KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan berangkat bagi menyaksikan persembahan yang disembahkan oleh para penduduk Daerah Temburong pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat bagi Daerah Temburong. - Foto oleh : Masri Osman.
TEMBURONG, Khamis, 24 Julai.- Rakyat dan penduduk Daerah Temburong hari ini mengukir senyuman tanda bergembira menyambut keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini.
Menanti waktu itu tiba, rakyat serta penduduk di sini sejak awal pagi lagi telah bersiap sedia menantikan keberangkatan baginda bagi merebut peluang menjunjung ziarah dan bersua muka serta menyembahkan ucapan selamat ke atas baginda yang menyambut puja usia ke-62 tahun, tahun ini.
Kibaran bendera negara yang berbentuk kecil yang dikibarkan oleh para pelajar mengiringi keberangkatan baginda berserta kerabat diraja yang lain di daerah ini, di sepanjang jalan menuju kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan mewarnai suasana pagi hari ini.
Sejurus keberangkatan tiba, lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dikumandangkan dan diikuti dengan laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua kampung. berita penuh...
BERITA RINGKAS :-
DYTM alu-alukan keberangkatan lawatan rasmi Perdana Menteri Kuwait
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai - His Highness Sheikh Nasser Al-Mohammad Al-Sabah, Perdana Menteri Negara Kuwait tiba ke negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari.
berita penuh...
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara
Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat atlet-atlet lumba basikal yang ditimpa kemalangan jalan raya
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat melawat atlet-atlet lumba basikal yang telah menandatangani kontrak Projek Brunei Gold 2009, yang ditimpa kemalangan jalan raya di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini.
berita penuh...
Ceramah Motivasi Angkasawan Pertama Malaysia
RIMBA, Khamis, 24 Julai.- Lebih seratus mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan beberapa institusi pendidikan lainnya di negara ini berpeluang menimba pengetahuan akan kehidupan rutin ketika berada di angkasa.
berita penuh...
Mohammad Hashim Haji Abdullah duduki tempat kedua Musabaqah Hifzil Quran dan hadith
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Awang Mohammad Hashim bin Haji Abdullah, peserta Negara Brunei Darussalam yang menyertai Musabaqah Hifzil Quran dan Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tingkat Remaja / Belia Islam Se-ASEAN Kali Pertama berjaya menduduki tempat kedua di musabaqah tersebut.
berita penuh...
Persembahan PENTARAMA, eratkan hubungan Brunei-Malaysia membawa mesej
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Mesyuarat mengenai Persembahan PENTARAMA bersama Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Penerangan Malaysia berlangsung di Bilik Pehin Orang Kaya Shahbandar, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas.
berita penuh...
Remaja Berwaspada Dengan Bahaya Dadah
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Dadah bukanlah sesuatu yang baru dalam konteks kehidupan pada hari ini, yang mana perubahan daripada alam remaja ke alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan dadah akan bermula.
berita penuh...
Bendung Kenaikan Harga Barang
BANGAR, Khamis, 24 Julai. - Sebahagian rakyat dan penduduk di Daerah Temburong mengeluh kerana beberapa pekedai di daerah itu menaikkan harga barangan makanan berikutan kenaikan harga minyak global di sebalik titah peringatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai lalu.
berita penuh...
Pertandingan Fotografi dilanjutkan sehingga 31 Julai 200
BANDAR SERI BEGAWAN, khamis 24 Julai.- The Brunei Times dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang menganjurkan Pertandingan Fotografi 2008 memaklumkan kepada orang ramai bahawa tarikh tutup bagi pertandingan itu dilanjutkan sehingga 31 Julai 2008.
berita penuh...
Benteras Kegiatan Langgar Peraturan
KUALA BELAIT, Khamis, 24 Julai.- Jabatan Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Kuala Belait telah menjalankan operasi pemeriksaan selama dua hari berturut-turut bermula dua hari lalu menyasarkan ke atas rumah persendirian, bengkel, restoran dan projek pembinaan rumah di sekitar kawasan daerah ini.
berita penuh...
Pemenang Pertandingan Pintu Gerbang Terima Hadiah
KUALA BELAIT, Khamis, 24 Julai.- Berbagai acara pertandingan diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Peputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 bagi Daerah Belait dan salah satu acara pertandingan yang mendapat sambutan daripada orang ramai ialah pertandingan pintu gerbang dan hiasan bercucul.
berita penuh...
Kunjungan Muhibah Malaysia
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Dato Paduka Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohamed hari ini menerima kunjungan muhibah daripada Rombongan Pertukaran Pegawai Penerangan Malaysia berlangsung di Bangunan Sekretariat, Jabatan Perdana Menteri di sini.
berita penuh...
Malam Budaya Daerah Tutong menyatupadukan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini
TUTONG, Khamis, 24 Julai.- Persembahan Malam Budaya yang dikelolakan oleh Badan Kesenian dan Kebudayaan Daerah Tutong (B2K Daerah Tutong) dapat menyatupadukan
perpaduan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjanjikan kehidupan bermasyarakat yang harmoni, aman serta sejahtera
berita penuh...
Brunei Darussalam temui Sarawak peringkat akhir
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Pasukan Negara Brunei Darussalam akan berentap dengan Pasukan Sarawak bagi menentukan juara Pertandingan Tarik Kalat Se-Borneo pada Sabtu ini (26 Julai), di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
berita penuh...
Bantuan Rumah Kepada Dayang Ainah binti Lajim
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat serta mewujudkan kehidupan bekeluarga yang aman harmoni.
berita penuh...
Majlis Ilmu 2008 bermula esok
BANDAR SERI BEGAWAN, 25. Julai.- Majlis Ilmu 2008 Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 Tahun akan bermula esok di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei.
berita penuh...
Pembukaan Kaunter Pembayaran
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai.- Jabatan Perancang Bandar dan Desa memaklumkan bahawa mulai 1 Ogos 2008 jabatan tersebut akan mula membuka kaunter pembayaran di setiap cawangan jabatan itu di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.
berita penuh...
Pelita Brunei - Arkib

