|
Bekenan Mengurniakan Santap Malam
 KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengalu-alukan Menteri Mentor Republik Singapura, TYT Dato Laila Utama Lee Kuan Yew pada Majlis Santap Malam yang berlangsung Istana Darul Taqwa.
(Foto : Ramli Haji Tengah)
JERUDONG, Rabu, 25 Februari.–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini berkenan mengurniakan Santap Malam Private bagi meraikan Menteri Mentor Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Kuan Yew.
Majlis Santap Malam tersebut bersempena dengan Pelancaran 'Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture' yang berlangsung pagi tadi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Brunei - Kuwait jalin persefahaman erat
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait bersempena dengan Hari Kebangsaan Kuwait.
berita penuh...
DPMM berkenan melancarkan SOAS 'Memorial Lecture'
BERAKAS, Rabu, 25 Februari.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat melancarkan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Memorial Lecture berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
berita penuh...
Jadikan Syarahan Memorial landasan perbincangan isu sejagat
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda menegaskan pentingnya Syarahan-Syarahan Memorial untuk berkembang dan meliputi isu-isu aliran utama sejagat dengan tahap interaksi yang tinggi di antara komuniti ahli akademik dan intelek tempatan dengan rakan antarabangsa.
berita penuh...
Legasi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien: NEGARAWAN BIJAKSANA DAN BERPANDANGAN JAUH
BERAKAS, Rabu, 25 Februari.-Menteri Mentor Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Kuan Yew menyifatkan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien sebagai seorang negarawan yang bijaksana, berani menghadapi risiko serta mempunyai deria yang kuat dalam meramal keadaan politik masa hadapan.
berita penuh...
Al-Marhum SOAS miliki gagasan yang mantap
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien adalah seorang raja yang mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi, memiliki gagasan yang mantap dan jauh kehadapan bagi haluan untuk mencorak negara dan membuat persediaan bagi masa hadapan.
berita penuh...
Lee Kuan Yew negarawan Asia yang dikagumi
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Menteri Mentor Republik Singapura, Tuan Yang Terutama , Dato Laila Utama Lee Kuan Yew adalah seorang yang ‘kontemporari’, sahabat akrab Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan merupakan salah seorang negarawan Asia yang dikagumi.
berita penuh...
SOAS 'Memorial Lecture' platform meningkatkan ilmu
BERAKAS, Rabu, 25 Februari.- Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II, Sultan Brunei Darussalam ke-28 merupakan seorang pemerintah yang unggul di negara ini atas jasa-jasa baginda terhadap pemodenan Negara Brunei Darussalam terutama sekali dalam sistem kerajaan, pelajaran dan juga perkhidmatan-perkhidmatan sosial kemasyarakatan.
berita penuh...
Program SOAS Memorial Lecture berbentuk akademik
BERAKAS, Rabu, 25 Februari.- Untuk mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien – 'Arkitek Brunei Moden', Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengendalikan Program Syarahan Umum bertajuk 'Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Memorial Lecture' (SOAS Memorial Lecture).
berita penuh...
Pusat Sejarah terbitkan 8 buah buku baru
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Pusat Sejarah Brunei sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelidik, mengumpul dan menyimpan bahan-bahan persejarahan Brunei dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya untuk menjadi bahan kajian, rujukan dan penerbitan sentiasa berusaha memasyarakatkan segala perolehan yang berkaitan dengan sejarah Brunei kepada orang ramai.
berita penuh...
Hubungan NBD – Kuwait terjalin sejak 20 tahun
JERUDONG, Rabu, 25 Februari –Kedutaan Kuwait di negara ini telah mengadakan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan ke-48 dan ulang tahun ke 18 Hari Pembebasan Kuwait yang berlangsung di Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club di sini.
berita penuh...
Majlis Dikir Maulud bermula di Masjid SOAS
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Seperti lazimnya pada setiap tahun umat Islam di negara ini akan menyemarakkan dan memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
berita penuh...
Dikir maulud bergema di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah
KIARONG, Rabu, 25 Februari.- Bermula malam ini seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini bergema dengan dikir maulud sempena memperingati kelahiran junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, pesuruh dan kekasih Allah yang terakhir diutus ke muka bumi ini untuk memberikan petunjuk kepada umat Islam .
berita penuh...
17 pegawai tamatkan program pembangunan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari.- Seramai 17 peserta yang menamatkan Program Pembangunan Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan Kali Ke-6 Tahun 2008 menerima sijil pada majlis yang berlangsung di Kiulap Plaza Hotel, di sini.
berita penuh...
Masjid UBD mulakan Mauludur Rasul
GADONG, Rabu, 25 Februari.-Berbagai acara keagamaan diadakan di negara ini bagi menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang akan berlangsung pada 9 Mac akan datang dengan acara utama perhimpunan dan perarakan serentak di keempat-empat daerah di seluruh negara.
berita penuh...
Kanak-kanak Pusat Ehsan didedahkan dengan program sosial
BENGKURONG, Rabu, 25 Februari.- Seramai 50 orang kanak-kanak istimewa Pusat Ehsan Kampong Bengkurong hari ini mengikuti Perkhidmatan Solekan Wajah di hari kedua program diadakan bertempat di Dewan Serbaguna pusat berkenaan, di sini.
berita penuh...
Orang ramai dijemput saksikan PMB 2009 peringkat saringan
JABATAN Dewan Bahasa dan Bahasa memaklumkan Sbahawa Peraduan Mari Bercerita (PMB) 2009 Peringkat Saringan akan diadakan pada bulan Mac nanti.
berita penuh...
'Consultation Day' Sekolah Vokasional Wasan
SEKOLAH Vokasional Wasan, Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa sekolah tersebut akan mengadakan sesi 'Consultation Day' bagi Program BDTVEC National Diploma dalam bidang Sains Pertanian (Agriculture Science) pada hari Isnin, 2 Mac 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Bilik Taklimat, School Proper School Vocasional Wasan.
berita penuh...





|