|
Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam
Zuhur 12.35
Asar 3.52
Maghrib 6.34
Isyak 7.44
Imsak 5.06
Subuh 5.16
Syuruk 6.33
Doha 6.56
Waktu-waktu
Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah
Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh
Negara Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.
  
Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan hujan berasingan berlaku di kawasan pesisiran sekitar tengahari dan/atau awal petang, bergerak ke pedalaman pada lewat petang. Hujan atau hujan berasingan di pedalaman di jangka merebak ke kawasan pesisiran dan dekat pantai pada waktu malam.
Keadaan Angin :
Bertiup dari arah Barat Laut selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang menjadi perlahan dari beberapa arah di sebelah malam di daratan dan dari arah Timur Laut selaju 10-20 kmsj di laut.
Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 - 1.0 m.
Ramalan jangka panjang sehingga Awal Pagi Esok:
Hujan sekali-sekala berlaku di pesisiran dan dekat pantai pada awal pagi.

Suhu Maksimum :
31 darjah Celsius
Suhu Minimum :
25 darjah Celsius














tpelita@yahoo.com
|
|
Brunei Darussalam - Kuwait tingkatkan hubungan mesra dan persahabatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Februari.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Emir Kuwait dan kepada His Highness Sheikh Nasser Al-Mohammed Al-Ahmad Al-Sabah, Perdana Menteri Kuwait serta kerajaan dan rakyat Kuwait bersempena dengan Hari Kebangsaan negara tersebut.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
KPSSU sertai Majlis Dikir di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Februari. - Pelbagai acara keagamaan diadakan di negara ini sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang akan berlangsung secara serentak seluruh negara pada 27 Februari akan datang dengan acara utama perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
berita penuh...
Islam agama sejahtera, pencetus keamanan dan keadilan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Februari.- Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, Islam adalah agama sejahtera, pencetus kesejahteraan, penegak keamanan dan keadilan.
berita penuh...
NBD sokong usaha ASEAN + 3 tangani cabaran keselamatan Makanan
GADONG, Rabu, 24 Februari. - Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan sokongan dan komitmennya bagi menangani cabaran-cabaran keselamatan makanan ASEAN + 3.
berita penuh...
Program Belia Cinta Tanah Air tingkatkan semangat patriotik
BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 24 Februari. - Bagi meningkatkan lagi semangat patriotik, kenegaraan dan kekitaan di kalangan belia dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) meneruskan lagi Program Belia Cinta Tanah Air Fasa Kelima sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun.
berita penuh...
Program BCTA lahirkan belia berkualiti
KUALA BELAIT, Rabu, 24 Februari. - Dalam suasana kehangatan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 tahun ini, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) meneruskan Program Belia Cinta Tanah Air (BCTA) Kelima.
berita penuh...
Kuman berbahaya Anthrak disebarkan melalui pos
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Februari. - Petugas dari beberapa buah agensi pengaman dan penyelamat kerajaan di negara pagi tadi menerima panggilan bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) apabila jabatan berkenaan menerima maklumat mengenai terdapatnya penyebaran bahan berbahaya Anthrak melalui pos.
berita penuh...
BCTA lakukan kerja-kerja kemasyarakatan di Kampung Penabai
TUTONG, Rabu, 24 Februari. - Majlis Pelancaran bagi Program Belia Cinta Tanah Air (BCTA) anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Fasa III 'Berkhidmat Untuk Masyarakat' Peringkat Daerah Tutong telah berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna Serambangun, di sini.
berita penuh...
Rebutlah pelaburan pendidikan untuk menjadi modal insan berilmu pengetahuan
JALAN MUARA, Rabu, 24 Februari. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah membuat pelaburan yang sangat besar menyediakan berbagai kemudahan untuk rakyat serta penduduk di negara ini bagi menimba ilmu.
berita penuh...
Belia sebagai pemacu dan katalis kemajuan bangsa
TUTONG, Rabu, 24 Februari. - Para belia adalah angkatan terpenting dalam pembangunan sesebuah negara iaitu sebagai pemacu dan katalis kepada kemajuan bangsa.
berita penuh...
Pusat Ehsan Al-Ameerah terima sumbangan peralatan keperluan khas
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Februari. - Sebanyak 10 peralatan keperluan khas bagi insan-insan istimewa yang memerlukan rawatan fisioterapi dan terapi pekerjaan (Physiotherapy and Occupational Therapy) disumbangkan pagi tadi daripada The Rotary Club Bandar Seri Begawan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong.
berita penuh...
Muzakarah tangani masalah pembuangan sampah
TEMBURONG , Rabu, 24 Februari. - Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Jabatan Daerah Temburong hari ini mengendalikan permuzakarahan bagi menangani permasalahan pembuangan sampah yang tertumpu kepada peniaga-peniaga 12 pintu di Pekan Bangar.
berita penuh...
Agensi penguat kuasa rampas 224 kotak rokok semasa Operasi Sepadu
KUALA BELAIT, Rabu, 24 Februari. - Bahagian Pencegahan dan Perisikan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Kuala Belait dan Unit Kawalan Tembakau Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Kuala Belait telah berjaya merampas 224 kotak rokok berbagai jenis dalam Operasi Sepadu 06 yang dijalankan hari ini.
berita penuh...






|
|



Penangguhan vaksin Influenza A H1N1
KEMENTERIAN Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Suntikan Vaksin Influenza A H1N1 ditangguhkan buat sementara waktu bermula Sabtu, 13 Februari.
Penangguhan ini berikutan penerimaan bekalan kumpulan baru vaksin tersebut yang memerlukan penelitian dan ianya benar-benar memenuhi piawaian kualiti bagi keselamatan.
Bagi orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa vaksin yang telah diberikan itu adalah memenuhi piawaian kualiti dan selamat.
Orang ramai akan dimaklumkan jika program suntikan disambung semula sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.




JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673-2-380527,
+673-2-383400,
+673-2-383401,
+673-2-383941 (Pelita Brunei)

+673-2-381004
+673-2-382905
|