Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

MINDA PEMBACA

MINDA Pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang telah kami kemukakan iaitu ‘Bersama Memantau Sebarang Kegiatan Penyeludupan’. Mereka akan menerima hadiah sebanyak $40.00. Pendapat yang berjaya itu adalah seperti berikut :

Biar cengkik jangan putus

MEMBUAT pertimbangan dan penilaian adalah asas penyelamat kita dari menempuhi krisis kewangan yang terlalu rumit untuk dilalui. Krisis kewangan global begitu jelas sekali dan sering terjadi di kalangan masyarakat mengalami dan lalui. Dalam topik ini mengingatkan kita untuk berbelanja dan mengingatkan kita untuk membuat perancangan yang teliti mengenainya.

Dalam hal ini, kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan perlu berfikiran yang waras untuk berbelanja sama ada menggunakan wang tunai atau kad kredit bagi menangani krisis kewangan tersebut. Ini terjadi disebabkan faktor masyarakat kita pada masa ini yang terlalu teruja dan mengikut perasaan dalam berbelanja sehingga tanpa sedar mereka membelanjakan kewangan mereka melebihi dari jangkaan kewangan mereka. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang hidup di era yang serba canggih ini perlu memberikan perhatian dalam pengeluaran dari segi kewangan kita agar tidak terlalu membazir dan sekali gus dapat menangani krisis kewangan global.

Pembelian keperluan yang kita perlukan membuat kita berbelanja mengikut kadar keperluan seharian yang mustahak adalah sikap yang bijak kita miliki. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak memikirkan bagaimana pentingnya sesuatu barang itu pada kita sebelum kita mengeluarkan sejumlah wang yang berlebihan.

Dalam menangani krisis kewangan global ini, kita juga tidak sepatutnya untuk mudah terpengaruh dengan jualan-jualan secara langsung yang selalu diadakan di pasaraya di negara kita ini. Ini dapat dilihat dengan adanya promosi-promosi di kedai dan pasaraya tersebut yang memberikan potongan harga yang istimewa kepada pelanggannya. Oleh itu, kita sepatutnya dengan mudah terpedaya dengan fenomena tersebut kerana semua ini hanya mengundang pembaziran semata-mata. Dari ini kita perlu bijak untuk mengira pengeluaran kita kepada perkara yang benar-benar perlu sahaja.

Kegawatan dan kemelesetan ekonomi yang berlaku di sana sini pada masa ini membuatkan kita bersikap sederhana dalam urusan perbelanjaan harian kita untuk mengelak dari berbelanja secara berlebihan dan seterusnya mengundang kepada pembaziran. Dalam berbelanja kita sebagai masyarakat yang bijak dalam menguruskan kewangan hendaklah memastikan membeli sesuatu yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada kita. Misalnya dari aspek makanan, kita perlulah memilih makanan yang dapat memberikan kesihatan yang baik dalam pertumbuhan badan kita, manakala contoh lain, dari aspek kosmetik pula, perlu juga diberi perhatian untuk memastikan produk tersebut adalah baik dan sesuai untuk kulit kita. Kita perlu memilih produk yang benar-benar sesuai dan terjamin kesihatannya, janganlah suka mencuba membeli jenama baru yang belum tentu baik untuk digunakan. Begitu juga halnya dalam aspek lain seperti pembelian perabot rumah, kita juga perlu berjimat, pakailah perabot yang masih baik untuk digunakan daripada berbelanja yang berlebihan untuk mengelakkan pembaziran yang banyak.

Oleh itu, sikap yang berjimat cermat dalam perbelanjaan ini ternyata menanamkan sifat kita bijak berbelanja menangani krisis kewangan global untuk kita tidak keputusan dari segi kewangan. Bak kata pepatah Melayu, 'biar cengkik jangan putus' kewangan global untuk kita tidak keputusan dari segi kewangan. Bak kata pepatah Melayu, 'biar cengkik jangan putus' begitulah kiasan yang dijadikan panduan yang disemai oleh semua lapisan masyarakat di dalam kehidupan di zaman ini.

