|
25 Tahun kemerdekaan perlukan azam pembaharuan
 KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah sempena menyambut Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam menjelang malam 23 Februari yang disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Februari. - Berasaskan kedewasaan yang telah dicapai, azam dan persediaan bagi melakukan pembaharuan dan perubahan-perubahan jitu merupakan perkara penting di dalam pendekatan mahu pun tindakan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ingin melihat pertumbuhan industri bukan minyak meningkat, kemiskinan ditangani, pengeluaran padi dan beras bertambah dengan pertambahan yang melonjak, di samping peranan Perkhidmatan Awam (PA) yang terus menyerlah dan berkesan.
Demikian antara harapan baginda dalam titah sempena Menyambut Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei pada malam menjelang Hari Kebangsaan yang jatuh pada setiap 23 Februari.
berita penuh
BERITA RINGKAS :-
Pelaburan BND 100 Juta formula program pemodenan Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Februari. - KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah pembangunan negara ini sudah lama bermula lebih 25 tahun sebelum kemerdekaan dan ianya merupakan satu proses panjang yang akan berjalan secara berterusan.
berita penuh...
Bencana Alam Perlukan Fakta Tepat
TUTONG, Sabtu, 21 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengesa pihak-pihak yang terbabit mengendalikan bencana alam baru-baru ini supaya mencari jawapan tepat dan berfakta dan bukannya setakat teori semata-mata.
berita penuh...
Berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib,Isyak, Membaca Surah Yaa Sin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Jubli Perak
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam lewat petang hari ini berangkat bersama rakyat dan penduduk di negara ini menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, Membaca Surah Yaa Sin serta Doa Kesyukuran Sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Masjid Omar `Ali Saifuddien di ibu negara di sini.
berita penuh...
KPSSU laksanakan kerja amal membantu mangsa banjir dan tanah susur di Belait dan Tutong
KUALA BELAIT, Ahad, 22 Februari. – Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Kempen Kerja Amal bagi membantu mangsa banjir dan tanah susur yang berlaku di Daerah Belait dan Tutong.
berita penuh...
Lebih 200 sertai Expedisi berbasikal sempena Hari habitat Sedunia
BERAKAS, Ahad, 22 Februari. – Ekspedisi berbasikal sempena sambutan Hari Habitat Sedunia 2008 yang bertemakan ‘Bandar Yang Harmoni’ menarik minat lebih 250 orang peserta terdiri para peminat sukan basikal.
berita penuh...
Duit syiling sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan akan diedarkan
BERAKAS, Ahad, 22 Februari. – Kementerian Kewangan melalui Lembaga Matawang dan Montari Brunei akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling kenang-kenangan sempena sambutan hari ulang tahun Jubli Perak Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bermula 23 Februari ini.
berita penuh...
Lebih banyak buku dicetak di Jabatan Percetakan Kerajaan
BERAKAS. - Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) seperti juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain di negara ini turut serta dalam sama-sama memeriahkan dan menceriakan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini dengan mencetak beberapa buah buku.
berita penuh...
UNISSA tawarkan progrem BBM, MIBF dan LL.M
TUNGKU LINK, Ahad, 22 Februari. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menawarkan tiga lagi program baru iaitu Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBM), Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam (MIBF) secara kerja kursus dan Sarjana Undang-Undang (LL.M) secara penyelidikan.
berita penuh...
Media memainkan peranan dalam menyibarkan maklumat
JERUDONG, Sabtu, 21 Februari. - Para media, multimedia, Rangkaian Radio dan Televisyen Brunei memainkan peranan penting dalam memberikan pelbagai maklumat yang berguna kepada orang ramai dan masyarakat di mana jua.
berita penuh...
Penduduk Daerah Tutong hadiri Doa Kesyukuran Jubli Perak Hari Kebangsaan
TUTONG, Ahad, 22 Februari. - Setiap 23 Februari seperti lazimnya Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Kebangsaan dengan mengadakan berbagai acara dan majlis bagi menyemarakkan suasana sambutan tersebut.
berita penuh...
Konvoi bermotorsikal berjaya kutip lebih seribu ringgit
TUTONG, Ahad, 22 Februari. - Seramai 131 orang penunggang motosikal tanah air dari berbagai persatuan dan juga perseorangan menyertai konvoi Merdeka Ride For Palestin Charity anjuran Sukarelawan Penunggang motosikal Daerah Tutong.
berita penuh...
Remaja Puak Iban memeluk Islam
TEMBURONG, Sabtu, 21 Februari. - Kampong Sibulu, Temburong - Seorang remaja perempuan puak Iban Dayang Lawrence Diana Anak Apo, 20 tahun telah memeluk agama Islam dengan melafazkan ikrar pengislaman di hadapan para pegawai dari Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong.
berita penuh...
Perlawanan Golf Amal
bagi Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur
BANDAR SERI BEGAWAN, KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa satu Perlawanan Golf Amal Bagi Tabung Mangsa Banjir dan Tanah Susur akan diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2009 bertempat di RBA Golf Club, Berakas.
berita penuh...
BND 78 juta bagi pembinaan jalan penghubung Telisai-Lumut
TUTONG, Sabtu, 21 Februari. - Projek pembinaan Jalan Penghubung Telisai - Lumut dengan kos pembinaan berharga BND78 juta dijangka siap pada tahun 2013 .
berita penuh...





|