|
DPPW berangkat hadiri mesyuarat di Manama, Bahrain
 MENTERI Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan menerima jujung ziarah dari YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna,Ambassador-At-Large sejurus sebelum berlepas ke Manama, Bahrain bagi menghadiri Mesyuarat pertama Menteri-Menteri Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
(Foto : Ramli Haji Tengah)
BERAKAS, Khamis, 25 Jun. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah hari ini berangkat ke Manama, Bahrain bagi menghadiri Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Temasya Sukan Remaja Asia peluang menguji pencapaian
BERAKAS, Khamis, 25 Jun. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bersabda, penyertaan atlet-atlet remaja negara di Temasya Sukan Remaja Asia (SRA) Pertama merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk menguji pencapaian peribadi masing-masing.
berita penuh...
Tujuh lagi kes terbaru Influenza A (H1N1)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Jun. - Tujuh lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 18 kes.
berita penuh...
Pesta Pengguna kali ke-4 promosi pelbagai produk
BERAKAS, Khamis, 25 Jun. - Kajian pertukaran matawang Brunei yang dibuat oleh Unit Pengguna Radio Televisyen Brunei (RTB) pada tahun 2003 melaporkan bahawa kira-kira BND300,000 matawang Brunei setiap bulan telah ditukar kepada matawang Ringgit Malaysia semata-mata untuk kegunaan saat berada di negara-negara jiran.
berita penuh...
14 kumpulan bersaing di KKC peringkat KHEDN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Jun. - Kumpulan Curuba daripada Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria muncul johan di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) 2009 dengan tajuk projek ”Mengatasi Tunggakan Cukai Rumah dan Bangunan Yang Kurang Efektif”.
berita penuh...
997 termometer, 10,000 penutup mulut diagihkan ke sekolah
JALAN MUARA, Khamis, 25 Jun. - Dalam usaha memantau dan menangani Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan hari ini mengagih-agihkan sebanyak 997 termometer dan 10,000 penutup mulut kepada pihak sekolah-sekolah di seluruh negara bertempat di Auditorium, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan di Jalan Muara, di sini.
berita penuh...
AJK Pembahagian Kurma Kurnia Kebawah DYMM dilantik
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Jun. - Mesyuarat Penyelarasan Pembahagian Kurma Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1430 Hijrah/2009 Masehi diadakan hari ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini.
berita penuh...
Pengibaran bendera negara simbol semangat patriotik
PEKAN BANGAR, Khamis, 25 Jun. - Pengibaran bendera negara adalah lambang atau simbol semangat patriotik dan taat setia rakyat kepada raja yang tidak berbelah bagi dan bukannya untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.
berita penuh...
Ahli Eksekutif Persekutuan Karatedo jalani kursus
KUALA BELAIT, Khamis, 25 Jun. - Seramai 12 orang Ahli Eksekutif Persekutuan Karatedo Brunei menyertai Kursus Pengadil dan Hakim Karatedo Kebangsaan 2009 bertempat di Kompleks Sukan Mumong pagi tadi.
berita penuh...
BSP sumbang air minuman kepada JBP
SERIA, Khamis, 25 Jun. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Daerah Belait pagi tadi menerima sumbangan air minuman sebanyak 500 botol besar air mineral ‘SEHAT’ dan 500 tin minuman '100 Plus' sumbangan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP).
berita penuh...
Dewan Kemasyarakatan pelantar perpaduan penduduk
KAMPONG TANJONG MAYA, Khamis, 25 Jun. - Penduduk Kampong Tanjong Maya hari ini menerima satu lagi kemudahan asas sebuah Dewan Kemasyarakatan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui projek di bawah penyelanggaraan Jabatan Daerah Tutong.
berita penuh...
20 Belia ASEAN berkunjung ke Mukim Tamoi
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Jun. - Serombongan lebih dari 20 belia dari lima buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Viet Nam dan Negara Brunei Darussalam pagi tadi mengadakan lawatan ke Mukim Tamoi, di Kampung Ayer.
berita penuh...





|