Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

JAWATAN-JAWATAN KOSONG


KEMENTERIAN PERTAHANAN

PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENDAFTARAN sekarang dibukakan bagi rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menceburi kerjaya Tentera sebagai BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Pendaftaran dibukakan
Bermula 2 Mac 2009 hingga 3 April 2009.

Borang-borang pendaftaran boleh diperolehi di Perkhemahan-Perkhemahan berdekatan di semua daerah seperti berikut:

Daerah Brunei - Muara – Bolkiah Garison
Daerah Tutong - Markas Batalion Kedua,
Perkhemahan Tutong
Daerah Belait - Markas Batalion Ketiga,
Perkhemahan Lumut
Dearah Temburong - Perkhemahan Bangar

atau layari laman web : www.mindef.gov.bn

Syarat-syarat bagi Bakal-Bakal Lelaki ABDB:
Bujang atau kahwin
Berumur di antara 17 tahun 6 bulan
hingga 25 tahun
Ketinggian 155cm ( 5 kaki 1 inci )
BMI – 19 hingga 27
Kelayakan minima mestilah mendapat 2 kepujian peperiksaan Peringkat Biasa (‘O’ Level) atau yang sebanding dengannya.

*Nota : Kelulusan mestilah diperolehi sekali peperiksaan atau dua kali berturut-tuut sahaja.

Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan
Calon-calon yang layak mestilah lulus ujian-ujian berikut:
- Ujian Pelajaran dan SSG
- Pemeriksaan kesihatan/pergigian
- Ujian kecergasan dan berenang
- Tapisan keselamatan
- Temuduga dan penilaian akhir

Kategori ‘A’
Rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
7 puak jati bangsa Melayu iaitu:
- Brunei
- Tutong
- Dusun

Kategori ‘B’
Rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalm dengan berkuatkuasa mana-mana undang-undang betulis mengenai kerakyatan memegang kad pengenalan kuning termasuk:
- Bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam
- Bukan dari puak jati Bangsa Melayu
- Beragama Islam serta menurut adat resam Melayu
- Dimestikan menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB

Makluman Pendaftaran
Semasa mendaftar pemohon hendaklah membawa bersama risalah perseorangan berserta Sijil Persekolahan.
Tempat:
Blok 151 Pendaftaran ABDB Bolkiah Garison
Markas Batalion Kedua Tutong Kem
Markas Batalion Ketiga Lumut Kem
Perkhemahan Bangar Kem

Masa Pendaftaran
Isnin-Khamis
Pagi : 9.00- 12.00
Petang : 2.00 – 4.30
Jumaat
Pagi : 8.30 – 11.00

Peringkatan :
Hari Rabu dan Hari Jumaat
Sebelah petang pendaftaran ditutup

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian :
2386111 / 112 (Pejabat Am)
2386924 (Pegawai Penguasa Pengambilan)
2386884 (Pegawai Waran Pengambilan)

Atau
Alamat:

Pejabat pengambilan
Jabatanarah Keanggotaan
Kementerian Pertahanan
Bolkiah Garison BB3510
Negara Brunei Darussalam


Dikemaskini 21 Mac 2009 (Sabtu)

Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.