itu khasnya dalam mencapai wawasan negara 2035.
berita penuh...

Wawasan NBD 2035 berusaha lahirkan rakyat berpendidikan, berkemahiran.
KUALA BELAIT, Khamis, 25 Februari . – Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035 diwujudkan dengan matlamat agar ianya akan dapat dikenali di seluruh dunia sebagai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya di samping mempunyai taraf kehidupan berkualiti tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
berita penuh...

Seorang warga Emas Kg. Labu mendapat perhatian
TEMBURONG, Khamis, 26 Februari 2009. – Nasib seorang warga emas di Kg. Labu Estate di Daerah Temburong yang tinggal sebatang kara di sebuah rumah yang usang telah mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib apabila beliau menerima bantuan pembiayaan daripada Majlis Ugama Islam Brunei untuk pembinaan sebuah rumah.
berita penuh...

Hari Terbuka dan Konsultasi Sekolah Perdagangan
GADONG, Khamis, 26 Februari. – Sekolah Perdagangan , Jabatan Pendidikan Teknik hari ini mengadakan Hari Terbuka dan Konsultasi bagi mendedahkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan kepada para lepasan penuntut sekolah dan orang ramai.
berita penuh...

Kes pecah rumah, dua ditangkap
TUTONG, Khamis, 26 Februari.- Dua orang warga tempatan berumur lingkungan 19 dan 27 tahun telah ditahan di bawah kes pecah rumah di Kampong Sungai Kelugos.
berita penuh...

Warga tempatan ditahan mengedar Syabu
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari 2009. - Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah bertindak menguatkuasakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan), Penggal 150 yang memberi kuasa kepada BKN untuk menangkap dan menahan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berhubungkait dengan pengedaran dadah terkawal.
berita penuh...

'Pesta Buku Brunei 2009' 27 Februari hingga 8 Mac depan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari.- Bersempena dengan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan 2009, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan seperti tahun-tahun yang sudah menganjurkan acara Pesta Buku Brunei di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
berita penuh...

Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli TAP
TABUNG AMANAH PEKERJA (TAP) mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk di Daerah Belait untuk berkunjung ke Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli TAP bagi memastikan dan mengsahkan maklumat mereka yang terdapat di TAP adalah tepat dan betul.
berita penuh...








***PETIKAN TITAH ***

IKATAN yang kukuh di antara kerajaan dan rakyat serta penduduk perlulah wujud, untuk merealisasikan lagi kejayaan-kejayaan yang telah dan akan dicapai. Untuk ini, kerajaan beta adalah sentiasa menyambut baik pandangan- pandangan yang bernas daripada kalangan rakyat jelata, tentang bagaimana cara-cara yang munasabah untuk mempertingkatkan lagi mutu pengendalian kerajaan di bidang-bidang pembangunan dan pentadbiran.”

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21 pada 14 Muharam 1426 / 23 Februari 2005.



Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ... " Hari Kebangsaan Lambang Perpaduan " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda adalah pengunjung ke


MySpace Layouts