Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Peraduan esei sempena
20 tahun penubuhan APEC

KEMENTERIAN Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) kini mengadakan Pertandingan Penulisan Esei bagi menyambut 20 tahun penubuhan APEC.

Sempena sambutan penubuhannya ke-20 tahun ini, APEC mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar peringkat tinggi dan lepasan ijazah sekolah-sekolah perdagangan dari ekonomi APEC untuk menulis esei asal yang membincangkan 'Apa yang APEC dapat sumbangkan untuk perniagaan?'. Tajuk tersebut bertujuan untuk menggalakkan perbincangan meliputi misi utama dan matlamat jangka masa panjang mengenai perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka APEC, yang telah dikembangkan untuk membolehkan berbagai presfektif dan idea.

Tiga pemenang akan menerima hadiah berjumlah USD5,000. Pememang esei dikehendaki menyampaikan esei mereka di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksukatif (CEO) yang akan diadakan di Singapura pada November 2009 dan akan berpeluang untuk berjumpa dengan Pemimpin ekonomi mereka. Ini termasuk kos tiket penerbangan ke Singapura, hotel penginapan dan elaun, selain hadiah wang tunai USD500.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima USB1,000 dan USD 500 masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2009. Butir-butir penyertaan, sila layari laman web www.apec.org/20years.


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

SAMBUTAN HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA
29 MAC INI

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan akan mengadakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari Ahad, 29 Mac 2009 ini.

Sambutan bertemakan 'Cara Hidup Sihat, Buah Pinggang Sihat' (Health Lifestyles, Healthy Kidneys) itu akan diadakan di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Commonwealth Drive, Berakas bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pameran, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat tentang penyakit buah pinggang serta langkah-langkah penjagaannya.

Hari Buah Pinggang Sedunia disambut setiap tahun pada hari Khamis (minggu kedua bulan Mac) dan pada tahun in ia disambut pada 12 Mac 2009 di seluruh dunia.

Ia merupakan kempen kesedaran kesihatan yang memfokuskan tentang kepentingan buah pinggang serta mengurangkan impak dan kekerapan berlakunya penyakit buah pinggang termasuk masalah- masalah yang berkaitan dengannya di seluruh dunia.