Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JADIKAN PERUBAHAN PENCORAK PELUANG
Oleh : H.A. Manap

KUNCI kemajuan masa kini lebih banyak berpunca dari pencapaian bidang pengetahuan yang semakin memuncak dengan berbagai penemuan demi penemuan dan pembaharuan ke arah perubahan yang sanga pantas. Gelombang yang dikatakan sebagai gelombang perdana pengetahuan tinggi ini ternyata membawa perubahan besar yang bukan sahaja mencorakkan persekitaran kita, akan tapi juga mengalihkan penumpuan menjana masyarakat berilmu dan berkemahiran. Dunia semakin rancak dan dari sehari ke sehari semakin ramai orang menantikan inovasi yang mereka lakukan mendapat tempat di arus perdana ini. Masyarakat sejagat sudah tidak lagi mahu menoleh ke belakang malahan memacu ke hadapan menjana dan melebarkan jalur ilmu ke persada dunia. Lantas berlakulah banyak ruang dan peluang untuk mewujudkan pembaharuan yang diciptakan atau merubah yang sedia ada kepada yang lebih dinamik, menarik dan proaktif.

ISIKAN PELUANG SEBAIKNYA

Pada waktu yang sama berlaku keperluan yang berskala besar untuk memenuhi kehendak dan pengisian peluang dan pembaharuan yang diwujudkan itu. Ternyata perubahan dan perlakuan ini ialah ke mana dan bagaimana kita menempatkan diri kita di dalam arus perdana yang tidak pernah memberikan isyarat menanti untuk berubah. Ia bergolak mengikut detik dan ketika yang kita lalui. Justeru kita yang menjadi elemen perkembangan dan keperluan yang berlaku di sekeliling kita dewasa ini, memberikan ruang yang sangat luas untuk kita terokai dan turut serta.

Ramai yang melihatnya sebagai peluang yang amat berharga untuk menggunakan kesempatan sedemikian ini sebagai langkah ke arah membina kemajuan dan juga perkembangan diri. Peluang perusahaan dan perniagaan untuk berdikari kini semakin berkembang luas. Generasi muda yang berkelulusan mempunyai ruang untuk menempatkan diri mereka di dalam arena ini. Namun untuk melakukannya dan melaksnakannya dengan baik ia perlu kepada bagaimana kita boleh terlibat. Keterlibatan kita juga memerlukan modal diri yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Lantas penerokaan dan perjalanannya menjadi arus yang membawa kita dalam kegalakan samudera perubahan.

SIKAP POSITIF

Namun iklim ini masih bergantung kepada sikap dan bagaimana kita melihat suasana dan iklim perubahan yang ada ini. Misalnya peluang selalunya akan datang untuk sekali sahaja, ia tidak akan berulang meskipun akan ada berulang, namun nilai dan kriterianya pula akan berbeza. Rangkaian dan hubungan yang tumbuh dalam arus perkembangan semasa melibatkan banyak bidang. Banyak hal perlu diberikan perhatian oleh generasi muda belia yang berminat untuk membina tamadun diri. Salah satu daripadanya berani dalam menceburi bidang-bidang tertentu, biar ini dilakukan secara serius. Berani dalam erti kata mencukupi ilmu pengetahuan dan mahu belajar mengenainya. Kita tidak boleh membiarkan peluang yang terbentang luas ini berlalu begitu sahaja, kerana jika ini yang terjadi kita mungkin akan merasa tersisih. Penyertaan amat penting dalam menjadikan peluang sedemikian ini lebih bermakna.

Justeru dalam masa kita sedang menggerakkan jentera pembangunan masyarakat yang selari dengan perkembangan sekeliling, penyediaan bidang pekerjaan perlu dilihat dari perspektif yang lebih proaktif dan menarik. Salah satu darinya juga kita perlu mewujudkan kehebatan dalam menerokai berbagai bidang.

JADI ORANG HEBAT

Manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kredibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang. Keadaan zon yang selesa menyebabkan kita tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Kita perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna. Matlamat kita perlu jelas, kerana matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan. Ia perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat.

Bila ini kita miliki baru boleh kita menggenggam peluang yang ada di sekeliling kita. Namun sebaliknya kita akan merasa ada halangan jika kita tidak mempunyai fokus kehidupan yang sempurna. Justeru kita juga memerlukan ciri-ciri penting dalam diri kita. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak dan bergerak aktif. Kita juga perlu bijak dalam menentukan jangka masa meraih dan menggenggam peluang. Jika kita mampu menanai hal sedemikian ini urusan merebut peluang akan lebih terarah dan pencapaian matlamat hidup pula akan lebih fokus.

Jangka masa matlamat yang ditetapkan hendaklah berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat. Di samping berusaha terus membuka ruang peluang dan mencari peluang, kita juga perlu bijak dalam menentukan jenis peluang yang sejajar dengan kemampuan yang ada. Mempertajam pandangan ke hadapan dengan lebih kemas kini dan proaktif wajar dijadikan sebagai asas penelitian penentuan matlamat.

Kita juga perlu bijak melihat kepelbagaian peluang yang ada, hal sedemikian besar maknanya dalam menentukan keupayaan kita mencapai kejayaan cemerlang. Inilah sebenarnya proses yang akan membantu kita dalam mengangkat keupayaan diri dan menghasilkan produk yang lebih bermakna.

Justeru generasi yang ada di negara kita hendaklah menjadikan peluang dan kesempatan yang ada di negara kita menjadi medan untuk turut serta. Menyertai dalam erti kata menyumbang dengan kepelbagaian keupayaan diri, termasuklah kemahiran, pengetahuan dan juga kebijaksanaan dalam menjadikan peluang sebagi pelantar membina kecemerlang. Di saat kita sedang rancak melalui proses perubahan demi perubahan, penyertaan kita perlu lebih bermakna. Bukan setakat melihat dan memahami tanpa mempelajari dan menjadi aplikasi. Bila hal-hal ini menjadi fokus perhatian kita, insya-Allah kita akan dapat mewujudkan sebuah prasarana masyarakat yang mampu berdikari dan menjadi suasana sekeliling sebagai iklim yang kondusif untuk berkarya.

IRINGI DENGAN DOA

Namun di samping usaha gigih yang kita lakukan jangan lupa untuk kita berdoa, memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar setiap peluang yang ada dalam kehidupan yang kita lalui, mendatangkan faedah besar. Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.


Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Berkhidmat Kaunter TAP di bulan Ramadan

Waktu Perkhidmatan Kaunter

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan ibu pejabat di Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan mula beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sehubungan dengan itu, waktu perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP adalah ditukar iaitu setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu waktu beroperasi bemula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.