JAWATAN-JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH IKLAN : 23 JULAI 2008
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 OGOS 2008
BILANGAN IKLAN : 30/07/08 (SPA/BMI)

PERATURAN 7 (a)

Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


1. PEGAWAI HAL EHWAL BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN
BELIA DAN SUKAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Social Studies / Social Science / Communication Studies atau Public Policy, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Social Studies / Social Science / Communication Studies atau Public Policy atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Hal Ehwal Belia dan Sukan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Mereka yang terlibat dalam persatuan atau bergiat aktif dalam menjalankan persatuan adalah kelebihan.

2. PEGAWAI KEWANGAN
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
ATAU
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
a) i) Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.
ATAU
ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan/ Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan de ngan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. PEMERIKSA BURUH KANAN
JABATAN BURUH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
C.3 EB.4 ($1,990-$2,620 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Labour Studies / Business Studies / Public Administration / Managements Studies / Commerce / Social Studies atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Pemereksa Buruh dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Pemohon-pemohon yang mempunyai kefahaman yang baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta dan Peraturan Buruh, Kanun Jenayah (Penal Code), Kanun Peraturan Jenayah (C.P.C) dan lain-lain peraturan yang ada kaitannya dengan tugas-tugas Jabatan Buruh adalah kelebihan.
c) Hendaklah boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

4. PENGUASA POS
JABATAN PERKHIDMATAN POS
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Penolong Penguasa Pos atau berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian yang mempunyai bidang tugas pengurusan bahagian atau penyeliaan kakitangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

5. TEKNISYEN KAPAL TINGKAT I
JABATAN LAUT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Mempunyai Sijil Kecekapan Officer In-Charge of Engineering Watch (OEW) dari mana-mana Pentadbiran Maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut.
ATAU
ii) Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Jurutera Laut Kelas 5 yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut atau sebanding dan telah berkhidmat di Jabatan Laut sebagai Teknisyen Kapal Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun serta telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Berpengalaman tentang kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan injin-injin diesel kapal yang mempunyai kuasa dorongan sehingga 1500 kilowatts adalah kelebihan.
c) Berkualiti sebagai seorang Ketua dan boleh mengurus dan mengawas kakitangan di bawah jagaannya dalam melaksanakan tugas-tugas mereka adalah kelebihan.
d) Boleh menulis laporan-laporan dengan baik seperti kerosakan, pembaikan, pesanan dan kakitangan adalah kelebihan.
LAIN-LAIN SYARAT:

Sebelum ditawarkan jawatan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat I, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan.

6. TIMBALAN PEGAWAI BALAI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.
ATAU
ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Timbalan Pegawai Balai (E1)

LAIN-LAIN SYARAT:
a) Pemohon-pemohon di para a(i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
i) Mestilah lulus dalam peperiksaan bertulis dan ujian praktikal.
ii) Dikehendaki untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kadet Bomba.

b) Kelayakan Tambahan:
i) Umur - Tidak lebih dari 28 tahun
ii) Tinggi - Sekurang-kurangnya 5'4' (1.63m) bagi
lelaki dan 5' bagi perempuan
iii) Bagi pemohon perempuan hendaklah belum berkahwin.
iv) Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.
v) Ujian
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan
oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG:
Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

CARA-CARA MEMOHON :
Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.
Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan.
Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

7. JURUTEKNIK LAMPU
JABATAN LAUT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
iii) Pemohon-pemohon mestilah pernah menjalani latihan perantis letrik dan mempunyai pengalaman dalam bidang Elektrikal.

Mempunyai pengalaman di dalam kerja-kerja membaiki dan menyelenggara lampu-lampu pelayaran laut dan komponen elektronik adalah kelebihan.
ATAU

b) i) Berkhidmatan dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ii) Pernah menjalankan tugas Juruteknik Lampu dan berpengalaman dalam kerja-kerja membaiki dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

c) Boleh menggunakan komputer dan bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
d) Pemohon-pemohon yang dikehendaki adalah terdiri dari lelaki sahaja.