Dayang Hajah Zabaidah binti Haji Japar,
No. 98, Jalan 11, Kampong Perpindahan Lambak
Kanan, BC 2915.
No. k/p : 00-059413.


Utamakan keperluan asas

KRISIS harga makanan sedunia 2007-2008 merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang mengakibatkan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara. Negara kita walaupun tidak begitu terjejas dengan krisis kewangan global ini namun sikap berhati-hati dan berwaspada adalah perlu. Krisis global ini akan mengakibatkan kepada kenaikan harga barangan. Bencana alam semulajadi seperti banjir dan kemarau yang panjang yang berlaku di negara-negara pengeluar juga menyumbang kepada kenaikan harga ini. Ianya disebabkan penghasilan seperti pertanian dan ternakan yang berkurangan dari biasa.

Banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat, pertambahan penduduk dunia serta perubahan iklim ekonomi negara. Faktor-faktor inilah yang menjurus kepada terjadinya krisis kewangan global.

Kenaikan harga banyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Apatah lagi kenaikan harga ini banyak menjurus kepada barang makanan seharian seperti tepung, minyak masak, bawang dan sebagainya. Oleh itu cara yang paling berkesan bagi menghadapi kenaikan harga ini ialah dengan bersikap bijaksana dalam berbelanja. Sebelum membeli sesuatu, hendaklah meninjau dulu di beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan harga dan mutu barangan. Berfikirlah dulu sebelum membeli. Jangan berbelanja mengikut perasaan.

Dalam berbelanja kita hendaklah terlebih dahulu membuat satu senarai barang-barang keperluan yang benar-benar dikehendaki. Dengan adanya senarai tersebut, ianya menjadi panduan agar barang keperluan yang benar-benar dikehendaki sahaja yang dibeli. Perbelanjaan terancang ini adalah satu tabiat berbelanja yang sangat berkesan dan bijaksana apalagi dalam situasi kenaikan harga ini. Ianya dapat menghindarkan dari perbelanjaan yang tidak perlu dan boleh menghasilkan pembaziran. Memberi barang keperluan dengan kuantiti yang terancang dan teratur merupakan sikap dan cara berbelanja yang positif. Ia memberi kesan kepada penurunan harga secara tidak langsung. Ini kerana jika permintaan ini sebanding dengan bakalan boleh menstabilkan harga barang.

Dalam keadaan krisis kewangan global ini, kita hendaklah bijak dalam membuat perbandingan. Sebagai contoh, janganlah terlalu menghendaki atau memilih barang-barang yang berjenama sahaja. Apa yang perlu, kita hendaklah lebih mementingkan kualiti barang tersebut. Keperluan asas seperti makanan hendaklah terlebih dahulu diutamakan dalam berbelanja. Berbelanja dengan bijaksana akan dapat menyelesaikan krisis kenaikan harga ini bagi jangka masa yang panjang.

Dayang Nur Afiqah Hazirah binti Mohamad Zaidi,
No. 4, Simpang 163,Jalan Kota Batu,
Kampong Mentiri,BU 1929.
No. k/p : 01-053590.


Merancang kewangan lebih teratur

MERANCANG perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi banyak perkara yang tidak dapat kita lakukan dengan baik.

Kita sedia maklum ketika ini krisis kewangan global begitu ketara sekali. Di sana sini masalah ini sering diperkatakan dan menjadi topik perbualan yang hangat. Persoalannya sekarang, bagaimanakah kita mampu menangani masalah ini. Sebagai pengguna, kita perlu mempunyai perancangan perbelanjaan. Di antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan diteliti sebelum berbelanja adalah menyenaraikan barang yang hendak dibeli bagi mengekalkan kita mengeluarkan bajet yang telah ditetapkan.

