Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

IKLAN-IKLAN TAWARAN KURSUS

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TAWARAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM-PROGRAM IJAZAH PERTAMA , LANJUTAN DAN IKHTISAS DI LUAR NEGERI
SESI PENGAJIAN 2009/2010

Pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang disenaraikan yang ingin meneruskan pengajian ke tahap Ijazah Pertama, Lanjutan dan Ikhtisas di bawah Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama mulai sidang akademik 2009/2010 ini bolehlah memohon.

1. SYARAT-SYARAT UTAMA
1.1 Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.
1.2 Berugama Islam dari kalangan Ahli Sunnah wal Jemaah.
1.3 Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau Sijil Pelajaran Ugama Brunei dalam pangkat Jayid.
1.4 Memperolehi sekurang-kurangnya Jayid mata pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) atau yang diiktiraf sebagai sebanding dengannya.
[Bagi pelajar yang akan mengikuti pengajian yang bahasa pengantarnya menggunakan Bahasa Arab ].
1.5 Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Credit) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sama ada dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa dan yang sebanding dengannya atau Kertas Am (General Paper) dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan atau memperolehi IELTS Overall Band 6.0 [Bagi Pelajar yang akan mengikuti pengajian bahasa pengantarnya menggunakan Bahasa Inggeris]
[Bagaimanapun bagi Universiti yang mengutamakan kedua-dua bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) pemohon hendaklah memenuhi syarat 1.4 dan 1.5 di atas].
1.6 Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2009 bagi pemohon peringkat Ijazah Pertama, sementara bagi Ijazah Lanjutan atau Ikhtisas tidak melebihi 30 tahun pada 1 September, 2009.
1.7 Bagi kursus ditahap Ijazah Lanjutan dan Ijazah Pertama hendaklah memperolehi tempat pengajian di Institusi yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Kementerian Pendidikan dan program di ‘Top 50’ mengikut ranking The Times Good University Guide 2009.

2. IJAZAH PERTAMA
2.1 Memperolehi sijil pangkat Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei [STPUB] dengan memperolehi Mumtaz dalam mata pelajaran Al-Quran dan 2 Mumtaz dalam mata pelajaran yang berkaitrapat dengan jurusan yang dipilih dan sekurang-kurangnya 1 Mumtaz, 2 Jayid Jiddan dan 1 Jayid dalam mana-mana kumpulan pelajaran yang diambil dalam sekali duduk.

ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya 3 matapelajaran dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan ‘A’ level yang berkaitrapat dengan kursus yang dipohon dalam sekali duduk mengikut gred nilai points yang disenaraikan seperti jadual di bilangan 2.2 di bawah.
2.2 Bidang jurusan yang dipilih hendaklah memenuhi gred minima atau nilai points seperti berikut: (Senarai kursus-kursus yang ditawarkan disertakan di Appendix ‘A’)

KATEGORI A
BIDANG/JURUSAN
USULUDDIN
GRED MINIMA
4 MUMTAZ, 2 JAYID JIDDAN DAN 1 JAYID

KATEGORI B
BIDANG/JURUSAN
SYARIAH
GRED MINIMA
4 MUMTAZ, 2 JAYID JIDDAN DAN 1 JAYID

KATEGORI C
BIDANG/JURUSAN
LAW
GRED MINIMA
280 POINTS

KATEGORI D
BIDANG/JURUSAN
EKONOMI DAN KEWANGAN
GRED MINIMA
260 POINTS

KATEGORI E
BIDANG/JURUSAN
SAINS/KEJURUTERAAN/TEKNOLOGI MAKLUMAT
GRED MINIMA
240 POINTS

KATEGORI F
BIDANG/JURUSAN
MATEMATIK
GRED MINIMA
240 POINTS

KATEGORI G
BIDANG/JURUSAN
ENGLISH/ENGLISH LITERATURE
GRED MINIMA
220 POINTS

NILAI GRED POINTS SEPERTI BERIKUT :

A: 120
B: 100
C: 80
D: 60
E: 40

2.3 Mempunyai kelulusan yang diterima oleh pihak Universiti yang berkenaan dan bersedia mengikuti kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi memenuhi keperluan perancangan Kementerian dan Negara.
2.4 Bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat bidang jurusan Ugama tetapi berhasrat untuk mengikuti lain-lain bidang, boleh juga dipertimbangkan.

3. IJAZAH LANJUTAN ATAU IKHTISAS (PROFESSIONAL)
3.1 Bagi Ijazah Lanjutan hendaklah memperolehi Ijazah Pertama dengan mendapat pangkat Jayid atau Kelas Kedua Bawah (2:2) atau kelayakan yang sebanding dengannya yang diperolehi daripada universiti yang diiktiraf. Walau bagaimanapun kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
3.2 Bagi kursus di peringkat Ikhtisas (Professional) hendaklah memperolehi Ijazah Pertama sekurang-kurangnya Jayid atau Kelas Kedua Bawah (2:2) dalam bidang pengajian yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf sebagai sebanding dengannya dan bidang Ikhtisas berkenaan hendaklah diikuti secara sepenuh masa ( full-time ).

4. PELAJAR PERSENDIRIAN
4.1 Bagi pelajar persendirian di luar negeri yang mengikuti pengajian di universiti yang diiktiraf dan berhajat meneruskan pengajian ke tahun berikutnya hendaklah memenuhi Syarat-Syarat Utama seperti di bilangan 1 ceraian 1.1 hingga 1.7 dan lulus dalam semua matapelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayid atau purata kelas kedua ( 2:2 ) pada akhir sesi pengajian yang sedang diikutinya tanpa “ resit paper”.

