Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

Selasa 24 Mac 2009 / 27 Rabiulawal 1430

 

Hubungi kami || Arkib ||



Waktu-waktu
Sembahyang bagi
Negara Brunei Darussalam

    
  Zuhur 12.29
     Asar 3.35
 Maghrib 6.31
     Isyak 7.40
 Imsyak 4.57
     Subuh 5.07
 Syuruk 6.23
     Doha 6.46
 
 
Waktu-waktu
  Sembahyang bagi Daerah Tutong ditambah satu minit dan Daerah Belait ditambah tiga minit, Sembahyang Fardu Jumaat di seluruh Negeri Brunei Darussalam dimulakan dari pukul 12.45 tengah hari.

 

***Manisnya Iman***

"KATAKAN : Sesungguhnya Tuhan mencukupkan dan membatasi rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa yang kamu nafkahkan (di jalan kebaikan), nescaya Tuhan akan menggantinya. Dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." - Surah Saba' ayat 29.


Keadaan Cuaca :
Pada amnya baik dan cerah dalam tempuh ramalan kecuali hujan di beberapa kawasan pesisiran pantai sekitar tengahari dan hujan berpetir berasingan di kawasan pendalaman pada waktu petang.


Keadaan Angin :
Bertiup perlahan dari arah Barat Daya pada waktu pagi menjadi angin dari arah Barat Laut selaju 10 - 20kmsj pada waktu petang


Keadaan Laut :
Berombak sedikit di paras 0.5 m..

Ramalan jangka panjang sehingga tengah malam :
Hujan berpetir berasingan di kawasan pendalaman.


Suhu Maksimum :
 32 darjah selsius


Suhu minimum :
24 darjah selsius



tpelita@yahoo.com

 

Berkenan menghantar perutusan
sempena Hari Pakistan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan-perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Syed Yousaf Raza Gillani, bersempena dengan Hari Pakistan.

Dalam perutusan kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Islam Pakistan bersempena dengan sambutan Hari Pakistan. Kebawah DYMM seterusnya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas persahabatan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Islam Pakistan dan berharap untuk terus mengukuhkan hubungan mesra dan erat di antara kedua-dua buah negara pada tahun-tahun akan datang. Baginda seterusnya berharap TYT akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bagi rakyat Republik Islam Pakistan menikmati kemajuan dan kemakmuran.

berita penuh


BERITA RINGKAS :-

625 terima Pingat Kehormatan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 625 penerima terdiri dari pegawai dan kakitangan kerajaan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke 62 tahun.
berita penuh...

YTM Pengiran Anak Isteri berangkat melawat BSP SERIA, Isnin, 23 Mac -. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pagi tadi berkenan berangkat melawat ke Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP).
berita penuh...

MMN disaran hasilkan pandangan bernas BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengharapkan cadangan dan pandangan yang baru, lojik dan mempunyai fakta berasas, bernas serta dapat diguna pakai pada masa ini dan masa akan datang dapat dihasilkan dari persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN).
berita penuh...

Potongan tambahan 100 peratus dari sumbangan asal BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Sumbangan majikan kepada Tabung Amanah Pekerja akan diberi potongan tambahan (further deduction) sebanyak 100 peratus dari sumbangan asal majikan manakala cukai pendapatan korporat dikurangkan kepada 23.5 peratus bagi tahun taksiran 2010.
berita penuh...

Ubah mentaliti kepada sikap mandiri dan sara sendiri BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Rakyat dan penduduk negara ini disarankan agar sama-sama mengubah mentaliti dan sikap yang selalu berharapkan subsidi kerajaan, kepada sikap mandiri dan sara sendiri.
berita penuh...

Dana Sustainabiliti kukuhan kewangan kerajaan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Matlamat penubuhan Dana Sustainabiliti dan Sub-Dana Amanah adalah untuk memastikan kekukuhan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.
berita penuh...

