KEBAWAH Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah MuĠizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dialu-alukan oleh Kebawah DYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah Darul Aman sejurus berangkat tiba di Istana Anak Bukit. - Foto oleh : Ramli Haji Tengah
KEDAH DARUL AMAN, Selasa, 22 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah DYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah Darul Aman, di Dewan Persantapan Istana Anak Bukit, di sini.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri di Anjung Istana Anak Bukit dialu-alukan Sultan Kedah dan Sultanah Haminah.
Selepas itu Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan DYTM Pengiran Isteri kemudian dijunjung berangkat ke ruang menunggu. berita penuh...
BERITA RINGKAS :-
Teruskan kerjasama erat Brunei Darussalam-Mesir
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Julai.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Hosni Mubarak dan Perdana Menteri Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama, Dr. Ahmed Nazif, bersempena dengan ulang tahun Hari Kebangsaan Republik Arab Mesir pada 23 Julai 2008.
berita penuh...
Kerjasama ASEAN + 3 Atasi Cabaran Baru
SINGAPURA, Selasa, 22 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda menekankan kepentingan proses ASEAN+3 dan menggalakkan kerjasama untuk mengatasi cabaran-cabaran baru, terutamanya keadaan kewangan sedunia serta keselamatan tenaga dan makanan.
berita penuh...
Lapan pegawai jalani Program 'ICT Conversion' di Singapura
GADONG, Selasa, 22 Julai. - Seramai lapan orang terdiri dari pegawai dan kakitangan kerajaan akan menjalani Program 'ICT Conversion' di Institut Sistem Sains (ISS) Universiti Nasional Singapura selama 11 bulan dengan Diploma Lepasan Ijazah dalam penganalisaan sistem.
berita penuh...
Bengkel lengkapkan perserta dengan sistem pendidikan inklusif
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Julai. - Kira-kira 500 orang peserta menyertai Seminar dan Bengkel Kebangsaan Kali Kedua 2008 di Dewan Chancellor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.
berita penuh...
Kenderaan perniagaan dikehendaki guna Fleetkad beli minyak
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai, Selasa. - Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn. Bhd. (BSM) memaklumkan kepada semua pelanggan perniagaan mulai 1 Ogos 2008, dikehendaki menggunakan 'fleetkad' untuk membeli minyak dari setiap stesen minyak di negara ini.
berita penuh...
KESEDARAN Lawat Institut Tahfiz Al-Quran
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Julai - Serombongan 29 orang ahli Persatuan Islam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KESEDARAN) telah membuat lawatan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Jalan Tutong di sini.
berita penuh...
Guru Agama Malaysia sumbang perkembangkan syiar Islam di negara ini
PULAIE, Selasa, 22 Julai. - Sumbangan guru-guru agama dari Malaysia yang berkhidmat di negara ini amat bermakna dalam memperkembangan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam.
berita penuh...
Penyeludup Beras Tumpas
BELAIT, Selasa, 22 Julai. - Hasil daripada maklumat petugas Daerah Polis Belait di Pos Kawalan Sungai Tujoh telah berjaya menahan seorang pemandu lori warganegara Malaysia yang cuba menyeludup beras keluar dari negara ini .
berita penuh...
PENTARAMA Pukau Penonton
KUALA BELAIT, Selasa, 22 Julai. - Kawasan Lapang Berhadapan Tudung Saji malam tadi dibanjiri oleh penonton yang datang menyaksikan Persembahan Pentarama Anjuran Jabatan Penerangan.
berita penuh...
Kenaikan harga barang keperluan perlu dipantau
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Julai. - Ahli-ahli perniagaan tempatan menyambut baik saranan titah Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, supaya tidak menaikkan harga barang.
berita penuh...
Pertandingan Akhir Seni Pencak Silat Senegara
BERAKAS, Selasa, 22 Julai. - Dua peserta Daerah Belait dan dua peserta Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei masing-masing memenangi dua kategori Pertandingan Seni Pencak Silat Cakak Asli dan Kuntau serta Tanding di peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompeks Sukan Negara.
berita penuh...
Pelita Brunei - Arkib