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1, 2 , 3, 4, 5 dan 7 :

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB 3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455 (BHG. IKLAN)

PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1, 2, 3, 4, 5 dan 7 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
3. Bagi iklan jawatan Bilangan 6 isikan dua (2) salinan sahaja borang SPA1.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.

7. Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 13 OGOS 2008 tidak dilayan.
10. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
11. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:

Website : http://www.spa.gov.bn/

12. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.


IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(b) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN 38(b)

IKLAN MENURUT PERATURAN 38(b) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN ATAU JABATAN DI MANA KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLANKAN

Syarat-syarat Am:
PEMOHON adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan jawatan diiklankan sahaja.
Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.


1. JURUUKUR KANAN
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Tanah / Geomatik atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
b) i) Berkhidmat di Jabatan Ukur sebagai Juruukur dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Ukur Tanah / Geomatik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah di para a) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

c) Mempunyai keahlian Profesional dalam bidang Ukur Tanah / Geomatik.
d) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)
ii. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan
iii. Peraturan - Peraturan Kewangan

PERINGATAN :
Bagi iklan jawatan bilangan 1, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Jabatan Ukur sahaja. Tarikh Iklan : 8 Julai 2008. Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2008. Tempat Menghantar Borang Permohonan : Juruukur Agung, Jabatan Ukur, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 45/2008.

2. PENOLONG EKSEKUTIF TINGKAT II
LEMBAGA MATAWANG DAN MONETARI BRUNEI
KEMENTERIAN KEWANGANMBR> C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN : Bagi iklan jawatan bilangan 2, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian Kewangan sahaja.
Tarikh Iklan : 8 Julai 2008.
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2008.

Tempat Menghantar Borang Permohonan : Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 46/2008.

3. PENGURUS PERANCANGAN DAN PERSEMBAHAN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI
JABATAN PERDANA MENTERI
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa / Pengurusan / Perdagangan atau bidang yang berkaitan dengan penyiaran radio dan televisyen atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Komunikasi Massa / Pengurusan / Perdagangan atau bidang yang berkaitan dengan penyiaran radio dan televisyen atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan sama ada dalam jawatan yang bersesuaian dalam tangggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Komunikasi Massa / Pengurusan / Perdagangan atau bidang yang berkaitan dengan penyiaran radio dan televisyen atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat sebagai Penolong Perancangan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan
ATAU
iv) Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Perancangan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 10 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perancangan dan persembahan siaran televisyen serta pembelian rancangan antarabangsa adalah kelebihan.
d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
PERINGATAN :
Bagi iklan jawatan bilangan 3, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedangberkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sahaja.
Tarikh Iklan : 10 Julai 2008.
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Ogos 2008.

Tempat Menghantar Borang Permohonan : Pengarah Radio Televisyen Brunei, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 47/2008.

4. PELAYAN MESS TINGKAT II
BAHAGIAN MESS DAN RUMAH MASAK
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN
TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelayan Mess Tingat III tidak kurang dari 3 tahun.
b) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN :
Bagi iklan jawatan bilangan 4, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedangberkhidmat di Kementerian Kewangan sahaja.
Tarikh Iklan : 8 Julai 2008.
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2008.

Tempat Menghantar Borang Permohonan : Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Mausia, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 48/2008.

5. PEMBERI ISYARAT TINGKAT KHAS
JABATAN LAUT
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Laut sebagai Pemberi Isyarat Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.
c) Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian alat-alat komputer adalah kelebihan.
d) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN :
Bagi iklan jawatan bilangan 5, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua jabatan di Jabatan Laut sahaja.
Tarikh Iklan : 8 Julai 2008.
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2008.

Tempat Menghantar Borang Permohonan : Pengarah Laut, Jabatan Laut, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 49/2008.

6. KETUA JURUBAHASA
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
C.3-4 EB.5 ($1,900 - $2,970 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang yang berkaitan dengan ilmu bahasa atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat di Jabatan Kehakiman sebagai Jurubahasa Kanan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan-jawatan yang berkaitan dengan ilmu bahasa dan/atau penterjemahan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau bahasa-bahasa yang berkaitan atau sebaliknya.
c) Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

PERINGATAN :
Bagi iklan jawatan bilangan 6, pemohon adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di semua jabatan di Jabatan Kehakiman Negara sahaja.
Tarikh Iklan : 8 Julai 2008.
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2008.

