PETIKAN TITAH
"KITA perlu ingat, bahawa anak-anak kita adalah menghadapi masa depan yang tidak sama lagi dengan apa yang kita alami. Cabaran yang mereka akan hadapi setelah dewasa, menghendaki mereka itu berilmu dan berkemahiran. Malah belum mencukupi setakat itu, mereka juga diperlukan beriman untuk membolehkannya menjadi orang salih." - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1427 pada 1 Muharam 1427 / 30 Januari 2006.

MANISNYA IMAN
"DARIPADA Abdullah bin Umar berkata ia: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya." - Riwayat Al-Imam Al Bukhari.