Pelita Brunei - utama Your web design templates

 

 

Hubungi kami || Arkib ||

EDISI RABU DAN SABTU

Dari Sidang Pengarang


Hasrat Negara
Haluan
Menyusur Mukim dan Kampung
Cerpen
Cetusan Minda
Minda Pembaca
Remaja
Seruan Suci
Tinjauan
Sastera dan Budaya

Kem Qiadah V bertujuan
melahirkan belia sempurna

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mac.- Pelaksanaan aktiviti Kem Kepimpinan Pelajar (Kem Qiadah V) Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) merupakan asas untuk mencapai matlamat menghasilkan anak-anak muda selaras dengan matlamat utama pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang, bersifat matang, bersahsiah tinggi, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berbudi bahasa dan mempunyai daya kepimpinan terpuji.


PEMANGKU Komandan Pusat Latiihan, Pasukan Polis Diraja Brunei Pemangku Penguasa Polis Pg Haji Muhammad Pg Haji Metali selaku tetamu kehormat semasa berucap di Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pelajar (Kem Qiadah V) Maktab Sains PSBS berlangsung di Auditorium maktab tersebut. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Ini kerana kekuatan bernegara itu bergantung kepada kematangan dan kecekapan serta kecergasan setiap individu dan rakyat.

Perkara tersebut ditekankan oleh Pemangku Komandan Pusat Latihan Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Pemangku Penguasa Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali ketika berucap di Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pelajar (Kem Qiadah V) MSPSBS berlangsung di Auditorium maktab, di sini.

Beliau dalam ucapannya mengharapkan penuntut-penuntut agar mengambil pembelajaran yang diperolehi dari perkemahan untuk menjadikan mereka individu yang mempunyai semangat waja yang tinggi, tersemai dan disuburkan dalam hati sanubari bagi mendukung kemajuan dan kemakmuran negara.

Pengalaman penuntut sehari bersama PDB jelasnya diharapkan akan dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh para peserta perkemahan dan kumpulan penuntut perkhemahan dalam hasrat maktab melahirkan penuntut yang bermutu.

Beliau menasihatkan para penuntut agar sentiasa menjaga disiplin dan kebersihan diri untuk menjadi seorang pemimpin.

Disiplin jelasnya, bermaksud tingkah laku dan perbuatan penutut-penuntut terutama cara bertutur bahasa, berpakaian, mengatur dan membahagikan masa yang menjurus kepada penilaian orang di sekeliling melihat keterampilan mereka sebagai bekal menjadi pemimpin di masa datang.

Ujarnya, untuk penuntut-penuntut menjaga diri, mereka perlu menjauhi gejala-gejala anti sosial seperti keluar rumah hingga jauh malam tanpa pengetahuan ibu bapa yang menjurus kepada pergaulan tanpa batasan selain penglibatan anak muda dalam penyalahgunaan najis dadah.

Penglibatan generasi muda dengan gejala tersebut ujarnya bukan saja akan merosakkan aklak dan masa depan penuntut-penuntut bahkan akan bertindak seperti penyakit berjangkit secara perlahan-lahan menghancurkan budaya, bangsa, agama dan negara jika tidak terkawal.

Negara tegasnya akan berjaya menghasilkan generasi muda yang bersih kehidupan sosialnya dan akan mempunyai sumber tenaga manusai yang bermutu lagi berilmu, bersifat kepimpinan dan menjadi pelapis dan tunggak kemajuan negara pada masa akan datang jika penuntut bersih dari gejala-gejala anti sosial.

Di samping itu, beliau melahirkan perasaan gembira di atas penglibatan dan inisiatif beberapa jabatan kerajaan dan pihak swasta dalam mejayakan Kem Qiadah seperti Kementerian Pendidikan, Bank Islam Brunei Berhad, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Majlis Pengakap Kelana Kebangsaan, Pusat Da`wah Islamiah dan Majlis Aids Brunei.

”Ini membuktikan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta sedar akan peranan dan tanggungjawab bagi sama-sama membantu negara melahirkan generasi muda yang berkualiti,” ujarnya.

Juga hadir, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, Pengetua MSPSBS, timbalan-timbalan pengetua serta ibu bapa.

Seramai 200 peserta mengikuti perkemahan empat hari tiga malam bermula 20 sehingga 23 Mac ini.

Kem Kepimpinan Pelajar Kem Qiadah antara lain bertujuan melatih peserta untuk bersikap berdikari, tahan lasak, berdisiplin dan berdaya saing, di samping membina keyakinan diri, menanamkan sikap bertolak ansur dan semangat kerja berkumpulan.


PEMANGKU Komandan Pusat Latiihan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pemangku Penguasa Polis Pg Haji Muhammad Pg Haji Metali ketika menyampaikan hadiah kepada wakil salah sebuah kumpulan yang menyertai Kem Kepimpinan Pelajar (Kem Qiadah V) Maktab Sains PSBS yang berlangsung di Auditorium maktab berkenaan. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Program juga bertujuan mendidik pelajar agar bijak menggunakan masa cuti yang terluang secara efisien dengan menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah, di samping menggilap bakat kepimpinan ke arah melahirkan generasi muda yang berketerampilan selain membina jati diri sebagai tunas bangsa yang bakal mengangkat martabat negara.
( Oleh : Marzuki Bin Haji Mohd Seruddin)

Kembali ke muka utama



Kembali ke muka utama

Negara Brunei Darussalam
hos Sambutan
Hari Komanwel 2009

JABATAN Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan menjadi hos acara Sambutan Hari Komanwel 2009 pada 8 hingga 11 Mac 2009 dan Bengkel Serantau mengenai Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia mulai 12 hingga 17 Mac 2009 pada tahun ini. Sambutan ini dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Program Belia Komanwel, Pusat Asia bertemakan 'Komanwel 60: Membantu Generasi Muda'. Acara itu membolehkan negara-negara anggota menyertai aktiviti-aktiviti yang menggalakkan persafahaman mengenai isu-isu global, kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti bagi komanwel moden di samping memberikan peluang baik kepada mereka untuk bertukar-tukar idea, menggalakkan persefahaman dan kerjasama di samping meningkatkan hubungan yang harmoni di antara mereka. Sementara itu bengkel serantau mengenai Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di kalangan belia adalah untuk menyediakan satu platform kepada para belia untuk berkongsi maklumat tentang amalan-amalan terbaik dan belajar antara satu sama lain. Ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman peserta tentang dimensi virus masalah penyalahgunaan dadah, menyediakan pelan-pelan tindakan untuk pencegahan penyalahgunaan dadah, rawatan dan penjagaan serta mengukuhkan kordinasi di kalangan kerajaan dan bukan kerajaan ke arah strategi efektif bagi pencegahan, rawatan dan penjagaan. Setiap negara ahli akan disertai oleh dua wakil berusia 18 hingga 29 tahun dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman mengenai isu HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah.