Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Kebawah DYMM, PM British bincang
langkah tingkat kerjasama


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengadakan rundingan dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Yang Amat Berhormat James Gordon Brown berlangsung di Nombor 10 Downing Street.
(Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)

LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa, 23 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan rundingan dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Yang Amat Berhormat James Gordon Brown berlangsung di Nombor 10 Downing Street di sini.

Semasa perjumpaan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Yang Amat Berhormat membincangkan langkah-langkah dalam meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama.

Hubungan tradisi yang begitu mesra antara kedua buah negara sudah wujud sejak tahun 1847 dan dipereratkan lagi dengan tertubuhnya hubungan diplomatik setelah Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984.


Kembali ke muka utama




Kembali ke muka utama

Penulisan skrip drama tv 2009-2010

RADIO Televisyen Brunei ingin mempelawa orang ramai terutamanya para penulis tanahair untuk menulis skrip drama bagi siaran di televisyen.

Penyertaan ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berkarya dan mencungkil bakat di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

Penyertaan adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu drama bersiri kanak-kanak - 30 minit x 13 episod, drama khas kanak-kanak bulan ramadan - 15 minit x 29 episod, drama bersiri remaja - 30 minit x 13 episod dan drama bersiri bulan ramadan - 30 minit x 29 episod.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati di kaunter Penyambut Tetamu, Radio Televisyen Brunei.

Tarikh tutup bagi penghantaran borang-borang penyertaan ialah pada 30 Julai 2009

Untuk mendapatkan maklumat, sila hubungi setiausaha di talian 2236855 (Direct Line)/ 2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV ditalian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.