Kita juga disarankan agar jangan mudah terpedaya dengan jualan promosi atau jaulan murah kerana ini akan mendorong kita berbelanja tanpa berfikir panjang. Dalam berbelanja juga, adalah lebih baik menggunakan wang tunai. Dengan menggunakan wang tunai kita dapat menganggarkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Penggunaan kad kredit hendaklah dielakkan supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

Di samping itu juga, kita perlu melakukan pembelian secara sekali gus bagi mengelakkan kita selalu pergi mengunjungi kedai. Semakin kerap kita berkunjung ke kedai, semakin meningkatlah juga pembelian kita.

Selain itu, kita perlulah menghentikan pembelian barangan yang tidak perlu seperti membeli telefon bimbit berjenama mahal walhal kita sudah pun memilikinya. Hentikan juga membeli segala makanan atau minuman ringan kerana makanan ini bukan saja kurang berkhasiat dan tidak berzat tetapi ia boleh mengundang berbagai penyakit.

Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku, langkah berjimat cermat adalah perlu agar kita tetap mempunyai wang setiap masa. Kita perlu membuang tabiat berbelanja berlebihan supaya perancangan kewangan kita dapat diatur dengan lebih bersistematik. Pembelian secara berlebihan akan mengundang kepada pembaziran.

Berjimat cermat juga merupakan langkah bijak bagi menangani krisis kewangan yang sedang melanda ketika ini. Justeru itu bagi kita selaku pengguna, banyak cara-cara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap ekonomi kita. Contohnya, mencuba untuk bercucuk tanam di kawasan rumah bagi menjimatkan perbelanjaan dapur.

Bagi seorang pelajar pula, mereka perlu mencari jalan agar tidak keputusan wang. Dengan bakat yang sedia ada contohnya menghantar hasil-hasil karya penulisan ke tempat-tempat tertentu dapat menambah wang saku mereka. Dengan cara ini, mereka tidak bergantung seratus peratus kepada kewangan yang disediakan oleh ibubapa malahan cara ini juga dapat menjadikan mereka untuk berdikari bagi menampung perbelanjaan keperluan persekolahan mereka.

Oleh itu, kita perlu sedar akan kepentingan berjimat cermat serta merancang kewangan dengan lebih teratur. Berbelanja secara bijak bukan saja melatih kita dari melakukan kesilapan dalam berbelanja tetapi ia juga dapat menjadikan hidup kita lebih teratur dan selesa. Bersederhana dalam berbelanja juga merupakan kunci kebebasan pada masalah kewangan yang dihadapi. Dengan bersederhana dalam apa jua yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil yang amat baik.

Jika kita mahukan kewangan yang lebih mantap, kita sepatutnya berfikir dulu sebelum berbelanja dan uruslah kewangan dengan bijak agar kita tidak melakukan sebarang pembaziran.

Dayang Rahimah binti Haji Tengah,
No. 2, Blok 9, Berek MTSSR, Jalan Muara,
Bandar Seri Begawan.
No. k/p : 00-115823.


TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA AKAN DATANG

1. 'Meningkatkan Pertumbuhan Industri Bukan Minyak'. Tarikh tutup : 28 Mac 2009.

2. 'Penambahan Universiti Tempatan Serlahkan Kemajuan Pendidikan Negara'. Tarikh tutup : 4 April 2009.

3. 'Wujudkan Program Keselamatan dan Kesihatan Sekolah'. Tarikh tutup : 11 April 2009.

Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon jika ada hendaklah disertakan dan hendaklah dihantar kepada :

Sidang Penyunting Minda Pembaca,
Unit Pelita Brunei,
Lapangan Terbang Lama, Berakas,
Bandar Seri Begawan, BB 3510,
Negara Brunei Darussalam,
jaafar.ibrahim @ information.gov.bn.
e-mel : pelita@ brunet.bn

Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Waktu Berkhidmat Kaunter TAP di bulan Ramadan

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.