|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 22 APRIL 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MEI 2009
BILANGAN IKLAN : 16/04/09 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu
bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PEMANDU MOTOR SANGKUT / OUTBOARD /
MEKANIK / TINGKAT KHAS
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
E.2-3 EB.4 ($590 – $875 SEBULAN)
E.2 EB.3 ($590 - $760 SEBULAN)
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 1 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-
• PEMANDU MOTOR SANGKUT TINGKAT KHAS
• PEMANDU OUTBOARD / MEKANIK
• PEMANDU OUTBOARD TINGKAT KHAS
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.2 / E.1:
a) Hendaklah tahu menulis dan membaca.
b) i) Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9 terhad yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Pemandu Motor Sangkut / Pemandu Outboard / Mekanik dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
c) Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perairan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengalaman mengendalikan bot-bot motor sangkut di perairan-perairan yang terbuka adalah kelebihan.
d) Boleh membaiki sebarang kerosakan kecil serta pengalaman dalam penyelengaraan enjin-enjin motorsangkut adalah kelebihan.
e) Boleh membezakan pelbagai macam minyak enjin motorsangkut adalah kelebihan.
2. PEMANDU MOTOR SANGKUT / OUTBOARD
/ MEKANIK
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)
F.3-4-5 EB.6 ($550 - $790 SEBULAN)
F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)
F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)
F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)
NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 2 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-
• PEMANDU MOTOR SANGKUT
• PEMANDU MOTOR SANGKUT TINGKAT I
• PEMANDU MOTOR SANGKUT TINGKAT II
• PEMANDU OUTBOARD
• PEMANDU OUTBOARD TINGKAT I
• PEMANDU OUTBOARD TINGKAT II
• PEMANDU O/B DAN MEKANIK TINGKAT I DAN II
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.4 / F.3:
a) Hendaklah tahu menulis dan membaca.
b) i) Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9 terhad yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Pemandu Motor Sangkut / Pemandu Outboard / Mekanik dalam tanggagaji F.2/F.1 tidak kurang dari 3 tahun.
c) Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perairan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengalaman mengendalikan bot-bot motor sangkut di perairan-perairan yang terbuka adalah kelebihan.
d) Boleh membaiki sebarang kerosakan kecil serta pengalaman dalam penyelengaraan enjin-enjin motorsangkut adalah kelebihan.
e) Boleh membezakan pelbagai macam minyak enjin motorsangkut adalah kelebihan.
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI F.2 / F.1:
a) Hendaklah tahu menulis dan membaca.
b) Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9 terhad yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut.
c) Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perairan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengalaman mengendalikan bot-bot motor sangkut di perairan-perairan yang terbuka adalah kelebihan.
d) Boleh membaiki sebarang kerosakan kecil serta pengalaman dalam penyelengaraan enjin-enjin motorsangkut adalah kelebihan.
e) Boleh membezakan pelbagai macam minyak enjin motorsangkut adalah kelebihan.
3. PEMANDU MOTORSANGKUT / MEKANIK
TINGKAT II
JABATAN-JABATAN MUZIUM
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,
BELIA DAN SUKAN
F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Hendaklah tahu menulis dan membaca.
b) Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9 terhad yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut.
c) Berumur diantara 20 tahun hingga 40 tahun.
d) Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perairan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengalaman mengendalikan bot-bot motor sangkut di perairan-perairan yang terbuka adalah kelebihan.
e) Boleh membaiki sebarang kerosakan kecil serta pengalaman dalam penyelengaraan enjin-enjin motorsangkut adalah kelebihan.
f) Boleh membezakan pelbagai macam minyak enjin motorsangkut adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 3:
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
PEMBERITAHUAN:
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 3 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
5. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
6. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
7. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
8. Permohonan yang diterima lewat daripada 13 MEI 2009 tidak dilayan.
9. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat
kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
c. Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta
borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong.
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM
PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERATURAN 38(b)
IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN
Syarat-syarat Am:
(A)PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
(B)Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(C)Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(D)Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
(E)Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. PENOLONG PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam sebagai Pegawai Pelajaran Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.15 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Pernah dan sedang menjalankan pentadbiran dan pengurusan pejabat sebagai Ketua Bahagian atau Ketua Pentadbiran Sekolah/Maktab/Jabatan sekurang-kurangnya 5 tahun adalah kelebihan.
c) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
d) Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam perkara berikut:-
i) Hal pengendalian mesyuarat dan penyediaan kertas kerja mengenai bidang yang berhubung kait dengan bidang kegiatan kokurikulum.
ii) Membuat kajian dan laporan bidang kegiatan kokurikulum.
iii) Menggunakan komputer.
e) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
f) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
2. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
UNIT PENDIDIKAN KHAS,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Khas atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
b) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
c) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / B.2 /G.11 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d) Berpengalaman sebagai penyelaras perkhidmatan / program atau ketua bahagian di Unit Pendidikan Khas adalah keutamaan.
e) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan
f) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
3. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
c) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / B.2 /G.11 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
d) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan
e) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. PEGAWAI BIMBINGAN DISIPLIN
BAHAGIAN PELAJARAN MENENGAH,
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.11 ($ 2,270 – $3,760 SEBULAN) ATAU
G.14 ($2,740 – $3,160 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Dua (2) mata pelajaran Sijil Am Brunei-Cambridge Pelajaran Peringkat Lanjutan; atau kelulusan sebanding.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kelulusan Diploma / Higher Diploma dalam bidang bersesuaian.
