Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(a)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI
KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN: 24 JULAI 2009
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 16 JULAI 2009
BILANGAN IKLAN : 25/06/09 (SPA/BMI)

PERATURAN 7(a)

Syarat-Syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI PERTANIAN
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
SUMBER-SUMBER UTAMA
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan / Pemasaran / Pengurusan Perniagaan Tani (Agribisnes) / Perekonomian / Pertanian / Applied Science / Botani / Sains Biologi atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

Berpengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan adalah kelebihan.

2. PEGAWAI OPERESEN
JABATAN PENERBANGAN AWAM
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM

a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penerbangan Awam / Perundangan / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Pemegang Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence With Instrument Rating) United Kingdom atau negeri yang diiktiraf dan mempunyai type rating bagi kapal terbang Jet perdagangan dan jentera. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai ‘Types’ yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

ATAU

iii) Pemegang Lesen Juruterbang Pemeliharaan Kapal Terbang United Kingdom atau negeri yang diiktiraf dan mempunyai dua type rating. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai types rating yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

b) TANGGAGAJI B.2:
i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pembantu Operesen dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mempunyai pengetahuan mengenai dengan peraturan dan undang-undang Penerbangan Awam adalah kelebihan.

3. PENGUASA POS
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

ii)Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Penolong Penguasa Pos atau berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian yang mempunyai bidang tugas pengurusan bahagian atau penyeliaan kakitangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

4. PEMBANTU MAKMAL KANAN
JABATAN KERJA RAYA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
i)BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Makmal atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Mempunyai pengalaman serta kebolehan yang luas dalam kerja-kerja makmal, penyeliaan kerja dan mengawal kerja-kerja adalah kelebihan.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4:

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO: 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)


IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

GH6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
JABATAN PEGUAM NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

GH7. PENASIHAT UNDANG-UNDANG
JABATAN PEGUAM NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai Barrister atau Solicitor atau Certificate in Legal Practice atau sebanding.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH6 DAN GH7:

PEGUAM NEGARA,
JABATAN PEGUAM NEGARA,
JABATAN PERANA MENTERI,
TINGKAT 2 BANGUNAN UNDANG-UNDANG DAN
MAHKAMAH-MAHKAMAH,JALAN TUTONG,
BANDAR SERI BEGAWAN, BA 1910,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

GH8. SETIAUSAHA KEDUA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH9. PEGAWAI PENYELIDIK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH10 PEGAWAI PROJEK
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

GH11 PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH8 DAN GH11:

PENGARAH PENTADBIRAN,
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN
PERDAGANGAN,
JALAN SUBOK,
BANDAR SERI BEGAWAN, BD 2710
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH8 HINGGA GH11: 11 JULAI, 2009.

PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.

Bagi iklan jawatan bilangan GH.6 dan GH.11 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1.

Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.

Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).

Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun, hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK selama tempoh perkhidmatannya.

4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.

Permohonan yang diterima lewat daripada 16 JULAI 2009 tidak dilayan.

Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat sepesrti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-

a. Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/

• Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
• Pejabat Daerah Belait;
• Pejabat Daerah Temburong;
• Pejabat Daerah Tutong;
• Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
• Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b)
DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT),
AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DI IKLANKAN

PERATURAN 38(b)

Syarat-Syarat Am:
Pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan diiklankan sahaja.

Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pemohon mempunyai pengetahui kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darassalam.

Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.

Cara permohonan – Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

1. PEGAWAI PENDIDIKAN TINGKAT KHAS
DI PEJABAT SETIAUSAHA TETAP (PENDIDIKAN TERAS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PG.4 ($3,880 - $5,320 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan atau disiplin pengkhususan seperti dibawah atau kelulusan sebanding serta berkhidmat dengan Kerajaan sebagai tenaga pengajar sepenuh masa dalam tanggagaji PG.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan:

• Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
• Matematik
• Ekonomi
• Sejarah
• Ilmu Alam
• Fizik
• Biologi
• Ilmu Kimia
• Sains Komputer
• Home Science
• Bahasa Melayu
• Linguistic
• Sports Science
• Business Study
• Art/Art & Design
• Music/Music Education
• Psychology
• Sosiologi
• Pendidikan Khas
• Pengetahuan Ugama Islam
• Undang-Undang
• Drama
• Health Education
• Falsafah
• Kejuruteraan
• English Literature
• Kesusasteraan Melayu
• Pentadbiran Awam/Dasar Awam
• Lain-lain Disiplin diperlukan dan diiktiraf oleh Kerajaan

Mempunyai kelulusan berikut adalah kelebihan:
i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua dan ke atas.
ii) Ijazah Sarjana Muda (Masters by Coursework or Research)

Lulus Peperiksaan berikut:
i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii) Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii) Peraturan-Peraturan Kewangan

Mempunyai pengalaman mengajar dan/atau pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan.

Aktif menghasilkan kertas kerja atau penulisan ilmiah atau memberikan ceramah dalam seminar, bengkel atau kegiatan profesional adalah kelebihan.

Mempunyai pengalaman dalam pengurusan/pengetahuan hal-ehwal peperiksaan, penilaian/perkembangan kurikulum dan bidang-bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran adalah kelebihan.

Pernah mengikuti program kepimpinan pendidikan (leadership educational programme) atau perkembangan eksekutif atau kemajuan profesional atau sebanding dalam dan luar negeri adalah kelebihan.

Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

NOTA: Untuk diisikan oleh Pegawai Pelajaran G.13 yang layak dan memenuhi syarat dimana jawatan Pegawai yang terpilih akan ditiadakan. (Rujukan: Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara Tahun Kewangan 2008-2009)


Dikemaskini 24 Jun 2009 (Rabu)
Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.