Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 25 MAC 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 APRIL 2009
BILANGAN IKLAN : 12/03/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. JURUUKUR
JABATAN UKUR
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Tanah / Geomatik atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Ukur dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

2. JURURAWAT (STAFF)
BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA
MANUSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
M.9 EB.10 ($2,035- $3,030 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Diploma Kejururawatan / Sijil Jururawat Am atau sebanding.
ii) Berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei atau Badan Profesional yang diiktiraf.

3. JURURAWAT
MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI
HAJAH RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Diploma Kejururawatan / Sijil Jururawat Am atau sebanding.
ii) Berdaftar sebagai Jururawat Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei atau Badan Profesional yang diiktiraf.
(b) Mempunyai pengalaman (termasuk work attachment semasa mengikuti kursus) dalam merawat pesakit-pesakit di rumah sakit di bahagian yang khusus seperti ICU, CCU, SCBU, Renal Unit dan sebagainya adalah kelebihan.
(c) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

SYARAT-SYARAT KHAS
(a) Peperiksaan / Penilaian
i) Peperiksaan Kementerian / Jabatan
Pemegang jawatan akan dinilai pemahamannya mengenai:
Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pendidikan dan Kesihatan.
Susunan organisasi dan fungsi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Falsafah, dasar dan matlamat pendidikan dan kesihatan negara.
Lain-Lain subjek yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.
Peperiksaan atau penilaian ini akan dikendalikan oleh
Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik.

Latihan / Kursus
Setiap pegawai yang dilantik akan dikehendaki mengikuti mana-mana latihan / kursus berikut seperti yang akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik dari semasa kesemasa:
Peraturan-Peraturan Am
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
Peraturan-Peraturan Kewangan
Peraturan-Peraturan Keselamatan
Kejururawatan tambahan (Post Basic)
Pertolongan cemas dan mencegah kebakaran
Perkembangan dasar-dasar pendidikan (educational policy development)
Kaedah penyelidikan atau penilaian (research and evaluation methods)
Pengurusan konsultatif dan partisipatif (consultative and participative management)
Analisa pemilihan dasar (policy-option analysis)
Perancangan strategik (strategic planning)
Pengurusan program dan projek (programme an project management)
Sistem maklumat pengurusan (management information system)
Pengurusan tenaga manusia (human resource management)
Perkembangan pendidikan dan ekonomi (educational and economic development)
Pengurusan pendidikan (educational management)
Perkembangan kurikulum (curriculum development)
Bimbingan dan kaunseling (guidance and counselling)
Lain-lain latihan / kursus yang difikirkan penting tertakluk kepada kehendak jawatan
Pegawai dilantik boleh dikecualikan dari mengikuti kursus-kursus yang sudah dihadiri sebelum diperlantikan.

4. PENOLONG PENAKSIR KANAN
JABATAN TANAH
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Penolong Penaksir dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Mahir dan berkebolehan dalam perkara-perkara berikut:-
i) Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan.
ii) Menyukat dan menilai bangunan-bangunan dan tanah.
iii) Mengira keluasan-keluasan dan memahami peta / pelan.
iv) Menyediakan taksiran dan menulis laporan-laporan.

5. PENOLONG PENGURUS KAKITANGAN
BAHAGIAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA
MANUSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengalaman dalam bidang pengendalian komputer serta hal ehwal kewangan, perumahan, imigresen dan pengambilan kakitangan Teknikal adalah kelebihan.

6. PENYELIA TELEFON TINGKAT II
BAHAGIAN SKUADRON SEMBOYAN
ANGKATAN TENTERA PERKHIDMATAN BANTU DIRAJA BRUNEI
KEMENTERIAN PERTAHANAN
D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM :
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Operator Telefon atau jawatan sebanding dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

7. PENYELIA KOPERASI
BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI [BINA]
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
D.1-2 EB. 3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
ii) Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
(b) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

8. KERANI PERANGKAAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
(b) Mempunyai pengalaman dalam bidang perangkaan adalah kelebihan.

9. TUKANG PATERI / TUKANG BESI
BAHAGIAN BENGKEL PATERI DAN PEMELIHARAAN MARIN
ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA KEM
KEMENTERIAN PERTAHANAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM :
(a) i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang ‘Welding and Fabrication’ atau bidang berkaitan dengan pembaikan dan pemeliharaan kenderaan ringan/berat, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pateri atau jawatan berkaitan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 15 April 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari :
* Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
* Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu Website :
http://www.spa.gov.bn/
* Melalui e-mel bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan,Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM

PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN 38(b)

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN

Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANGUNAN DAN KENDERAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
KUMPULAN 2 ( $5,400 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Bangunan / Kejuruteraan atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(b) Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan

(c) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

2. KETUA PUSTAKAWAN
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
UB.5 ( $5, 900 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan / Sains Maklumat / Pengajian Komputer atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Penolong Ketua Pustakawan dalam tanggagaji UB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU
(b) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan / Sains Maklumat / Pengajian Komputer atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan atau dalam tanggagaji Kumpulan 3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(c) Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan
(d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

3. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I
KEMENTERIAN KESIHATAN
TANGGAGAJI : B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am / Perubatan / Kesihatan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

(b) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(c) Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan
(d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4. PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
TANGGAGAJI : B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

(b) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(c) Telah lulus dalam peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan
(d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

5. PEGAWAI LATIHAN KANAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

KELAYAKAN MINIMUM:
(a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Latihan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU
(b) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
(c) Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan;
iii. Peraturan-Peraturan Kewangan
(d) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
(e) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

6. SETIAUSAHA SULIT
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
BW.1 ($1,880 - $ 2,750 SEBULAN)
ATAU
BW.2 ($2,800 - $3,100 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW.1:
(a) i) Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang sebanding.

