Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Rabu 24 Jun 2009 / 1 Rejab 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.24
     Asar 3.50
 Maghrib 6.35
     Isyak 7.51`
 Imsyak 4.36
     Subuh 4.46
 Syuruk 6.10
     Doha 6.35
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

“DAN siapa yang mengerjakan perbuatan baik, laki-laki ataupun perempuan, dalam keadaan beriman, nescaya akan Kami hidupkan dia dalam kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya pembalasan, menurut yang mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya.'' (Surah An-Nahl, ayat 97).


Keadaan Cuaca :
Sebahagian berawan dengan hujan berasingan sekali sekala melintasi negara kita pada waktu ramalan, terutama di kawasan laut pada waktu pagi ini dan berkemungkinan merebak di sana sini dan berpetir pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi menjadi angin Barat Laut selaju 10 - 20 kmsj pada waktu petang.


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di bawah paras 1.0 m

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berkemungkinan melintasi negara kita sekali sekala..


Suhu Maksimum :
 33 darjah selsius


Suhu minimum :
25 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Brunei - UK tandatangani Nota Pertukaran penempatan Briged Gurkha British


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland Yang Amat Berhormat James Gordon Brown MP menandatangani Pertukaran Nota Penyambungan Penempatan Briged Gurkha British di Negara Brunei Darussalam.
(Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)

LONDON, United kingdom, Selasa, 23 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani Nota Pertukaran di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland mengenai penempatan Briged Gurkha British di Negara Brunei Darussalam.

Menandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ialah Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Yang Amat Berhormat James Gordon Brown MP.

Majlis Menandatangani Nota Pertukaran tersebut berlangsung di Nombor 10, Downing Street di sini.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

Kebawah DYMM, PM British bincang langkah tingkat kerjasama LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa, 23 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan rundingan dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Yang Amat Berhormat James Gordon Brown berlangsung di Nombor 10 Downing Street di sini.
berita penuh...

Berkenan adakan Jamuan Tengah Hari bagi Duta Besar Filipina BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Jun. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah hari ini berkenan mengadakan Jamuan Tengah Hari bagi Duta Besar Republik Filipina, Puan Yang Terutama Virginia H. Benavidez berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan di sini.
berita penuh...

Kes ketujuh jangkitan Influenza A (H1N1) dikenal pasti KEMENTERIAN Kesihatan telah mengesahkan kes ketujuh jangkitan Influenza A (H1N1) di negara ini.
berita penuh...

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadiri AMMY di Bangkok BERAKAS, Selasa, 23 Jun. – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad bin Haji Jumat hari ini bertolak ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Belia Ke-6 (AMMY) yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 26 Jun 2009.
berita penuh...

Karnival produk tempatan pemangkin perkembangan PKS SERIA, Selasa, 23 Jun. - Pemangku Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdilah pagi tadi melancarkan Karnival dan Pesta Produk Tempatan 2009 bertempat di Kawasan Letak Kereta Jalan Sultan Omar Ali di sini.
berita penuh...

BKN anjur Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah TUNGKU, Selasa, 23 Jun. - Biro Kawalan Narkotik (BKN) sebagai agensi utama yang dipertanggungjawabkan dalam menangani isu dadah di negara ini dan menurut statistik penangkapan yang dibuat pada tahun lepas 2008, sejumlah 577 orang manakala pada bulan Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 219 penangkapan telah dibuat oleh BKN.
berita penuh...

Kementerian Pembangunan beri taklimat kepada graduan yang baru berkhidmat BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Jun. – Seramai 26 graduan yang baru berkhidmat dari berbagai agensi atau jabatan kerajaan hari ini menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Betabur Kementerian Pembangunan, Berakas di sini.
berita penuh...

PTE Meragang laksanakan kerja amal di Pusat Ehsan BENGKURONG, Selasa, 23 Jun. - Inisiatif dan keprihatinan dari pelbagai pihak terhadap insan kurang upaya merupakan salah satu platform dan ‘trademark’ dalam menjalinkan silaturahim serta kerjasama bagi membantu insan-insan yang memerlukan terutama sekali keprihatinan dari penuntut-penuntut sekolah.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

“GOLONGAN yang kita harapkan lebih aktif untuk menggarap kebaikan dan menolak keburukan itu ialah golongan belia. Mereka ini mempunyai potensi serba istimewa, baik dari segi umur, fizikal mahupun mental. Jika semua kelebihan-kelebihan ini digunakan dengan sewajarnya, maka sudah barang tentu masyarakat dan negara akan beruntung.''

- Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 17 Rejab 1428 / 1 Ogos 2007.

BERWASPADA INFLUENZA A (H1N1)

10 Langkah Untuk memastikan Diri Daripada Dijangkiti :

1. Sentiasa mencuci tangan. 2. Elakkan mendampingi mereka yang sakit.
3. Berehat di rumah, jika kurang sihat.
4. Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
5. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut, kerana virus Influenza boleh merebak melalui permukaan yang tercemar.
6. Jauhkan diri daripada orang lain, jika sakit.
7. Amalkan cara hidup yang sihat.
" Jangan merokok
" Dapatkan tidur yang mencukupi
" Bersenam secara tetap/ sentiasa aktif
" Atasi stress
" Banyakan minum air
" Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat

8. Tangguh perjalanan ke luar negeri, jika awda sakit.
9. Berjumpa doktor jika awda jatuh sakit.
10. Ikuti perkembangan maklumat Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Jika awda menghidapi sebarang tanda-tanda seperti yang tersebut di bawah dan telah mengunjungi tempat-tempat yang terjejas dalam jangka masa 7 - 10 hari yang lalu, segera berjumpa di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan seterusnya.
Tanda-tanda Influenza A (H1N1):
" Deman panas (38 C)
" Sakit Tekak
" Batuk-selsema
" Sakit otot dan sendi
" Rasa letih
" Sesak pernafasan
" Muntah dan cirit-birit

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Healthline : 2384234
atau layari laman web www.moh.gov.bn



SENARAI AHLI-AHLI KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI)

JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905


"BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ... "BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ... "BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ... "BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ... "BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ... "BENDERA LAMBANG PERPADUAN BANGSA KIBARKANLAH SEMASA HARI-HARI KEBESARAN NEGARA" ...

Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke

html counter
bermula 1 Januari 2009
Best viewed with Internet Explorer