BANDAR SERI BEGAWAN, 25. Julai.- Majlis Ilmu 2008 Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-62 Tahun akan bermula esuk di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka berangkat menyempurnakan majlis perasmian.
Majlis Ilmu yang kelima itu dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri adalah mercu tanda keilmuaan perayaan Sambutan Hari Keputeraan baginda dan sebagai wadah mendukung kepimpinan baginda dalam membangun bangsa dengan ilmu di bawah keredaan Allah.
Majlis Ilmu 2008 bertemakan 'Menghayati Negara Zikir' adalah ialah negara yang bangsa dan masyarakatnya sentiasa ingat Tuhan dalam berfikir dan bertindak. Misi bangsa tersebut ialah untuk menjadi umat terbaik seperti yang disebut di dalam Al-Qur'an Surah Ali Imran, ayat 110, iaitu umat dilahirkan bagi menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan.
Objektif Majlis Ilmu ialah menjadi wadah perbincangan, pameran dan aktiviti lain yang berhubung kait dengan Negara Zikir yang dijangka akan menjana fikrah yang berguna untuk faedah merealisasikannya.
Semasa Majlis Ilmu 2008 ialah Seminar Negara Zikir dengan membentangkan Kertas Perdana yang akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. Sebanyak sepuluh kertas kerja akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari dalam dan luar negeri. Di samping itu beberapa acara utama telah disusun iaitu Pameran Majlis Ilmu 2008 (MajiEX 2008) dan Majlis Ilmu di daerah.
Selain itu beberapa acara sampingan juga akan diadakan seperti peraduan menulis syair, sajak, cerpen dan cerita kanak-kanak, persembahan pentas dan kuiz, radio dan pentas.
Orang ramai adalah diserukan untuk sama-sama membarigakan aktiviti Majlis Ilmu 2008.
(Oleh : Dk Hjh Fatimah Pg Hj MD Noor)
Kembali ke muka utama