DAN
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 5 tahun.
ATAU
(b) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 7 tahun.
DAN
ii) Sijil Trengkas dengan kepantasan 110 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 50 p.s.m atau Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Tertinggi yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.
ATAU

(c) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 10 tahun.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW.2:
(a) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Setiausaha Sulit dalam tanggagaji BW.1 tidak kurang dari 10 tahun.
(b)Peperiksaan, latihan/kursus, tempoh percubaan dan penetapan jawatan serta syarat-syarat am adalah seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan pada 01 Februari, 1996.

7. PEMANDU V.I.P
JABATAN PERDANA MENTERI
D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
ATAU
E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4:
(a) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu V.I.P dalam tanggagaji E.3 EB.4 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Tingkat Khas atau dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 7 tahun serta mempunyai pengalaman membawa orang-orang kenamaan.
(b) Berpengalaman memandu berbagai-bagai jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan kecil serta tidak pernah didakwa kerana kesalahan-kesalahan memandu.
(c) Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
(d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.3 EB.4:
a) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Tingkat Khas dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun serta mempunyai pengalaman membawa orang-orang kenamaan.
b) Berpengalaman memandu berbagai-bagai jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan kecil serta tidak pernah didakwa kerana kesalahan-kesalahan memandu.
c) Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

CARA PERMOHONAN/MAKLUMAT:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Borang SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil, sijil, surat-surat akaun yang lengkap dan diakui sah.
3. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
4. Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
5. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
6. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
7. Borang permohonan hendaklah dikembalikan kepada:

SETIAUSAHA
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961 / 2383455 (BAHAGIAN IKLAN)

TARIKH TUTUP IKLAN: 11 APRIL 2009

BILANGAN IKLAN : 19/2009/SPA/BMI/38 (A)

Website: www.spa.gov.bn/


JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk yang bermastautin di kawasan Kampong Sungai Teraban

Elaun : $150.00 sebulan

Kelayakan untuk menjadi WAKIL POS adalah seperti berikut:

Kelayakan:
1. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Sekurang-kurangnya Tingkatan I dan kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
3. Berumur di antara 18 – 55 tahun
4. Bermastautin di kawasan yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun pada tarikh permohonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa pemohon tinggal di kawasan berkenaan, mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
5. Keutamaan adalah diberikan kepada belia-belia yang berpotensi untuk meningkatkan dan memajukan diri mereka untuk mempunyai perniagaan sendiri.
6. Berminat untuk menjadi Wakil Pos.
7. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
8. Mempunyai tempat untuk berurusan dan membuat tugas.
9. Lantikan adalah secara percubaan selama satu tahun dan akan diteruskan selama dua tahun tertakluk kepada prestasi dalam masa percubaan selama setahun.

Tugas-tugas yang dikendalikan:
1. Menjual setem (stok setem hendaklah dibeli oleh Wakil Pos dengan potongan 5%)
2. Menerima Mel dari pelanggan
3. Mengambil Mel dari Pejabat Pos yang telah ditetapkan termasuk surat berdaftar.
4. Membuat penyerahan Mel di kawasan yang dipertanggung-jawabkan termasuk surat berdaftar ke rumah-rumah dan bungunan-bangunan di kawasan mereka.
5. Lain-lain perkhidmatan yang difikirkan sesuai dari masa ke semasa

Syarat, Elaun, Gantirugi dan Lain-lain:
1. Seorang Wakil Pos yang dilantik akan dikehendaki menandatangani Surat Perjanjian.
2. Seorang Wakil Pos akan dibayar elaun $150.00 sebulan. Walau bagaimanapun bayaran elaun tertakluk kepada prestasi Wakil Pos tersebut.
3. Wakil Pos yang dilantik akan bertanggungjawab untuk mengganti mana-mana mel termasuk surat berdaftar yang hilang dengan bayaran yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Pos pada masa ini semasa surat tersebut dalam jagaannya.
4. Satu Peti Surat Pengeposan (Posting Box) akan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos untuk kegunaan ramai di tempat lokasi Wakil Pos.
5. Beg-beg berkunci akan disediakan untuk pertukaran mel yang diterima dan yang akan diserahkan diantara Wakil Pos dengan Pejabat Pos yang telah ditetapkan.
6. Wakil Pos adalah di kehendaki untuk menyediakan petak-petak mel (rack) untuk isihan/ penyimpanan mel.
7. Lain-lain kelengkapan pos yang difikirkan sesuai akan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

Borang dan keterangan lanjut:
1. Borang bolehlah didapati di Cawangan Pejabat Pos Kuala Belait dan hendaklah dikembalikan semula di cawangan yang telah ditetapkan tidak lewat pada 2 April 2009.
2. Permohonan yang diterima lewat daripada 2 April 2009 tidak dilayan.
3. Pemohon-pemohon akan di temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
4. Taklimat akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi mereka yang berjaya.
5. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Penyerahan melalui talian 2220429 atau 2383955 semasa waktu bekerja.


JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ANTARABANGSA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDANGANGAN

DEPUTY HEAD
OF CONFERENCE SERVICES


Division : Corporate Services Division
Job Summary :

The Deputy Head assists the Head of the Conference Section in planning and implementing all aspects of conferences and other events organized by the Secretariat, and helps to ensure that the Section operates efficiently. The post holder has lead responsibility for the organization of some events.

Essential Specification:
Education and Experience

A university degree or relevant professional qualification. Candidates without qualifications may be considered provided they have significant experience in increasingly responsible positions in conference management or related activity.

At least five years experience in conference organization with at least two years sole or overall responsibility in conference management and planning.

Ability to work on own initiative and make decisions in challenging circumstances.

Strong written and oral communication skills.

Ability to travel extensively often at short notice.

Experience of conference or event management in an international context.
Closing Date : 2 April 2009

ADVISER AND
HEAD POLITICAL AFFAIRS

Division : Good Offices Section
Job Summary :

Reporting to the Director, the Section Head will lead the Division’s work programme in support of the Secretary-General’s Good Offices role in conflict prevention, resolution and post-conflict capacity-building and the work of his Special Envoys. The job combines requirements for sound political judgement and sensitivity, effective diplomatic, negotiating and management skills, and the requirement at times to work long hours and under pressure, in challenging situations.

The Good Offices Section consists of the Adviser and Head of Section, one other professional, and one support staff. It also draws on the wider resources of PAD in carrying out its role.

Education and Experience:
A post-graduate degree or other advanced qualification in a relevant subject such as political science or international relations.

At least ten years experience at a senior level in preventive diplomacy and political negotiation.

Experience in an international context in managing and leading a diverse team involved in sensitive issues such as conflict prevention, resolution and post-conflict capacity building.
Closing Date : 3 April 2009

LEGAL ADVISER, ECONOMIC
AND LEGAL SECTION (ELS)

Division: SASD
Job Summary :

The Legal Adviser provides policy and legal advice and recommendations, either individually or as leader or member of a multi-disciplinary team, to Commonwealth member governments and regional organizations. The post holder undertakes a range of projects at the national or regional level covering a number of areas, with particular emphasis on the facilitation of private investment and international trade. In particular, this position focuses on the provision of advice on certain legal aspects of international trade, in particular implementation and review of WTO trade policy at the country level.

Education and Experience:
A post-graduate degree in law.

Extensive experience at a senior level in the practice of the law relating to the facilitation of private investment and international trade, gained in a developing country, government ministry or international context.

Experience in leading and participating in trade-related negotiations and assistance.
Closing Date : 8 April 2009

Syarat asas:
1. Rakyat, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam

Perhatian:
1. Calon-calon berminat hendaklah menghantar terus butir-butir peribadi (“curriculum vitae”) dengan disertakan bersama satu “covering letter” dalam Bahasa Inggeris yang antaralain mengandungi maklumat mengenai pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang di pohonkan kepada

Human Resource Section,
Commonwealth Secretariat
Malborough House, Pall Mall,
London SW1Y 5HXUnited Kingdom

Tel: +44 020 7747 6190
Fax: +44 020 7747 6520
E-mail: HQ-Recruitment@commonwealth.int

2. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan dilamanweb: www.thecommonwealth.org ; dan
3. Hanya calon-calon yang telah disenaraipendekkan akan dipanggil untuk ditemuduga dan sekiranya tiada sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup permohonan, maka calon dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:

Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa
No Telefon: 2383374 Ext 1831, 1836
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC)
No Fax: 2383167
Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam.


Dikemaskini 25 MAC 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

SAMBUTAN HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA
29 MAC INI

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan akan mengadakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari Ahad, 29 Mac 2009 ini.

Sambutan bertemakan 'Cara Hidup Sihat, Buah Pinggang Sihat' (Health Lifestyles, Healthy Kidneys) itu akan diadakan di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Commonwealth Drive, Berakas bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pameran, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat tentang penyakit buah pinggang serta langkah-langkah penjagaannya.

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut setiap tahun pada hari Khamis (minggu kedua bulan Mac) dan pada tahun in ia disambut pada 12 Mac 2009 di seluruh dunia.

Ia merupakan kempen kesedaran kesihatan yang memfokuskan tentang kepentingan buah pinggang serta mengurangkan impak dan kekerapan berlakunya penyakit buah pinggang termasuk masalah- masalah yang berkaitan dengannya di seluruh dunia.