Tempat Menghantar Borang Permohonan : Pengarah Kehakiman Negara, Jabatan Kehakiman Negara, Negara Brunei Darussalam.
Bagi keterangan lanjut, sila rujuk Surat Pemberitahuan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam BILANGAN IKLAN : 50/2008.

PEMBERITAHUAN :
Semua permohonan adalah melalui pengisian (1) satu salinan sahaja borang SPA2 yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Salinan sijil-sijil, surat-surat akuan dan yang berkenaan hendaklah disertakan.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
Semua permohonan hendaklah lengkap dan diharapkan diterima setelah tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak layan.
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Kementerian / Jabatan masing-masing atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah :

Website : www.spa.gov.bn/


JAWATAN KOSONG DI AGENSI PELABUHAN BRUNEI
KEMENTERIAN KEWANGAN

AGENSI Pelaburan Brunei mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di pelbagai bidang Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Hartanah dan kerjaya sokongan. Pemohon-pemohon hendaklah memiliki sifat-sifat terpuji, cekap dan mampu menghadapi cabaran-cabaran 'Performance Culture' yang unik di Agensi Pelaburan Brunei.
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya terdapat di dalam beberapa bidang profesional:

Investment Management Specialist

(Traditional/ Alternative Investment):
Portfolio managers
Analysts/ Research
Economists
Traders
Risk Analysts
Investment Administrator

Real Estate Specialists:
Asset Managers
Analysts
Hotel/ Property Management

Corporate Specialists:
Accountants
Auditors
Lawyers
Tax Officers
Human Resource Managers

Information Technology Specialists:
Assistant IT Officer

Ciri-ciri dan kebolehan seseorang yang diperlukan dalam Agensi Pelaburan Brunei.
Berkerja dengan pengawasan yang minima, berdaya-saing dan 'Performance Oriented'.
Amanah dalam menyimpan maklumat rahsia.
Berkemampuan dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan.
Mempunyai 'analytical skills' yang sangat baik dan 'detail conscious'.
Menyumbang kepada 'team's performance' dengan memenuhi matlamat dan objektif.
Yakin dalam menganjurkan dan menyumbangkan idea baru.
Mampu berkerja di bawah tekanan dan memenuhi 'deadlines'.
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

Kelayakan Minima
Warganegara Brunei Darussalam yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang 'Finance', 'Accounting', 'Economics', 'Psychology', 'Law', 'Estate Management', 'Statistics' dan 'Mathematics'.
Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang bersesuaian akan dipertimbangkan jika terdapat latarbelakang 'analytical' atau 'Mathematical' yang kukuh.
Semua pemohon hendaklah mempunyai kelulusan 'O'-Level Matematik yang baik sekurang-kurangnya gred B.
Bagi bidang Undang-Undang, pemohon mestilah memperolehi kedua-dua Ijazah Sarjana Muda (LLB) dan Barrister.
Bagi jawatan 'Assistant IT Officer, pemohon mestilah memperolehi HND dalam bidang 'Computer Studies', 'Computer Science' dan 'Information Systems' atau kelulusan dalam bidang yang berkaitan dengan 'Information Technology' juga akan dipertimbangkan. 3 tahun pengalaman bekerja di bidang IT adalah satu kelebihan.

Borang Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang boleh diperolehi di:

Tingkat 12
Agensi Pelaburan Brunei
Bangunan Kementerian Kewangan
Commonwealth Drive
Jalan Kebangsaan, BB3910
Negara Brunei Darussalam
Atau e-mel ke:
humanresource@bia.com.bn

Pemohon-pemohon yang terpilih/ berjaya sahaja yang akan dihubungi.

Tarikh Tutup dan Waktu
Tidak lewat pada hari Jumaat,
26 Julai 2008 , jam 4.30 petang.

Sebarang Pertanyaan
Telefon: (+673) 238 -3535
Fax: (+673) 238 -3543


Dikemaskini 23 Julai 2008 (Rabu)


Kembali ke muka utama