|
Hubungan kerjasama Brunei - Bangladesh terjalin erat
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Hossain Zillur Rahman dan Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina Wajed bersempena dengan Hari Kebangsaan negara tersebut.
Dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Rakyat Bangladesh, TYT Hossain Zillur Rahman, baginda menyampaikan tahniah kepada TYT, kerajaan dan rakyat Republik Rakyat Bangladesh bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara tersebut.
Baginda seterusnya melahirkan rasa gembira di atas hubungan persahabatan yang sangat erat yang terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Rakyat Bangladesh dan berharap untuk terus mengukuhkan kerjasama dan persahabatan di kalangan rakyat kedua-dua buah negara. Baginda juga berharap TYT akan sentiasa gembira dan berada dalam keadaan sehat sejahtera.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Lebih BND16 ribu diterima untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin (TKRP) hari ini menerima sumbangan derma berjumlah BND16,097.30 dari agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di negara ini pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
berita penuh...
Capai kecemerlangan dengan mencontohi sifat-sifat Rasul Junjungan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Majlis-majlis sambutan bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus diadakan di negara ini oleh pelbagai kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
berita penuh...
Lebih 200 warga KPSSU hadiri sambutan Maulidur Rasul
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Lebih 200 warga Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) petang ini menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 2009 berlangsung di Dewan Setia Pahlawan kementerian berkenaan, di sini.
berita penuh...
Jalan penghubung Terunjing dibuka kepada orang ramai
LAMBAK, Khamis, 26 Mac. - Orang ramai dan penduduk yang tinggal di kawasan Berakas, Rimba dan di sekitarnya kini mempunyai pilihan memendekkan perjalanan dengan menggunakan jalan raya baru penghubung Terunjing yang kini dibuka untuk digunakan.
berita penuh...
Kejayaan Rasulullah berasaskan akhlak yang mulia
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Kejayaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi dan Rasul melaksanakan peranan yang berat dengan baik adalah menerusi akhlak yang mulia, terpuji dan teristimewa.
berita penuh...
Pembelajaran komitmen berpanjangan
JERUDONG, Khamis, 26 Mac. - Pembelajaran harus dilihat sebagai salah satu komitmen berpanjangan di dalam kehidupan untuk menyiapkan diri dalam apa jua perubahan serta cabaran di hadapan yang lahir dari perkara-perkara yang tidak diduga di dunia sekarang.
berita penuh...
Contohi keluarga sakinah, mawadah Rasullah
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Aspek yang sangat baik dan patut dicontohi daripada akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah kehidupan berkeluarga yang sakinah dan mawadah.
berita penuh...
18 pelajar tamatkan Kursus Nadwah Kemurnian Rohani
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. – Seramai 18 pelajar lelaki Menengah Bawah (Tingkatan Satu hingga Tiga) dari lima buah sekolah dan maktab menerima sijil setelah menamatkan Kursus Nadwah Kemurnian Rohani bermula pada 23 Mac lepas.
berita penuh...
‘Financial Explorace’ uji kebijaksanaan mengurus kewangan
TUTONG, Khamis, 26 Mac. - Peserta Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar Kuala Belait telah berjaya menjuarai ‘Financial Explorace’ 2009 setelah menewaskan peserta-peserta dari sembilan buah sekolah-sekolah menengah dari Daerah Belait dan Tutong.
berita penuh...
Anggota polis KB terima pingat perkhidmatan
SERIA, Khamis, 26 Mac. - Seramai 23 anggota polis Daerah Belait termasuk lima konstabel polis wanita yang telah berkhidmat selama setahun dengan Pasukan Polis Diraja Brunei menerima pingat perkhidmatan polis.
berita penuh...
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perayaan KDYMM bincang pelbagai acara sambutan
KUALA BELAIT, Khamis, 26 Mac. - Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-63 Bagi Daerah Belait telah mengadakan mesyuarat kali ke-2 hari ini bertempat di Dewan Santap di sini.
berita penuh...
Kempen ‘Earth Hour’ 8.30 hingga 9.30 malam Sabtu ini
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Peningkatan berterusan dalam permintaan tenaga yang dihadapi dunia hari ini memberi kesan terhadap persekitaran global.
berita penuh...
IHP 2008 meningkat 2.7 berbanding tahun sebelumnya
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tahun 2008 meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
berita penuh...





|