BERAKAS, Selasa, 22 Julai. - Dua peserta Daerah Belait dan dua peserta Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei masing-masing memenangi dua kategori Pertandingan Seni Pencak Silat Cakak Asli dan Kuntau serta Tanding di peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompeks Sukan Negara.
Pesilat wanita MS ABDB 21416 Sld Siti Qadijah Jerfry menundukkan pesilat Daerah Brunei dan Muara, Norleyermah Haji Raya di Pertandingan Akhir Kuntau Wanita Dewasa.
Manakala Siti Shzareena Hanifah dari Daerah Belait menewaskan 21416 Sld Siti Qadijah Jefry 5 - 0 dari MS ABDB acara tanding Kategori 'B' Wanita Dewasa.
Sementara itu peserta Daerah Tutong, Siti Norazimah Nordin menumpaskan Siti Julaianah Sawal dari Daerah Brunei dan Muara 5 - 0 Kategori Tanding Akhir Kelas 'F' Wanita Dewasa.
Berangkat menyaksikan perlawanan akhir ialah Penasihat PERSIB, Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid.
Pertandingan selama enam hari ini diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke- 62 .
HADIR selaku tetamu kehormat di pertandingan tersebut ialah YAM Pg Jaya Indera Pg Hj Mokhtar Puteh bin Pg Hj Rajid selaku penasihat PERSIB. - Foto oleh : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman.
DALAM Acara Lelaki Dewasa pula, peserta dari Majlis Sukan ABDB, Soldadu Md Khairul Azmi menewaskan peserta dari Daerah Tutong. .
(Oleh : Haji Ahmad Haji Salim)
Kembali ke muka utama