ii) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan. Kelulusan dalam Diploma / Sijil Kaunseling diberikan keutamaan.
iii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan termasuk Jabatan Sekolah-Sekolah, Kenaziran Sekolah-Sekolah, Peperiksaan dan lain-lain Institusi Pengajian tidak kurang dari 20 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang bertugas sebagai Pegawai Kesejahteraan Penuntut tidak kurang dari 5 tahun di Sekolah Menengah / Maktab, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan,
c) Berumur tidak kurang dari 35 tahun.
d) Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
5. PEGAWAI BUKU-BUKU TEKS
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.11 ($ 2,270 - $3,760 SEBULAN) ATAU
G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan
ii) Berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 20 tahun termasuk 5 tahun pengalaman mengajar dan pada masa ini dalam tanggagaji G.9.
c) Mempunyai pengalaman dalam hal-hal pengurusan penjenisan serta penilaian buku-buku teks dan bahan-bahan kurikulum yang berkenaan adalah keutamaan.
d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
6. PENOLONG KANAN PEGAWAI KURIKULUM
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
G.9 ($1,910-$2,650 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
ATAU
b) i) Diploma / Sijil Perguruan / Sijil Pendidikan.
ii) Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
iii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.6 tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
c) i) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan
ii) Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
iii) Berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 15 tahun termasuk pengalaman mengajar tidak kurang dari 5 tahun
d) Mempunyai pengetahuan/kemahiran dalam bidang komputer dan pernah terlibat dalam kerja-kerja kurikulum seperti penyediaan sukatan pelajaran, buku teks, buku panduan, buku kerja dan sebagainya adalah keutamaan.
e) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
f) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan sahaja.
2. Tarikh Iklan: 14 APRIL 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 14 MEI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 20/2009
7. PENGUASA PELAJARAN UGAMA
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
G.15 ($3,880 – $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) i) Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii)Bagi yang tidak mempunyai ijazah di para a), hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
d) Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran adalah keutamaan.
e) Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, lulus tapisan keselamatan dan bersih daripada rekod-rekod jenayah dan Syarie.
f) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
8. PEGAWAI PELAJARAN UGAMA KANAN
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
G.15 ($3,880 – $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) i) Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Bagi yang tidak mempunyai ijazah di para a), hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
d) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
e) Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Pegawai Kanan dalam Pentadbiran Sekolah Ugama (Arab) adalah kelebihan.
f) Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, lulus tapisan keselamatan dan bersih dari rekod-rekod jenayah syarie.
g) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
9. PEGAWAI PELAJARAN KANAN
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
G.15 ($3,880 – $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.
b) i) Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan
bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Bagi yang tidak mempunyai ijazah di para a), hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
d) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada);
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan.
e) Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Pegawai Kanan dalam Pentadbiran Sekolah Ugama (Arab) adalah kelebihan.
f) Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, lulus tapisan keselamatan dan bersih dari rekod-rekod jenayah syarie.
g) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
10. PENOLONG PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH
TINGKAT II
JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI,
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
ATAU
iii) Berkhidmat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei sebagai Pembantu Pengelola Zakat dan Fitrah atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN:
1. Bagi iklan jawatan bilangan 7 hingga 10, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama sahaja.
2. Tarikh Iklan: 14 APRIL 2009
3. Tarikh Tutup Permohonan: 14 MEI 2009
4. Tempat Menghantar Borang Permohonan: Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
5. Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN: 21/2009
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
2. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
3. Mempunyai laporan penilaian prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4. Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak dilayan.
5. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
JABATAN DAERAH BELAIT,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JABATAN Daerah Tutong dengan sukacita mempelawa/menjemput penduduk-penduduk kampung-kampung berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-ketua Kampung di Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut:-
1. Ketua Kampong Panchor
2. Ketua Kampong Batang Mitus/Kebia
3. Ketua Kampong Danau
4. Ketua Kampong Telisai
Tanggagaji : C1-EB2 iaitu $1,280.00 - $1,930.00
Kelayakan Calon Ketua Kampung
1. Calon hendaklah:-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c) Bermastautin di kampong yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonanya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampong hendaklah benar-benar tinggal di kampong yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
e) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
f) Mempunyai pengalaman yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampong berkenaan.
g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang di kuatkuasakan di Negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua Kampung hendaklah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Calon yang terdiri daripada Ahli Perniagaan atau Pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua Kampung boleh menguruskan perniagaan atau perusahannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
4. Pencadang dan penyokong-penyokong bagi seorang calon Ketua Kampung hendaklah terdiri daripada warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampung berkenaan.
5. Calon-calon pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan berkenaan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Bahagian Institusi Mukim dan Kampung Jabatan Daerah Tutong.
6. Calon-calon yang sedang berkhidmat di Jabatan dengan kerajaan ataupun swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan atau majikan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
7. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung) seperti yang terkandung dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998.
Tatacara Menghadapkan Borang Pencalonan
Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke alamat seperti berikut:
Bahagian Institusi Mukim dan Kampung,
Jabatan Daerah Tutong,
Negara Brunei Darussalam.
Tarikh Tutup mengembalikan borang pencalonan ialah tidak lewat 6 Jun 2009 (Sabtu) jam 3.00 petang.
Peringatan:
Mana-mana calon yang pernah dicalonkan bagi jawatan Ketua Kampung dan percalonannya telah ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat adalah tidak dibenarkan lagi untuk dicalonkan.
Dikemaskini 22 April 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama
|