5. LAIN-LAIN SYARAT
Pemohon mestilah juga memenuhi syarat-syarat tambahan berikut:
5.1 Bersih dalam tapisan keselamatan dan Jenayah.
5.2 Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
5.3 Lulus temuduga Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama.

6. PERMOHONAN
6.1 Borang permohonan Biasiswa ke Luar Negeri Kementerian Hal Ehwal Ugama dan keterangan lanjut boleh diperolehi dialamat berikut:

Unit Kajian, Latihan dan Dermasiswa,
Bahagian Professional
Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Tingkat 14, Blok 2J bilik 03,
Jalan Ong Sum Ping,
Bandar Seri Begawan BA 1311
Negara Brunei Darussalam.
Nombor Telefon : 2231064
Nombor Fax : 2232376

6.2 Laporan Sulit bolehlah dihadapkan kemudian secara berasingan oleh pengetua sekolah masing-masing
6.3 Semua salinan sijil dan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan oleh pengetua sekolah
6.4 Pemohon hendaklah menghadapkan salinan surat tawaran tempat pengajian berserta dengan isi kandungan kursus bersama-sama dengan permohonan.
6.5 Tarikh tutup permohonan:
6.5.1 Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan-salinan sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dikembalikan tidak lewat 14 Mac 2009.
6.5.2 Pelajar Persendirian yang menuntut di luar negeri di peringkat Ijazah Pertama
bolehlah menghadapkan permohonan setelah keputusan peperiksaan akhir sesi pengajian 2008/2009 diperolehi tidak lewat 2 minggu setelah keputusan resmi diumumkan.

Appendix “A”

SENARAI KURSUS –KURSUS YANG DITAWARKAN BAGI PENGANUGERHAN BIASISWA KE LUAR NEGERI SESI 2009/2010

A. BIDANG KEUGAMAAN
A.1 SYARIAH WAL QANUN (IN ARABIC)
DOUBLE DEGREE IN LAW SYARIAH

A.2 SYARIAH
BA DEGREE IN FOUNDATION OF RELIGION
BA DEGREE IN FIQH (JURISPRUDENCE & LEGISLATION)
BA DEGREE IN ISLAMIC CREED & DA’WAH

A.3 USULUDDIN
DAKWAH ISLAMIAH
FATWA DAN SUNNAH
AQIDAH DAN FALSAFAH
TAFSIR DAN ULUM AL QURAAN
HADITH DAN MUSTALAH HADITH

A.4 ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HERRITAGE
IN QURAN & SUNNAH
IN FIQH WITH USUL FIQH
USULUDDIN IN COMPARATIVE KNOWLEDGE

A.5 DOUBLE DEGREE IN ECONOMICS WITH ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HERRITAGE

A.6 LAIN-LAIN KURSUS MENGIKUT KEPERLUAN DALAM BIDANG KEAGAMAAN

B. LAIN-LAIN BIDANG
B.1 ACCOUNTING
B.2 BUSINESS ADMINISTRATION
B.3 ECONOMICS
B.4 ENGINEERING (COMPUTER & INFORMATION)
B.5 STATISTICS
B.6 INFORMATION AND COMPUTER TECHNOLOGY
B.7 INTERNET STUDIES / TECNOLOGY
B.8 BUILDING SERVICES ENGINEERING
B.9 SOFTWARE ENGINEERING
B.10 COUNSELLING / GUIDANCE STUDIES
B.11 LIBRARIANSHIP
B.12 PERSONEL / HUMAN RESOURCE
MANAGEMENT
B.13 BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
B.14 FOOD SCIENCE / TECHNOLOGY
B.15 LAIN-LAIN KURSUS MENGIKUT KEPERLUAN

C. IJAZAH LANJUTAN (MASTERS DAN Ph.D)
MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEUTAMAAN YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN.


MAKTAB TEKNIK SULTAN SAIFUL RIJAL

TAJUK KURSUS
INTRODUCTION TO BASIC ELECTRONIC TECHNOLOGY (KURSUS PENDEK)

BAYARAN
$250.00
(Bagi warganegara Brunei Darussalam/ pemegang Kad Pengenalan Kuning)

$375.00
(Bagi warganegara asing)

TEMPOH
25 Jam (5 Minggu)

HARI DAN MASA
Bermula 1 March hingga 29 March 2008

Jumaat:
8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Ahad:
9.00 pagi hingga 12.00 t/h

Borang pendaftaran boleh didapati dari Dayang Sarinah di pejabat Pentadbiran, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR). Borang yang sudah lengkap diisi hendaklah dihantar tidak lewat satu minggu sebelum kursus dimulakan.

Bayaran yang tersebut di atas adalah bagi pemegang kad pintar berwarna kuning sahaja. Bagi pemegang kad pintar bukan warganegara Brunei Darussalam dikenakan bayaran tambahan sebanyak 50 peratus.
(Rujukan KPE/B34/956/6/90)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

DAYANG SARINAH di talian 2331077
atau
CIKGU ISMAIL di talian 8823234
atau
CIKGU HAJI RAZAK di talian 8845353


Dikemaskini 25 Februari 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.