Persaingan dua buah operator jadikan kadar bayaran berkurangan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac.- Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar berkata kadar bayaran bagi telefon bimbit telah pun berkurangan sejak pihaknya memberikan lesen kepada sebuah lagi syarikat operator.
berita penuh...

BND 11 juta dianggarkan bagi membina menara di Temburong BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac.- Pihak AiTi menganggarkan, perbelanjaan bagi membina menara telefon untuk meliputi di daerah Temburong adalah memakan belanja BND11 juta.
berita penuh...

Tahap Signal dikurangkan 3 kilometer BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mac.- Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar berkata pada bulan April 2008, pihak DST dari Negara Brunei Darussalam dengan pihak Celcom, Digi dan Maxis dari Malaysia telah pun bersetuju untuk mengurangkan tahap signal pada jarak tiga kilometer agar pemancaran signal tidak sampai kepada pihak terbabit.
berita penuh...

Sistem Amaran Awal perlu ditingkatkan BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Kejadian-kejadian cuaca ekstrem mengingatkan masyarakat akan perlunya perkhidmatan kajicuaca meningkat dan memperkukuhkan lagi keupayaan perkhidmatan sistem amaran awal dalam memberikan maklumat kepada orang ramai supaya mereka akan dapat bersiap sedia dan berjaga-jaga demi melindungi nyawa dan harta benda.
berita penuh...

Ekonomi Islam berteraskan amanah dan aqikah BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang ini mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun Hjirah 1430 / 2009 Masihi.
berita penuh...

Timbalan Menteri Pendidikan terima kunjungan seorang pakar Islam BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hari ini menerima kunjungan muhibah dari seorang pakar isu Islam dari United Kingdom, Dr. Hisham Hellyer yang sedang berada di negara ini bagi lawatan selama seminggu.
berita penuh...

Pendidikan VTE sama penting dengan pendidikan umum GADONG,Isnin, 23 Mac . –Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH hari ini menganjurkan Forum setengah hari bertemakan 'Pengurusan Strategik Bagi Institusi-Institusi Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (VTET) yang berlangsung di Dewan Teratai pusat itu di sini.
berita penuh...

Brunei tuan rumah mesyuarat MASTERA GADONG, Isnin, 23 Mac.- Negara Brunei Darussalam buat pertama kalinya diberi penghormatan selaku tuan rumah Mesyuarat Sekretariat Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) sejak ditubuhkan pada tahun 1996.
berita penuh...

5 anggota Bomba sertai Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Seramai lima anggota terdiri dari Penolong Pegawai Balai dan anggota Bomba dan Penyelamat pagi ini bertolak bagi menyertai Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam Ke-15 (15th Civil Defence Skills Competition) di Akademi Pertahanan Awam Singapura.
berita penuh...

Kem Qiadah V bertujuan melahirkan belia sempurna BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Pelaksanaan aktiviti Kem Kepimpinan Pelajar (Kem Qiadah V) Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) merupakan asas untuk mencapai matlamat menghasilkan anak-anak muda selaras dengan matlamat utama pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang, bersifat matang, bersahsiah tinggi, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berbudi bahasa dan mempunyai daya kepimpinan terpuji.
berita penuh...







*** PETIKAN TITAH ***

"DI ANTARA cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita mengaku kelemahan yang ada, disamping tidak pula lambat untuk membuat pembaikan-pembaikan. Dalam Perkhidmatan Awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan juga bersikap proaktif untuk memperolehi kecemerlangan."

- Titah Sempena Hari Kebangsaan Ke-23 Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 bersamaan 23 Februari 2007.


Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.


JABATAN PENERANGAN,
JABATAN PERDANA MENTERI,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

+673 22380527,
+673 2383400,
+673 2383401

+673 2382905

" MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ... " MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ... " MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ... " MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ... " MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ... " MMN - WADAH MENGADUN PEMIKIRAN RAKYAT " ...


Menyalurkan berita terkini setiap hari
awda pengunjung ke


MySpace Layouts
bermula 1 Januari 2009