Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Pembelajaran komitmen berpanjangan

JERUDONG, Khamis, 26 Mac. - Pembelajaran harus dilihat sebagai salah satu komitmen berpanjangan di dalam kehidupan untuk menyiapkan diri dalam apa jua perubahan serta cabaran di hadapan yang lahir dari perkara-perkara yang tidak diduga di dunia sekarang.

“Ke arah itu saya percaya lebih banyak lagi orang-orang kita di luar sana yang masih berkeinginan untuk mengikuti mana-mana institusi persendirian, tetapi tidak berupaya untuk mengikutinya oleh itu saya berharap lebih banyak lagi firma-firma perniagaan, organisasi-organisasi persendirian ataupun yayasan-yayasan yang peka untuk melihat keperluan orang-orang yang memerlukannya,” tegasnya.


PEMANGKU Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Awang Haji Suhaila bin Haji Abdul Karim menyampaikan Special Merit Awards
kepada Dayang Suraya binti Abdullah.
(Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Awang Haji Suhaila bin Haji Abd. Karim menekankan perkara tersebut ketika berucap selaku tetamu kehormat di Majlis Penerimaan Sijil-sijil NCC Diploma Lanjutan dan Diploma Antarabangsa Pendidikan (NCC Education International Diploma and Advanced Diploma) bagi 77 graduan tahun 2008 Micronet International College berlangsung di Empire and Country Club di Jerudong.

Awang Haji Suhaila seterusnya berkata, sejak 20 tahun Micronet International College ditubuhkan, kolej ini memainkan peranan yang penting dan telah membuat sumbangan-sumbangan yang signifikan ke arah pendidikan ICT di negara ini dengan mempromosikan dan menawarkan kursus-kursus Diploma Lanjutan dan Diploma yang berkualiti.

“Saya juga percaya, Micronet International College, college tempatan persendirian telah mempelihatkan sumbangan-sumbangannya di dalam melahirkan graduan-graduan ICT yang berkualiti dan berguna dalam bidang kerja persendirian mahupun swasta di negara ini,” jelasnya.

Di majlis tersebut tetamu kehormat juga menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan Micronet International College.

(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

SAMBUTAN HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA
29 MAC INI

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan akan mengadakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari Ahad, 29 Mac 2009 ini.

Sambutan bertemakan 'Cara Hidup Sihat, Buah Pinggang Sihat' (Health Lifestyles, Healthy Kidneys) itu akan diadakan di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Commonwealth Drive, Berakas bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pameran, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat tentang penyakit buah pinggang serta langkah-langkah penjagaannya.

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut setiap tahun pada hari Khamis (minggu kedua bulan Mac) dan pada tahun in ia disambut pada 12 Mac 2009 di seluruh dunia.

Ia merupakan kempen kesedaran kesihatan yang memfokuskan tentang kepentingan buah pinggang serta mengurangkan impak dan kekerapan berlakunya penyakit buah pinggang termasuk masalah- masalah yang berkaitan dengannya di seluruh dunia.